Musuh dan sahabat Iblis

Diya Hanun | 5:32 PM | Wednesday, May 29, 2013 | Leave a Comment Here (^_^)/
 photo assalam-1_zpsce3aec1c.png



Dikisahkan dari Wahab bin Munabbih bahawa berkata ia: ''Allah SWT telah menyuruh Iblis berjumpa dengan Rasulullah SAW dan menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh Rasulullah SAW. Kemudian Iblis pun menyamar sebagai orang tua yang kelihatan cantik dan kemas bertemu dengan Rasulullah SAW. Apabila Iblis berdiri depan Rasulullah SAW maka baginda bertanya  ''Siapakah kamu?''
Lalu Iblis laknat berkata : "Aku adalah Iblis yang dilaknat oleh Allah."
Berkata Rasulullah :'' Kenapa kamu datang kemari. Berkata Iblis laknat : ''Aku kemari atas perintah Allah SWT untuk menjawab segala pertanyaan kamu. Rasulullah SAW memulakan pertanyaan:

''Wahai Iblis katakan kepadaku berapa banyakkah musuhmu dari umatku? ''
Berkata Iblis : ''Musuhku yang terdiri dari umat mu itu ada 15''

1. Engkau sendiri adalah musuhku
2. Imam pemimpin yang adil
3.Orang kaya yang merendahkan diri pada Allah
4. Peniaga yang jujur
5. Orang alim yang khusyuk dalam mengerjakan sembahyang
6. Orang mukmin yang sentiasa memberi nasihat
7. Orang mukmin yang sentiasa berkasih sayang antara satu sama lain
8. Orang yang  sentiasa bertaubat
9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram
10. Orang mukmin yang sentiasa bersuci
11. Orang mukmin yang sentiasa mensedekahkan hartawnya ke jalan Allah (dermawan)
12. Orang mukmin yang bagus akhlaknya
13. Orang mukmin yang bermanfaat kepada orang lain
14. Orang yang menghafal Al-Quran dan membacanya
15. Orang yang bangun malam mengerjakan solat ketika orang lain sedang nyenyak tidur.

Rasulullah bertanya lagi, 
''Wahai Iblis laknat, katakan kepadaku berapa banyak sahabatmu dari umatku?
Berkata Iblis laknat :''Sahabatku yang terdiri dari umatmu ada 10"

1. Hakim yang menganiaya iaitu tidak jujur dan tidak berlaku adil
2. Orang kaya yang sombong dan bongkak
3. Peniaga yang khianat, suka menipu dalam urusan jual beli
4. Peminum arak
5. Orang yang suka memutuskan tali persaudaraan
6. Orang yang mengumpul harta dari jalan riba
7. Orang yang berlaku khianat, memakan harta anak yatim
8. Orang yang memandang ringan dalam urusan mendirikan solat(melambat-lambatkan)
9. Orang yang enggan mengeluarkan zakat
10. Orang yang sangat suka berkhayal.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi memberikan komen.