30 Fakta mengenai perempuan yang lelaki patut tahu

Diya Hanun | 2:56 PM | Tuesday, May 28, 2013 | 37 Awesome Comment's
 photo assalam-1_zpsce3aec1c.png

Kaum Adam pernah tak tahu fakta pasal kaum hawa..kalau tak tahu sangat meh baca sini :P Sebab awak pun kena faham faham pasal orang yang awak sayangi..bukan nak perempuan sahaja faham awak ok?



1. Perempuan adalah makhluk yang paling sensitif bila diorang tengah datang bulan. Ni kita panggil sindrom datang bulan (PMS). *amaran: jangan pernah buat kami marah masa ni..

2. Perempuan paling suka berborak. Jadilah pendengar yang setia.

3. Perempuan suka ambil gambar banyak-banyak untuk jadikan kenangan. Jadi tak hairan lah kalau dalam tandas pun mereka nak bergambar..hihihi..

4. Perempuan kalau memuji perempuan lain memang tak akan habis..
        Gadis A : Comel la awak ni
        Gadis B : Tak lah awak lagi lah cantik dari tittew *ala2 manja
           Gadis A : Yeke thanx, tapi kita rasa awak pakai apa pun nampak sweet dear..
        Gadis B : You more sweet la syg..
See kami memang begini..hihihii...

5. Perempuan paling suka makan. Lepas tu mulalah bising berat dah naik.. *diet

6. Bila buah hati mereka tak balas mesej dalam tempoh yang lama, 3 perkara yang berada di fikiran mereka  samada mereka rasa bf mengabaikan mereka, bf marahkan mereka atau bf rasa mereka menjengkelkan atau menganggu.

7. Perempuan sukakan pujian, lebih2 lagi dari seseorang yang mereka sukai.

8. Bila perempuan marah mereka bukan sengaja nak marah tapi sebab mereka sayang dan ambil berat..

9. Perempuan yang paling garang sebelum kahwin adalah isteri yang paling manja.

10. Bila seseorang perempuan jatuh hati, mereka akan mengatakan  kenapa mereka tak berjumpa dengan orang itu lebih awal.

11. Perempuan sukakan lelaki yang bersikap melindungi, tapi jangan terlalu melindungi sampai mengongkong pula..

12. Perempuan tak kan pernah dapat mencari perkara negatif pasal seseorang yang mereka sukai setelah mereka jatuh cinta.

13. Bila perempuan benci kan seseorang jangan terkejut bila bestfriend mereka pun ikut sama benci dekat orang tu.

14. Perempuan bila  melayan bestfriend mereka kalah pasangan bercinta, sampai orang lain pun boleh jealous dengan kemesraan mereka.

15. Bila sedih, perempuan suka dipeluk sebab mereka rasa selamat.

16. Kadang-kadang perempuan suka bagi petunjuk dekat seseorang yang mereka sayang tentang apa yang mereka suka *tetapi tulah lelaki ni tak faham bahasa isyarat. 
                 gf : Awak tau tak saya suka dekat teddy bear (sambil pandang dekat teddy bear dekat kedai)
             bf : biasa je..
             gf : comel :) *dalam hati ( saya nak suruh awak belikan teddy tu lah!!! :') )     

17. Walaupun mempunyai kawan lelaki dan peminat yang ramai tapi dalam masa yang sama dalam fikiran diorang hanya ada seseorang yang mereka sayang sahaja.

18. Bila perempuan mula cemburu mereka boleh jadi detective yang paling berjaya tanpa disyaki oleh si lelaki. Kalau boleh sampai lubang cacing pun mereka selidik.

19. Perempuan  suka banyak berfikir dan suka buat kesimpulan yang bukan2 tentang buah hati mereka.
Tapi sebenarnya apa yang mereka fikirkan tu tak berlaku pun..Risau tak sudah.

