Apa itu akreditasi?

Diya Hanun | 1:40 PM | Sunday, July 14, 2013 | 1 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎


Apa itu akreditasi?
                
Perakuan Akreditasi merupakan satu perakuan rasmi bahawa sesuatu sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan kepada graduan mencapai standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan oleh (Malaysian Qualifications Agency, MQA) dan selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF).

Program yang telah memperoleh Perakuan Akreditasi sahaja layak menggunakan perkataan 'Akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)' atau bentuk kenyataan lain dengan maksud yang sama dalam iklan dan tawaran kursus mereka.

Status Akreditasi yang diberikan oleh MQA memiliki beberapa kelebihan tersendiri.
Selain ia menjadi tanda aras kualiti program pengajian yang diikuti oleh para pelajar, ia juga memberi
manfaat lain seperti berikut:
                       
i.Memudahkan pelajar mendapat bantuan kewangan antaranya seperti layak dipertimbangkan untuk mendapat pinjaman daripada agensi pembiayaan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN);

ii.Memudahkan pemindahan kredit tertakluk kepada syarat-syarat dan keputusan muktamad institusi terbabit;
                          
iii.Membolehkan pelajar melanjutkan pengajian di institusi tempatan atau luar negara
                             
iv.Pelajar layak dipertimbangkan untuk menjawat jawatan awam. Selain itu, majikan sektor swasta turut menekankan program yang telah mendapat akreditasi dalam membuat pengambilan pekerja mereka; dan/atau  
                        
v. Institusi boleh memfrancais program yang diakredit kepada institusi lain, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

1 comment:

  1. mekasih ye . saya da try.alhamdulillah dpt tngok balik file .moga murah rezeki cik :)

    ReplyDelete

Please Be Nice