Koleksi Boots Wanita.

Diya Hanun | 2:55 PM | Wednesday, December 30, 2015 | 11 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎
Kasut boots merupakan fesyen bagi kaum wanita yang sudah terkenal sejak tahun 1960an lagi di Eropah. Pada asalnya, kasut boots dipakai oleh kaum wanita bagi tujuan menghangatkan dan melindungi kaki dari suhu sejuk yang melampau di Eropah pada ketika itu. Namun kasut boots mula mendapat tempat di hati kaum wanita bukan sahaja di Eropah malah di negara lain seperti Malaysia. Sejak itu kasut boots wanita mula direka dengan pelbagai jenis dan gaya bagi menepati kehendak fesyen terkini seperti:

Ankle Boots (Boots Paras Buku Lali)
Boots ini yang hanya mencapai paras buku lali wanita. Sesuai digayakan dengan pakaian kasual mahupun formal. Namun harus diingat, boots ini akan menampakkan seseorang seakan rendah jika tak kena dengan gayanya.








Laced Up Boots (Boots bertali kasut)
Boots yang mempunyai tali kasut ini sesuai digayakan dengan apa jua pakaian. Namun kasut ini memerlukan masa untuk dipakai dan dibuka disebabkan tali kasut tersebut. Tak kira apa pun pilihan fesyen kita, pastinya akan menyerlahkan keanggunan seseorang wanita itu.






Combat Boots (Boots Tentera)
Boots ini mula dikenali sejak tahun 1990an lagi yang pada asalnya, boots ini hanya dipakai oleh para tentera. Namun lama kelamaan menjadi satu ikutan fesyen yang sangat terkenal dikalangan wanita. Kualiti boots ini dikatakan sangat kukuh dan  mampu bertahan lama disebabkan oleh materials boots tersebut yang diperbuat daripada kulit.






Low calf Boots (Boots paras betis)
Boots ini tingginya hanya sekadar paras betis. Sangat sesuai ipadankan dengan jeans. Terdapat pelbagai jenis material boleh didapati bagi boots seperti ini seperti baldu, kulit dan kain kanvas.








Over-the-knee Boots (Boots paras lutut)
Jika tadi Low calf boots direka sehingga paras betis, Over-the-knee boots pula direka sehingga atas lutut tetapi tidak melebihi daripada 4 inci keatas.  Boots ini sangat sesuai dikenakan sepanjang musim. Wanita yang menggayakannya kelihatan lebih berani dan kelihatan moden.








Kini wanita semakin bijak mengenakan kasut boots ini dengan pelbagai jenis fesyen. Tidak kira yang mana satu pilihan boots wanita yang diminati, kesemua boots ini mempunyai gaya mereka yang tersendiri.

Puding Sedut Cikedut by SaripDol

Diya Hanun | 12:34 PM | Sunday, December 27, 2015 | 21 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

(Entri Update Laju-laju)
Semalam kakak belanja Cikedut, sebelum ni asyik tengok orang minum je. 
Kali ni kita try minum apa rasa dia. Dadih berperisa paddlepop.
Harga dia 1 botol RM 6.50. Seronok sedut benda ni, Slurp3, tengok2 dah habis..
Haha, Ada masa mungkin boleh buat sendiri pula. Kih3.. 


P/S: Buat masa ni, aku tak dapat nak buka blog ni untuk sementara  waktu disebabkan perlu study untuk Midterm. Akan kembali semula blogwalking setelah midterm selesai. Lulz.

Salam Maulidur Rasul 1437H

Diya Hanun | 2:15 PM | Thursday, December 24, 2015 | 15 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Jom Selawat :)


20 soalan dari 2 Blogger

Diya Hanun | 1:35 PM | | 24 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Firstly, terima kasih kepada awak berdua yang sudi tag hakak ni, Ingat nak buat secara berasingan tapi, alang-alang hakak jawab sekali dua ye dik.. Bawa bertenang ye semua..


