Praktikal 3 bulan

Diya Hanun | 9:21 PM | Saturday, April 1, 2017 | 4 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Lama sudah meninggalkan dunia blogging. Sedar tak sedar dah masuk bulan April.
Tak lama lagi puasa. Agak-agak ada tak orang ingat Diya lagi?
Sekarang ni Diya praktikal selama 3 bulan dekat KLIA Associates Bangi.
Perasaan practical dekat sini seakan Diya yang dulu dah tak ada. 
Diya tak banyak cakap, terasa asing disini. Tak borak pun, bercakap bila perlu.
Tak tahu kenapa, Diya yang ceria dulu dah jadi suram dan sunyi.. Haha..
Humm sedihnya. Senyap je.
Okay, praktikal Diya dekat sini Alhamdulillah okay.
Supervisor Kak Mar dengan Kak Mas baik je, Abang Bijan pun okay.
Mula kerja pukul 8.15 pagi balik 5.14 petang. Rehat 1-2. 
Kalau hari Jumaat rehat pukul 12.30-2.45. Cuti Sabtu dan Ahad.
Kerja Diya hari-hari buat drawing yang sama..hahaha..entah bila nak siapnya.
Ada juga Diya pergi site 1 kali dengan pergi meeting dekat LGM hari tu.
Praktikal tinggal lagi 2 bulan..cepat je masa berlalu. Last praktikal 2 June ni.
Tak tahu bila lagi Diya update blog ni lepas ni, jadi Diya belanja selfie satu.

Tolong sengetkan kepala ye.
     



1 January 2017

Diya Hanun | 3:04 AM | Sunday, January 1, 2017 | 3 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Selamat Tahun Baru 2017 semua!