Doodle Mug Gift Comel

Diya Hanun | 7:56 PM | Monday, December 14, 2015 | 20 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Ya Allah, dah lama dapat Mug ni baru aku nak post dekat blog ni. 
Terima kasih banyak-banyak pada sis Dyana (Dyna Hyrul) yang telah memberi gift ni.
Atas tanda penghargaannya terhadap doodle yang aku telah hasilkan dulu.
Jadi kisahnya, aku diberi pilihan sama ada nak mug, mini T-shirt untuk kereta ataupun bantal.
Jadi aku pilih mug lah sebab aku suka mug. Lepas tu aku disuruh memilih satu gambar yang aku nak letak atas mug tu sebab dia akan cetak gambar tersebut atas mug tu.
Jadi aku telah pun memilih doodle dari lukisan Disney Princess yang aku pernah lukis dulu.
Boleh tengok dekat SINI dan SINI. Aku pilih karakter Cinderella.
Tak lama kemudian, sampai lah bungkusan tersebut. Dalam tu terdapat mug yang cute dan 2 brooch yang sama cute. Haha..memang excited lah dapat gift ni. Tapi aku dapat masa bulan Jun tahun ni.
Ya Allah, tengok betapa dah lama baru aku nak post. Masa bulan tu aku betul-betul tak banyak masa nak blogging disebabkan baru berjinak dalam alam pekerjaan sementara menunggu further study.
Lepas tu setiap hari aku berfikir bila lah nak post pasal mug ni dekat blog. Tak kesudah hujung tahun baru nak up dekat sini kan. Haha..maaf kalau sis terbaca pasal ni. 
Apa pun saya mendoakan kejayaan perniagaan sis agar bertambah maju dan masyuk!
Insha Allah (^_^)


Jadi ini lah Mug dan brooch yang aku dok sebut tadi. Tak sangka doodle ku telah berada di atas mug yang menjadi simpanan ku kini. Sangat sayang tu, simpan je sampai sekarang.

20 comments:

  1. Comel je....akak pun nak sebijik

    ReplyDelete
  2. Seronoknya doodle sendiri jadi produk.. Teringinnya tapi saya x pandai lukis cantik2 ='(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp Mr Doctor punya doodle semua kiut gila! suka usha doodle dekat sna tau

      Delete
  3. Alahai memang comel lah! Hihi.. Bestnya dapat mug... :)

    ReplyDelete
  4. memang respect la orang yang pandai lukis doodle nih..hehe..nak lukis sendiri hampeh x menjadi..kihkih

    ReplyDelete
  5. Wah, bangganya dapat mug yg ada doodle lukisan sndirik. Comel pulak tuu. :)

    ReplyDelete
  6. cantiknyaaa..seronok sngt bila hasil sendiri ada di mugkan.. jeless.. :)

    ReplyDelete
  7. wah.. tahniah..

    shawal singgah + follow sini.. ^^

    jemput join segmen shawal.. :)

    http://akubukaninnocent.blogspot.com/2015/12/SegmenBlogwalking.html

    ReplyDelete
  8. Comelnya mug..kalau Kak Sue pun sayang nak guna..ehehe..

    ReplyDelete
  9. Cantikkkkknyaaaaaaaa ^^ .. xnk doodles dekat sy satu keee ? Heeeee .. muka xmalu :p

    ReplyDelete

Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi memberikan komen.