Soalan dari MAISARAH MUSA

1. Sila memperkenal diri anda.
Nak mula dari mana ye, Nama panjang dan pendek Fardiyah tapi panggil Diya je untuk orang yang sebaya atau yang lebih dewasa. Suka dipanggil Kak Diya bagi orang yang lebih muda.. Hik3, Kenapa? Adalah~ Rahsia tau.

2. Adakah anda berminat untuk mempelajari bahasa asing ? Senaraikan.
Ofcoz lah minat! Nak belajar Arabic, Mandarin dan Japan.

3. Negara manakah yang anda ingin merantau ?
Nak merantau ke........Turkey, sebab nak study seni bina dekat sana teringin hakak tahu..

4.Apakah pengalaman yang paling menakutkan dalam hidup anda ?
Banyak sangat *cry

5. Adakah anda suka membaca novel ?
Novel apa tu? Tengok juga jenis novel tu sebab tak semua novel dibaca.

6. Novel apa yang paling best untuk dibaca?
Dah lama tak baca novel.. XD

7. laman web mana yang boleh tengok movie online ? hehe
Kalau movie selalu torrent je, tak pernah tengok online. Anime tu tau lah dekat mana. Goodanime.

8. Apakah hobi anda ?
Hobi selalunya mengadap laptop, sebab main internet.

9. Cuba teka lagu "Welcome to duloc such a perfect town, here we have some rules,let us lay them down.." dalam movie apa ? Hahaha
Haha, Google mengatakan lagu tu berasal dari cerita Shrek. Hahaha

10.   Apa makanan kegemaran anda dan kenapa?
Makanan kegemaran buat masa ni selalu makan Char Kuew Tiaw mungkin akan berubah dari masa ke semasa.



Sekarang giliran adik kita lagi seorang pula NURUL ASYIKIN

1. Siapakah idola anda? dan terangkan mengapa.
Rasulullah :) 

2. Antara drama dan filem, manakah pilihan anda?
Tengok juga lah kalau drama best layan drama, kalau filem best layan filem, Kalau dua2 best..Layan sekali dua pun boleh~

3. Kek coklat atau red velvet?
Kek coklat! tapi yang moist punya je..Uish..sedapnya...

4. Novel melayu atau inggeris?
Dua-dua :P

5. Nyatakan pengalaman paling menyeronokkan dalam hidup yang anda takkan pernah lupakan.
Banyak, tak boleh kira dah pakai jari..hik3

6. Nyatakan lagu yang sering anda mainkan di telefon bimbit anda.
Lagu ni part yang best! Akak ni suka lagu DJ English hik3.. Awak tak tahu punya lagu ni, tajuknya Sun Goes Down by Robin Schulz

7.  Sejak bilakah anda mula mengenali dunia blog?
2010..masa tu masa form 4. Haha

8. Apakah impian anda?
Impian? *Berfikir sejenak.. Tak nak bagi tahu.. Biar diri sendiri saja yang tahu.. :P

9. Siapakah blogger yang anda segani dan contohi?
Orang yang sedang membaca entri ni ^_^

10. Nyatakan warna kegemaran anda dan terangkan mengapa anda menggemari warna tersebut.
Biru langit..sebab selalu tengok langit masa sedih.. buat hati rasa macam nak terbang ke sana.

Agak-agak menepati syarat tak jawapan tu?


