Ajarkan aku untuk memaafkanmu sahabat.

Diya Hanun | 12:07 AM | Saturday, December 19, 2015 | 9 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Aku tak tahu apa salah persahabatan ini, persahabatan yang dibina selama ini musnah macam tu saja. Aku pun tak tahu mana salahnya disitu. Aku berusaha memaafkan tapi aku tak tahu kenapa.
Mulut aku mengatakan aku memaafkan kamu sahabat, tapi dalam hati aku?
Sakitnya hati aku ni sampai ada perasaan dalam hati yang buat aku rasa 
aku berharap aku tak pernah mengenalimu sahabat. 
Aku lebih rela kita tak mengenali dari kita menjadi someone that we used to know.
Segala kenangan yang pernah kita bina hanya tinggal kenangan.
Mungkin hati aku memaafkan, tapi kesedihan tu sangat dalam.
Walaupun dari dulu aku rasa ada something yang kita tak masuk, tapi aku berusaha untuk belajar,
Berusaha untuk menjadi sahabat yang selalu berada di sisimu, membantu sedaya upayaku agar kau tidak ketinggalan dari ku. Kau selalu merasa dirimu kecil dan mengatakan aku lebih pandai dari kau. Tapi pernah tak kau melihat aku berusaha membantu selagi mampuku.
Aku ingin kita berjaya bersama. 

Satu hari kau menemui sahabat baru..
Aku selalu nampak kau berusaha mengelak ku setelah menemui teman barumu.
Aku tidak pernah menyalahkan sesiapa disini. Aku tahu mungkin salah aku. 
Aku bukan seperti sahabat baru mu yang engkau ingini.
Selepas dari itu kau mengelak dari ku semacam aku ada buat satu kesalahan yang amat besar.
Seolah aku menjadi tembok yang memisah antara kau berdua.
Satu hari kita bertemu, aku sangat gembira. Sebab dapat menemui mu setelah lama kita tak jumpa.
Sangat gembira sehingga aku terasa ingin memelukmu.
Namun, secara tiba-tiba kau seakan tidak mengenali ku.
Aku terasa sangat aneh disitu, seakan aku tidak wujud di depan matamu.
Padahal aku lihat kau gembira bersama kawan barumu yang ketika itu dia merupakan sahabatku jua.


Ketika itu, baru aku sedar yang selama ini aku memang hanya menjadi seseorang yang diperlukan sewaktu susah mu sahaja. Aku sedar, aku menjadi penghalang persahabatan kau berdua.
Semenjak dari itu, kita tak lagi mengenali antara satu sama lain. Kau berusaha mengelak dariku.
Ketika aku kehilangan mu, Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya aku.
Betapa aku mengambil masa melupakan semua ini. Betapa aku hanya dipergunakan sebagai orang yang kau perlu kerana tiada kawan. Betapa sebelum ini kau hanya berpura-pura gembira bersamaku.
Aku ikhlas bersahabat denganmu. Aku maafkan mu sahabat. 
Ketika itu, kau jujur padaku aku tidak melakukan salah apa-apa dan dia memaafkan segala kesalahan ku. Katanya mungkin cuma kami memang tak boleh sekepala lagi.
Setelah itu, masing-masing membawa hal sendiri dan semuanya menjadi awkward ketika kita besua muka.

Ibu berpesan:
Biarlah sahabat itu meninggalkanmu tapi jangan kau yang memulakan dulu.
Biarlah dia berbuatmu begitu, lupakan dia kerana sahabat itu hanya sementara.
Berkawan seikhlas hatimu, jangan memandang mereka kerana harta atau kebendaan.
Biarkan mereka, mereka yang rugi. Kita tak rugi apa-apa.
Lebih baik Allah tunjukkan ketika ini, agar kau mengambil pengajaran dan iktibar.
Bersabarlah anakku, mungkin ada yang terbaik akan menjadi sahabatmu.
Yang penting sekarang kau jadilah orang yang berjaya.
Jangan lupakan sahabatmu walaupun ketika itu mereka meninggalkanmu.

Ibu, aku sedih tapi tak mampu menunjukkan padamu, 
aku tak mahu kau lihat aku lemah kerana sahabat.
Tapi aku betul-betul menyayangi sahabatku itu, 
Seandainya melupakan merupakan sesuatu yang mudah seperti sahabatku itu melupakanku.
Sudah lama aku tak merasa sedih sebegini.
Aku hanya berdoa agar kau bahagia 



Alhamdulillah Allah telah menunjukkan kepadaku segalanya.
Alhamdulillah, aku bersyukur kerana aku tak perlu lagi berusaha menjaga hatimu.
Alhamdulillah aku juga mempunyai ramai lagi sahabat yang menghargai ku.
Alhamdulillah aku mempunyai orang sekeliling yang menyayangiku.
Alhamdulillah untuk segalanya.

9 comments:

  1. Assalamualaikum.. sy ada pengalaman yg hampir dgn awk..entry awk kali nie mampu membuat sy nagis.. sedih.. nasib officemate x nmpk
    In Shaa Allah, ade hikmah di sebaliknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. :'( Maaf jika entry ni sedih bagi awak..

      Delete
  2. Fiqa pernah rasa benda yg sama. Sabarlah. Mesti ada hikmah disebalik semuanya :)

    ReplyDelete
  3. Bersabarlah diya! Setiap perkara berlaku ada hikmahnya! :) Mungkin waktu ni lah kita belajar utk kenal siapa lawan dan siapa kawan. Hati-2 dalam memilih kawan dan doalah yg terbaik utk mereka yg kita kenal atau pernah kenal. Ambil pengajaran atas setiap yg berlaku dan jadikan pengalaman! InsyaAllah :) La tahzan, innallaha ma'ana!

    ReplyDelete
  4. Pesan ibu tu sama.
    Biarlah org yg tinggalkan kita asalkan bukan kita yg meninggalkan.. walaupun sakit,huhu Allah faham perasaan kita. La tahzan.

    ReplyDelete
  5. sy pernah mengalami benda yg sama. ia sangat mengguris hati. walaupun kita sudah memaafkannya, namun, bekas luka masih dalam dan ia telah meninggalkan parut yg kekal bersama dlm memori duka :'(

    ReplyDelete

Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi memberikan komen.