Perkara yang dibenci dan disukai Iblis

Diya Hanun | 12:54 PM | Friday, December 4, 2015 | 4 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Salam Jumaat,
Untuk perkongsian semua di Hari Jumaat yang indah ini agar bermanfaat;


Dikisahkan dari Wahab bin Munabbih bahawa berkata ia: ''Allah SWT telah menyuruh Iblis berjumpa dengan Rasulullah SAW dan menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh Rasulullah SAW. Kemudian Iblis pun menyamar sebagai orang tua yang kelihatan cantik dan kemas bertemu dengan Rasulullah SAW. 
Apabila iblis berdiri depan Rasulullah SAW maka baginda pun bertanya: ''Siapakah kamu?''
Lalu Iblis laknat berkata: ''Aku adalah Iblis yang dilaknat Allah.''
Berkata Rasulullah SAW:''Kenapa kamu datang kemari.''
Berkata Iblis laknat:''Aku kemari adalah atas perintah Allah SWT untuk menjawab segala pertanyaan kamu.''
Rasulullah SAW mulakan pertanyaan: ''Wahai Iblis katakan kepadaku berapa banyakkah musuhmu dari umatku?'' Berkata Iblis laknat: ''Musuhku yang terdiri dari umatmu itu ada 15 antaranya:

1. Engkau sendiri adalah musuhku
2. Imam pemimpin yang adil
3. Orang kaya yang merendahkan diri kepada Allah SWT
4. Peniaga yang jujur
5. Orang alim yang khusyuk dalam mengerjakan solat
6. Orang mukmin yang sentiasa memberi nasihat (ahli nasihat)
7. Orang mukmin yang sentiasa berkasih sayang antara satu dengan yang lain
8. Orang yang sentiasa bertaubat
9. Orang yang sentiasa menjauhkan diri dari segala yang haram
10. Orang mukmin yang sentiasa bersuci
11. Orang mukmin yang suka mensedekahkan hartanya kerana Allah (dermawan)
12. Orang mukmin yang bagus akhlaknya
13. Orang mukmin yang  bermanfaat kepada orang
14. Orang yang menghafal Al-Quran dan sentiasa membacanya
15. Orang yang bangun malam mengerjakan solat ketika orang lain sedang nyenyak tidur

Rasulullah SAW bertanya kepada Iblis laknat lagi:
''Wahai Iblis laknat, katakan kepadaku berapa banyakkah rakan-rakanmu dari umatku?'' 
Berkata Iblis laknat: ''Rasulullah rakanku yang terdiri dari umatmu ialah 10 antaranya:

1. Hakim yang menganiaya, iaitu tidak jujur dan tidak adil
2. Orang kaya yang sombong dan bongkak
3. Peniaga yang khianat, suka menipu dalam urusan jual beli
4. Peminum arak
5. Orang yang suka memutuskan tali persaudaraan
6. Orang yang mengumpul harta dari jalan riba
7. Orang yang berlaku khianat memakan harta anak yatim
8. Orang yang memandang ringan dalam hal mendirikansolat (suka melambat-lambatkan solat)
9. Orang yang enggan mengeluarkan zakat
10. Orang yang sangat suka berkhayal

Kesemua mereka ini adalah sahabat-sahabatku.''

#Dipetik dari buku 1001 Misteri Himpunan Kisah-kisah Jin, Iblis, Syaitan
Susunan: Muhammad Isa Selamat.

4 comments:

  1. Salam Jumaat Fardiyah,

    Perkongsian yang indah & manfaat.. Jom kita jadi umat yg dibenci syaitan.. :-)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian dan peringatan

    ReplyDelete
  3. hai tuan blog, tak tahu la nak update apa...dah lama x berblogging T_T
    takeru97.blogspotdotcom

    ReplyDelete

Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi memberikan komen.