Bumi berbangga bersolat di atasnya

Diya Hanun | 5:37 PM | Wednesday, May 29, 2013 | Leave a Comment Here (^_^)/
 photo assalam-1_zpsce3aec1c.png


Kelebihan solat berjemaah
Sesungguhnya barangsiapa yang mengerti dan memahami mengenai kelebihan solat berjemaah, maka pastilah dia akan berusaha mengerjakan solat waktunya di masjid atau surau walaupun keadaan dia dipapah atau merangkak. Antara hadis Rasulullah SAW yang menyebut tentang kelebihan bersolat jemaah ialah:
''Barangsiapa yang menghadiri solat jemaah Isyak (di masjid) seakan akan dia bertahajjud setengah malam, dan barangsiapa menghadiri solat jemaah Subuh , seakan-akan dia bertahajjud semalaman suntuk."

Bumi berbangga bersolat di atasnya
Alangkah hebatnya jika seorang mukmin dapat mengerjakan solat di banyak tempat di atas muka bumi Allah ini di mana bumi itu sendiri akan membanggakan dirinya kerana ada hamba Allah yang bersolat di atasnya.
Anas bin Malik r.a berkata : " Tidak sepotong tanah pun yang seseorang mengingati Allah dengan zikir atau solat di atasnya, kecuali tanah itu akan membanggakan dirinya atas bahagian-bahagian lain daripada bumi sekitarnya, juga dia akan merasa senang dengan zikir kepada Allah yang dilakukan di atasnya sampai ke tujuh lapis bumi. Dan tidak seorang manusia pun berdiri untuk solat, kecuali tanah dibawahnya akan menghiaskan diri baginya.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi memberikan komen.