Randomly disini saya tag 10 orang blogger yang cute dan hensem untuk jawab soalan saya ni, Tiada unsur paksaan untuk menjawab :) 

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Soalan:

1. Mula-mula mestilah perkenalkan diri. Buat ayat yang paling menarik dan tertarik.
2. Awak ni Blogger dari negeri mana?
3. Sesuatu benda atau perkara yang diingini ketika tengah baca soalan ni?
4. Soalan uji minda, ''Saya hidup jika diberi makan, Saya mati jika diberi minum, Apakah saya"
5. Ambil buku yang terdekat, buka muka surat 12. First word that you see describe yourself.
6. Beri 1 lagu yang mempunyai memori sangat #deep untuk awak.
7. 1 Feveret Quotes awak?
8. Fobia yang awak ada?
9. Soalan pendapat, '' Katakan awak dah beratur lama nak bayar barang di cashier, tiba2 ada orang potong line awak. Apa yang akan awak lakukan terhadap dia?''
10. Apa perasaan ketika awak dapat habis jawab semua soalan mengarut saya ni..hik3

-Sekian-

Join List Belog Best

Diya Hanun | 12:19 PM | | 6 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎


Jom Join, klik banner untuk join.

Segmen Bloglist Encik Kidal 2.0

Diya Hanun | 12:18 PM | | 5 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎


Segmen ini akan berlangsung sehingga 27.12.2015

Soalan yang perlu dijawab:
     - Kenapa dan sejak bila korang jadi blogger?
        Sejak 2010, tapi kejap aktif kejap tak
     - Macam mana korang boleh dapat banyak idea untuk di update?
        Ilham datang dari Allah, hehe
     - Berapa lama masa yang korang ambik nak tulis satu entry?
        Tak pernah pula kira waktu tu sebab tak pernah tengok jam masa buat entry.

Tag 1 Orang? Siapakah dia? Tag :

Segmen Bloglist #1 by Fieyqa Adelova

Diya Hanun | 12:15 PM | | 4 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎


Klik Banner untuk join, jom meriahkan lagi. 
Segmen tamat sebelum masuk tahun baru 2016.

Tag secara random: 

Segmen : Saya Nak Menang Topup by ICY

Diya Hanun | 12:13 PM | | 4 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎


Klik banner untuk join. 

Tamat: 30 december 2015 ; 8.00 PM.
Hadiah akan di beri pada 31 december 2015.


Chibi Doodle For Ex Officemate

Diya Hanun | 1:57 PM | Wednesday, December 23, 2015 | 17 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Lepas habis diploma dulu aku pernah kerja sekejap di bahagian kerani Admin di sebuah syarikat swasta dari 24 November 2014 sampailah 8 Ogos 2015. Sepanjang tempoh tu juga lah aku menyepikan diri dari blogging. Sebulan sekali je aku update blog kadang tu  berbulan tak berupdate. Sekarang baru aku mula aktif start disember 2015 ni. Kerja untuk dapat  pengalaman bekerja di ofis. Disebabkan officemate sangat baik, aku buat chibi doodle fridge magnet untuk diorang before aku resign hari tu. Terlalu banyak masa lah katakan. Aku berhenti sebab nak sambung study. Tengok bawah ni..hihi..

Nilah hasilnya fridge magnet tu, bukan untuk dijual.. tapi untuk kenangan..dan telah pun selamat sampai kepada mereka yang berkenaan. 




Nak URL Blog #21

Diya Hanun | 2:13 PM | Tuesday, December 22, 2015 | 7 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎


Jom join, klik banner di atas untuk join.

Segmen Bloglist Azhafizah.com Jan & Feb 2016

Diya Hanun | 8:44 AM | | 10 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Bermula tahun depan, azhafizah.com akan update bloglist 2 bulan sekali. So dengan itu, 2 bulan sekali akan ada segmen bloglist untuk mencari bloglist baru. Jika berminat untuk masuk dalam bloglist , bolehlah sertai segmen ni ye. Kelebihannya sertai segmen dapat blogwalking dan tambah traffik blog. Kalau dapat masuk bloglist, mungkin akan tambahkan traffik juga. Mudah mudahan.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Jan & Feb 2016
http://www.azhafizah.com/

Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy paste je. Pemilihan blog melalui random.org.

TAMAT : 30 DISEMBER 2015

Segmen Blogwalking & Tambah Follower Hujung Tahun Part 2

Diya Hanun | 8:38 AM | | 5 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Lagi segmen yang aku nak join, sangat menarik dan tertarik.
Bagi yang belum join klik gambar di bawah. Hehe..


