Cerita tentang jerawat.

Diya Hanun | 5:43 PM | Monday, December 21, 2015 | 19 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Dulu doktor aku pernah cakap, semua orang ada sinus atau resdung tapi dia kuat atau tak je.
Sekarang ni tiba-tiba je dia menyerang aku dengan hebat. Jadinya kekerapan menggaru hidung smpai rasa nak cabut hidung ni pun ada. Gosok-gosok dan gosok jelah hidung tapi gatalnya di dalam.
Aku ada allergik pada habuk yang sangat teruk dan baru-baru ni allergik pada udang sampai timbul gatal-gatal macam kena nyamuk di seluruh badan.
Bila terkena habuk pula bersin sampai tak berhenti. Disebabkan aku gatal sangat hari ni, Jadi nak share satu cerita lah pasal pengalaman aku pasal jerawat.

Dalam tahun 2013, Pernah 1 hari, jerawat aku naik tapi bukan sebab allergik lah. 
Ala biasa la jerawat. Aku dulu rajin pakai pencuci muka, lepas satu aku tukar satu,
kerap juga tukar-tukar sebab macam tak ada effect langsung dekat muka ni. Sampailah 1 hari ketentuan-Nya. Muka aku naik jerawat beberapa ketul sebab bertukar-tukar pencuci muka. Tapi tiba-tiba makin banyak. Aku punyalah takut, aku pun pakai lah rawatan tradisional. Stop pakai produk muka. Cari dekat internet petua-petua yang boleh hilangkan jerawat. Aku jumpa yang senang.
Pakai serbuk kayu manis plus madu. Serbuk kayu manis dicampur madu menjadi produk sapu di muka. Lepas tu aku pun sapu lah muka pakai produk tak bertauliah tu, haha..
Satu malam aku biar dia jadi topeng muka, Pagi bangun tak bersemut pun,
Tapi yang aku tengok muka aku jadi terbakar. Kulit meradang.
Aku ingatkan memang macam tu, malam kedua aku pakai lagi.
Esoknya memang teruk dah muka aku, dan memang sah muka aku terbakar sebab campuran madu dan kayu manis tu. Ya Allah, dari 2-3 jerawat terus muka macam kena chicken pox.
Dah la masa tu aku masih Diploma, Muka aku macam makhluk asing masa tuu, 
Semua orang tanya kenapa. Aku kena sekitar tahun 2013. Boleh baca dekat Entri SINI
Lepas aku jumpa doktor aku stop pakai produk pencuci muka.
Nah hadap muka aku lepas pakai serbuk kayu manis dan madu tu.

Kecik jelah gambar ni cukup kan,.hehe..Malu lah nak tunjuk muka kita.

Mata terpaksa ditutup untuk fokus pada kesan terbakar di muka. Gambar kiri tu masa fresh lepas kulit meradang, terpaksa pakai mask sebab pedih terkena angin. Gambar kanan lepas luka kering.
Masa ni memang banyak gila jerawat naik.. sampai yang batu plus bernanah, seronok gila picit sampai keluar nanah tu, lepas tu menyesal sebab jadi parut.. Hahah..
Tapi ambil masa 6 bulan juga lah untuk bersih semula muka aku tu.

Sepanjang proses nak baik kulit muka tu, aku pakai ubat yang doktor bagi lepas tu cuci muka pakai air basuhan beras sebab mak suruh. Masa ni mak lah paling  bising sebab aku rosakkan muka aku.
BLA3, TULAH TUKAR-TUKAR LAGI BLAH3..
Hahah..memang pedih telinga masa tu kena bebel, tapi aku tau, mak risau..
Lepas tu masuk tahun 2014, aku dah pulih..Alhamdulillah..
Semenjak dari tahun 2014 sampai sekarang aku tak pernah beli pencuci muka..sob3..sebab terlalu takut terjadi lagi. Aku tak cuci muka pun, just pakai air bersih..Kalau muka rasa berminyak aku cuci pakai air banyak-banyak,. Dah setahun lebih dah. 
Kalau naik seketul pun aku biar tak usik, memang lah ada parut tapi 2 minggu lepas tu  parut mula pudar dan sebulan hilang. 