20. Walaupun dah banyak baju tapi tetap mengatakan tiada baju untuk dipakai.

21. Perempuan akan berasa cemburu bila ternampak kekasih mereka dengan perempuan lain walaupun sekadar kawan.

22. Jangan tipu kami kerana kami akan selalu dapat tahu.. :)

23.Walaupun bersedih perempuan tetap akan tersenyum. Mereka akan nangis secara senyap dan boleh berpura-pura ceria semula di hadapan orang.

24. Air mata adalah senjata wanita.

25. Bila perempuan senyap secara tiba2 maka hairan lah sebab ada sesuatu yang berlaku disitu.

26. Jangan lupakan tarikh lahir seseorang perempuan sebab perempuan sentiasa menunggu si dia wish happy birthday walaupun tiada hadiah..cukup sekadar mengingat untuk menunjukkan mereka dihargai si dia.

27. Perempuan dapat mengingat walaupun perkara kecil jika dibandingkan lelaki. Sebab tulah bila lelaki mungkir janji mereka akan ingat sampai bila2.

28. Kalau perempuan selalu menghubungi awak tu sebab mereka tak nak lost contact dari awak.

29. Walaupun busy mana tolonglah luangkan sedikit masa untuk perempuan sebab mereka ni agak mudah berkecil hati. Pasti akan ada perasaan sedih. 

30. Bila seseorang perempuan sudah meninggalkan seseorang lelaki ni, takkan ada peluang kedua buat si lelaki tu,Mungkin ada lagi perasaan sayang tapi lebih banyak perasaan benci kerana disakiti. 


37 comments:

  1. ada yang betul ada yang tidak... *_^ sebab x semua perempuan serupa...thanks for sharing dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saye setuju...pempuan nie susah na agak...aku ade teman sepejabat keje dia na buat aku marah je..tade sebab pun dia na bising2..padahal aku tade bg masalah atau kacau dia pun..siap cakap aku yg banyak bg masalah pade dia

      Delete
  2. yup sebab depends pada seseorang perempuan itu sendri :)

    ReplyDelete
  3. saya suka! saya baca sampai habis! lelaki patut baca jugak nihhh!!! MESTI! hehe ;)

    ReplyDelete
  4. Hai , saya dah follow blog awak .
    *Budak baru nak belajar .
    Singgah-singgahlah blog saya

    http://diarialyn.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Hai , saya dah follow blog awak .
    *Budak baru nak belajar .
    Jemputlah singgah blog saya :)

    http://diarialyn.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Hai! Ayan Dah Baca. Memang Banyak Yang Betul .. Lagi2 No.16 .. Awek Ayan Banyak Kali Wat Bende Tu Tapi Ada Masa Ayan Layan Ada Masa Ayan Wat Derd Je Sebab NAk Wat Dia Merajuk .. Thanks For Info.. =)

    ReplyDelete
  7. 31. Perempuan suka tulis blog, hehex ;p

    ReplyDelete
  8. Saye lelaki tetapi nape perasaan saya seperti yang di katakan.. 0_0

    ReplyDelete
  9. aku sokong yg no 20 tu hahahahaha

    ReplyDelete
  10. Number 22 tu betul !!!! Saya suka la blog awak .. Lelaki mesti bca !! #jgnsentapwahailelaki
    Hihihih

    ReplyDelete
  11. Tapi saya ada pengalaman bercinta dengan wanita2 jenis seperti di bawah. Untuk tatapan lelaki juga supaya berhati2 jangan terkena. haha:

    1. Jika wanita berkata sesuatu, masih ada kemungkinan kata di mulut dan kata di fikirannya berbeza. Contohnye jika dia cakap "I love you" di mulut, risau juga itu hanya sekadar percakapan semata2 tapi dia tidak betul2 maksudkannya. Oleh itu, kena berwaspada. Sebab tu ada kes baru bersama dua bulan, tiba2 benci2 sebenci2ya. Haha...

    2. Wanita yang berlatarbelakangkan pendidikan yang tinggi atau dari keluarga yang berstatus tinggi memiliki kadar expectation yang turut tinggi terhadap seorang lelaki. Contoh: jika wanita tu belajar oversea, dia nak kawan dgn laki2 yg jugak study oversea (padahal aku ada je kawan2 laki yg study oversea sempoi2 je bila dh balik Msia ni, so wanita jenis begitu je yg poyo je lbih) Jadi jika berkenalan dengan wanita yang begini, kena bersiap sedia untuk menjadikan diri anda sama taraf pemikiran dengan mereka. Silap2 berbincang pasal masalah penurunan kadar saham di New York dengan mereka. Haha...