Tarikh Tutup - 30 Disember 2015, jam 11.59 malam.

Segmen Bloglist 2016 by Farahana Sharif

Diya Hanun | 8:37 AM | | 3 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎


Baru nak join kan, sigh orang lain lama dah join..hehe..Klik banner atau SINI untuk join.

END : 26 DISEMBER 2015


"pencarian bloglist fiaz diary untuk january 2016"

Diya Hanun | 8:36 AM | | 2 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎


Hari ni aku sangat rajin, jadi nak join mana-mana segmen yang berkenan di hati.

Beri sebab kenapa perlu ada di bloglist tuan punya blog di atas?
Tak ada sebab pun, hahaha..

Bagi yang lain jom lah join.. Klik gambar di atas.

SEGMEN | PENCARIAN BLOGLIST JAN - JUN 2016

Diya Hanun | 8:35 AM | | 3 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎


Jom beramai-ramai mengimarahkan segmen ni. Klik banner atau SINI untuk join.

Segmen Blogwalking + Bloglist

Diya Hanun | 8:34 AM | | 9 Awesome Comment's
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


(klik banner kalau nak join sekali)

Saguhati kepada yang bertuah:

10 blog bertuah dimasukkan ke dalam bloglist blog shawal mulai 1 - 31 January 2016.
2 blog bertuah direview (entry melekat selama 1 hari)
seorang blogger bertuah dapat top up RM10

Tarikh Tamat : 29/12/2015 *Mungkin ada perubahan

Cerita tentang jerawat.

Diya Hanun | 5:43 PM | Monday, December 21, 2015 | 19 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Dulu doktor aku pernah cakap, semua orang ada sinus atau resdung tapi dia kuat atau tak je.
Sekarang ni tiba-tiba je dia menyerang aku dengan hebat. Jadinya kekerapan menggaru hidung smpai rasa nak cabut hidung ni pun ada. Gosok-gosok dan gosok jelah hidung tapi gatalnya di dalam.
Aku ada allergik pada habuk yang sangat teruk dan baru-baru ni allergik pada udang sampai timbul gatal-gatal macam kena nyamuk di seluruh badan.
Bila terkena habuk pula bersin sampai tak berhenti. Disebabkan aku gatal sangat hari ni, Jadi nak share satu cerita lah pasal pengalaman aku pasal jerawat.

Dalam tahun 2013, Pernah 1 hari, jerawat aku naik tapi bukan sebab allergik lah. 
Ala biasa la jerawat. Aku dulu rajin pakai pencuci muka, lepas satu aku tukar satu,
kerap juga tukar-tukar sebab macam tak ada effect langsung dekat muka ni. Sampailah 1 hari ketentuan-Nya. Muka aku naik jerawat beberapa ketul sebab bertukar-tukar pencuci muka. Tapi tiba-tiba makin banyak. Aku punyalah takut, aku pun pakai lah rawatan tradisional. Stop pakai produk muka. Cari dekat internet petua-petua yang boleh hilangkan jerawat. Aku jumpa yang senang.
Pakai serbuk kayu manis plus madu. Serbuk kayu manis dicampur madu menjadi produk sapu di muka. Lepas tu aku pun sapu lah muka pakai produk tak bertauliah tu, haha..
Satu malam aku biar dia jadi topeng muka, Pagi bangun tak bersemut pun,
Tapi yang aku tengok muka aku jadi terbakar. Kulit meradang.
Aku ingatkan memang macam tu, malam kedua aku pakai lagi.
Esoknya memang teruk dah muka aku, dan memang sah muka aku terbakar sebab campuran madu dan kayu manis tu. Ya Allah, dari 2-3 jerawat terus muka macam kena chicken pox.
Dah la masa tu aku masih Diploma, Muka aku macam makhluk asing masa tuu, 
Semua orang tanya kenapa. Aku kena sekitar tahun 2013. Boleh baca dekat Entri SINI
Lepas aku jumpa doktor aku stop pakai produk pencuci muka.
Nah hadap muka aku lepas pakai serbuk kayu manis dan madu tu.