Tapi aku still pakai foundation cream and compact powder. 
Itu pun kalau aku ada masa yang banyak untuk apply mekap tu. Sebab kalau pakai mekap ni leceh nak tanggalkan dia, aku dah la jenis selalu nak cepat. 
Bila nak solat tu selalu marah-marah sendiri sebab pakai foundation yang susah tanggal.
Bila tenyeh tisu nak bagi hilang foundation pula muka merah-merah pedih sebab gosok terlalu kuat.
Tapi untuk kebiasaanya aku hanya pakai bedak Johnson Baby Powder je sebab aku ni pemalas.
Haha, teruk betul.. Mudah kan, amek je wudhu dan solat, lepas tu pakai bedak baby balik..sob3..
Tapi, kadang-kadang tu teringin juga pakai mekap macam hijabista lain tu..Nampak cantik je..
Aku pun salute dekat diorang yang mampu ambil masa untuk tanggal mekap beberapa minit sebelum solat dan pakai semula mekap beberapa minit selepas solat. Sebab kalau tak make sure dia betul-betul tanggal wudhu kita tak sah, dan solat pun tak sah lah kan?
Aku pun teringin nak try pakai tapi bila tengok kawan pakai, hmm..
Terus tak jadi sebab ambil masa nak apply semua tu..
Hari tu, masuk Sephora buat pertama kalinya, kawan aku jadikan muka aku sebagai bahan uji kaji,
Habis semua mekap dekat situ ditonyoh ke muka ku.. 
Last-last aku lap semua balik sebab tak selesa.
Tapi teringin lah nak pakai, tapi aku tak tahu nak mula dari mana.

Panjang betul entry ni kan, ada ke orang baca sampai habis, haha..
Ni muka aku yang latest, nak kata flawless tak pun tapi syukur jelah.

Gambar semasa censored dan tanpa censored. Gambar minggu lepas, muka tak flawless pun tapi cahaya buat muka kita ni flawless melampau. Aww..jangan tengok lama-lama nanti jatuh cinta..
〜( ̄▽ ̄〜) haha

19 comments:

  1. ada je yang baca entry ni. hihihihi leya pun banyak jerawat kat muka ni. tengah dlm proses nak hilangkan bekas2 jerawat. leya guna bio oil. hehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..tq..sudi baca,,malu kita..ada juga kwn kata bio oil bagus, tp belum pernah try lagi..

      Delete
  2. Thnks sudi singgah blog lya...syukurla jerawat da bransur hilng kn..

    ReplyDelete
  3. Mmg tak tahan bila resdung mnyerang.. Alhamdulillah maybe yui kategori resdung skt sbb semua org ada rssdung kan..

    ReplyDelete
  4. Alhmdulillah lah kalau tak teruk;)

    ReplyDelete
  5. bestnyer tgk muka dah bersih~ kte dok allergik nih susah.. TvT

    ReplyDelete
  6. stress dengan jerawat ni kadang2 tapi takpe setiap masalah pasti ada penyelesaian :D

    ReplyDelete
  7. Produk tu tak sesuai kot dgn muka tu,

    ReplyDelete
  8. jgn picit jerawat, biarlah ia nak menumpang sementara di wajah..

    ReplyDelete
  9. hemmm, rasanya Ai pun ada masalah ressung cuma takut nak g jumpa doktor je..haha sebab dok tergaru garu hidung ni. tapi dah peloles je muka..cantik :)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah dah elok kan. :-)

    ReplyDelete
  11. Yay! lissa baca sampai habis. hehe Lissa faham sangat perasaan takmau pakai produk lagi sebab Lissa pernah macam kak Diya.. muka berjerawat, then tukar2 produk nak cari yang berkenan. tapi makin teruk pula -_- tapi sekarang Lissa pakai Dnars. rasanya tu lah yang paling ngam dengan Lissa. hehe

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. hari tu pergi klinik public..mana2 dktor public..hehe..x tau skrg ade lg ke x

      Delete

Please Be Nice