    3. Ada wanita yang masih single tetapi terlalu ramai kawan di sosial media kadang2 masih tak sedar-sedar diri untuk terus berseronok dan melepak bersama rakan2 kerana mereka lebih selesa begitu (kononnye kalau dah berkahwin, hilanglah segala keseronokan sementara tu semua.. haha). Jika berkenalan dengan wanita ini, hati dan jiwa anda haruslah gagah dan tabah sebab itulah sikap mereka. Wanita begini biasanya ramai peminat dari kalangan lelaki. Haha... Hati jangan tisu bro.

    4. Menurut point No.3, wanita jenis begini akan suka melabelkan anda sebagai suka mengongkong, selfish, berlagak dan sebagainya sedangkan anda hanya menegurnya supaya slow-down sikit sbb anda rasa cemburu sikit bila tgk dia dh ramai semacam kawan2 jantan yg dok menggatal kt dia (in case kalau dia jenis ada tarikan yg power pd lelaki). Jadi jika nak tegur wanita yang ala2 bangang begini, sila berjaga2 atau anda akan dilabelkan walaupun sebenarnya mereka tu yang bangang asik nak berseronok je macam hidup ni xkan mampus2.. Haha...

    5. Wanita yang merasakan diri mereka cantik / ramai peminat lelaki biasanya akan kurang rajin dalam menunjukkan cinta mereka. Ini kerana mereka tahu diorg ramai je yang minat kalau break-up dgn anda. Silap2 anda yang separuh mati cuba untuk berjuang demi cinta langsung tak nampak penghargaan dari wanita jenis ni. Oleh itu, dinasihatkan bercinta secara slow & steady, jangan 100% atau anda yang akan 100% kecewa. Percayalah, ramai je wanita musibat mcm ni. Haha...

    6. Jika anda ditakdirkan diminta putus atau break-up oleh wanita sedangkan anda telah berusaha menjaga perhubungan korang dengan baik, segerakanlah lupakan dia sbb diorang maybe langsung tak ingat pun yang baru minggu lepas diorg berkata "I Love you" pada anda. Sila lihat point nombor 1 untuk sedikit pencerahan. Haha..

    7. Kegagalan dalam bercinta tidak semestinya hanya disebabkan orang ketiga, sikap pasangan, kewangan, tiada restu keluarga, masih belajar dan sebagainya. Tapi ada juga kadang2 disebabkan kebangangan wanita sendiri yang tak menghargai perjuangan cinta oleh lelaki yang mencintainya. Percayalah, ramai je wanita2 parasit begini. Berwaspadalah.. peace yo.. -Adiputra S

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya agak terasa sikit pada no.22 dengan 26

      Delete
  12. Bagus sebab kebanyakkan perempuan mmg mcm tu.. tapi sikit je yg ada kaitan ngan sya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalamualaikum.... Awak leh x tlg saya...saya ada dua soalan

      Delete
  13. Ehh..nk tnya skit..katakn lh..dia tahu kita suka dia..tapi blm couple ..dia layan org lain ok jer..tapi bila kita ckp dia cm mrh..tapi ttp layan

    ReplyDelete
  14. Nak tanye sikit saya suka Kat seseorang
    Di fb.saya dh mesej mula2 dia dh jawab lama kelamaan dia dh tak balas.
    Minta penjelasan.