Kecik jelah gambar ni cukup kan,.hehe..Malu lah nak tunjuk muka kita.

Mata terpaksa ditutup untuk fokus pada kesan terbakar di muka. Gambar kiri tu masa fresh lepas kulit meradang, terpaksa pakai mask sebab pedih terkena angin. Gambar kanan lepas luka kering.
Masa ni memang banyak gila jerawat naik.. sampai yang batu plus bernanah, seronok gila picit sampai keluar nanah tu, lepas tu menyesal sebab jadi parut.. Hahah..
Tapi ambil masa 6 bulan juga lah untuk bersih semula muka aku tu.

Sepanjang proses nak baik kulit muka tu, aku pakai ubat yang doktor bagi lepas tu cuci muka pakai air basuhan beras sebab mak suruh. Masa ni mak lah paling  bising sebab aku rosakkan muka aku.
BLA3, TULAH TUKAR-TUKAR LAGI BLAH3..
Hahah..memang pedih telinga masa tu kena bebel, tapi aku tau, mak risau..
Lepas tu masuk tahun 2014, aku dah pulih..Alhamdulillah..
Semenjak dari tahun 2014 sampai sekarang aku tak pernah beli pencuci muka..sob3..sebab terlalu takut terjadi lagi. Aku tak cuci muka pun, just pakai air bersih..Kalau muka rasa berminyak aku cuci pakai air banyak-banyak,. Dah setahun lebih dah. 
Kalau naik seketul pun aku biar tak usik, memang lah ada parut tapi 2 minggu lepas tu  parut mula pudar dan sebulan hilang. 

Tapi aku still pakai foundation cream and compact powder. 
Itu pun kalau aku ada masa yang banyak untuk apply mekap tu. Sebab kalau pakai mekap ni leceh nak tanggalkan dia, aku dah la jenis selalu nak cepat. 
Bila nak solat tu selalu marah-marah sendiri sebab pakai foundation yang susah tanggal.
Bila tenyeh tisu nak bagi hilang foundation pula muka merah-merah pedih sebab gosok terlalu kuat.
Tapi untuk kebiasaanya aku hanya pakai bedak Johnson Baby Powder je sebab aku ni pemalas.
Haha, teruk betul.. Mudah kan, amek je wudhu dan solat, lepas tu pakai bedak baby balik..sob3..
Tapi, kadang-kadang tu teringin juga pakai mekap macam hijabista lain tu..Nampak cantik je..
Aku pun salute dekat diorang yang mampu ambil masa untuk tanggal mekap beberapa minit sebelum solat dan pakai semula mekap beberapa minit selepas solat. Sebab kalau tak make sure dia betul-betul tanggal wudhu kita tak sah, dan solat pun tak sah lah kan?
Aku pun teringin nak try pakai tapi bila tengok kawan pakai, hmm..
Terus tak jadi sebab ambil masa nak apply semua tu..
Hari tu, masuk Sephora buat pertama kalinya, kawan aku jadikan muka aku sebagai bahan uji kaji,
Habis semua mekap dekat situ ditonyoh ke muka ku.. 
Last-last aku lap semua balik sebab tak selesa.
Tapi teringin lah nak pakai, tapi aku tak tahu nak mula dari mana.

Panjang betul entry ni kan, ada ke orang baca sampai habis, haha..
Ni muka aku yang latest, nak kata flawless tak pun tapi syukur jelah.

Gambar semasa censored dan tanpa censored. Gambar minggu lepas, muka tak flawless pun tapi cahaya buat muka kita ni flawless melampau. Aww..jangan tengok lama-lama nanti jatuh cinta..
〜( ̄▽ ̄〜) haha