    ReplyDelete
  15. Asalamualaikum..boleh Bantu saya

    ReplyDelete
  16. Asalamualaikum.... Semoga sihat semua...Dan murah rezeki....saya disini ada 2 soalan...yg pertama apakah tanda jika kita mintak teman wanita kita bwk kerumah untuk berjumpa parent tapi jawapan yg diberikan ialah datang lah sendiri ....yg kedua kenapa gf kita tiba2 senyap call tidak dijawab Dan msg pula tidak dibalas perkara senyap kan diri dh 1 bln...adakah perlu saya lupakan dia terus ?...Dan saya perlu kan dua jawapan soalan saya tadi dalam kadar segera....terima kasih kawan2 semoga sihat Dan bahagia disamping org tersayang yg belum berpunya akn datang in sha Allah....asalamualaikum

    ReplyDelete
  17. Hurmmm....xtaulah jugak....mcm sy bru 4 bln couple...ad shari tuh dy xderk pun chat ape2...sy marah dy..xderklah maki hamun ap sume....pas tuh dy jawab dy penat ap sume....pas tuh dy mintak ruang....n skunk kitorang jdi kawan je....x fham lah pompuan nih....

    ReplyDelete
  18. kalau awek aku ni jenis suka menghilang tu.. tu dikategorikan macam mana ye ? tengah chat hilang.. masuk hospital taknak bagitahu.. bila tanya kata "saya okay .. jangan risau sangat lah demam biasa je" demam biasa sampai masuk hospital.. aku kat sini macam orang gila fikir pasal dia.. haihh

    ReplyDelete
  19. Aku couple dg awek ni nk masuk setahun . Dia mmg ramai kawan lelaki , dlam media social , dia sayangkan aku tapi suka melayan lelaki lain , layan lelaki lebih mesra daripada aku plak tu . Tapi dia xnak tnggal aku , so mcm mna guys ? Beri pendapat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite sama jgk bro,haha msti ayat dye cm ni kan "sye tak padang pn org lain,hnye awak je" kan?tp yg ptng prcaya jer..wt pe kapel klu tk prcaya kn dye?tipu la klu kite ni tk overthingking haha..btw sabar okey aku doakan baik²

      Delete
  20. Senang cerita perempuan makhluk yang sukar di fahami dlm apa hal pun pasti nk menang walaupun salah tapi tetap menang lelaki di jadi kan untuk terima semua Ni itu yg perempuan maksudkan

    ReplyDelete
  21. semue bende ni sebijik cm awek aku..hurm rindunye nk semue nie

    ReplyDelete
  22. Bila dh dia marah tu memang x ada pekuang kedua. Ini serious punya ckp ya. Aq dh biasa kena sedih tu.Selepas aq berusaha sehingga 6 bulan dia tetap x reply. Setahun berkalu dia mesej aq balik dan minta maaf. Apax2 pun kalau sayang tu usaha lah. Insyaallah Allah tolong. Niat kena baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang macam mana bro? Masih bersama kah? Situasi sama dengan saya. Saya minta maaf pd diaatas kepincangan saya. Tapi ni dah hampir berbulan dia x mesej balik. Media sosial private dan block saya. Ada kah peluang dia maafkan saya?

      Delete
  23. nk tnye jugak ex aku ni aku masih contact. bila aq tk chat die rse sunyi.aq masih sayang die sebab tu aku masih chat dia. tpi kalau hubungan die tk ready. tpi penah skali die marah gila bila aq follow sorg perempuan ni dekt instagram.aku mcm terkejut aq igt die tk kish sebb die tk syg aku. kkdg chat puj die care habis pasal kesihatan aku.cume die penah sebut die tk ready dgn hubungan. jdi aq tktau lah aq ade peluang untuk dgn dia balik ke tak. tpi kalau dapat aq jaga betul betul memg confirm aq kumpul duit sungguh2 untuk terus kahwin dgn dia, kalau betul die masih syg aku.

    ReplyDelete
  24. ada yg betul, bnyk ja. Tapi tak semua tepat. As lelaki, kami cukup pantang kalau perempuan reply 'K' atau 'okay' ja. Take note girls

    ReplyDelete
  25. Kebanyakan fakta nie semua penipu je.. perempuan hipokrit la

    ReplyDelete
  26. perempuan paling pantang dekat lelaki yang tak jujur so wahai kaum adam yang baca ni jangan cakap menipu ye just be yourself :)

    ReplyDelete

Please Be Nice