Mimpi tentang ular

Diya Hanun | 10:11 AM | Thursday, July 4, 2013 | 3 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎
Korang kenal tak siapa artis ni..hehe..#ktiba2

Pagi tadi termimpi pasal ular ,Ceritaya begini:
Diya tengah ikut serta dalam explorace, lepas tu pergi dekat sungai belakang rumah,
nampak tengkorak manusia lengkap pakai baju terapung dalam sungai tu, time
ni diya nak cari budak2 explorace diya yang lost..punyalah diya pergi ambil laluan yang lain.
Macam semak samun yang berlopak tapi belakang rumah diya jugak..
sekali masa pergi berjalan dalam tu tiba-tiba nampak ekor ular sawa warna purple.
Jerit panggil ayah, lepas tu abang pergi tangkap dan bunuh..gemuk ular tu tapi pendek je macam 1 meter..
lepas tu ekor dia terputus, diya pergi campak n ayam diya kejar pergi telan..habis mimpi..
terus terbangun..

tak pernah-pernah mimpi ular tiba-tiba mimpi, orang kata kalau mimpi ular ada banyak makna..tapi mimpi ni kita tak boleh juga percaya sangat..

    Maksud mimpi ular :

    1.Percakaran antara keluarga,anak2 dan isteri
    2.Kemungkinan ada orang yang hasad dengki kepada anda
    3.Petanda anda terkena sihir atau gangguan makhluk halus
    4.Musuh yang mempunyai harta
    5.ular masuk rumah:Musuh anda telah menjalankan konspirasi menjatuhkan anda.
    6.Bunuh ular:Anda berjaya mengatasi musuh anda
    7.kena patuk:anda terkena musibah
    8.Bunuh ular atas katil:isteri akan meninggal dunia.
    9.Rumah penuh ular tetapi tidak takut:rumah anda musuh muslimin dan orang mengikut hawa nafsu
    10.Ular mati:musuh anda akan musnah tanpa bersusah payah
    11.Ular masuk ke rumah dan keluar begitu sahaja:musuh sebenarnya dari kalangn ahli keluarga sendiri.

    ”Mimpi buruk Ia adalah daripada syaitan. Mohonlah perlindungan kepada Allah dan janganlah diceritakan kepada seseorang pun kecuali mimpi tersebut tidak mendatangkan bahaya kepada kamu.”.(Hadith Riwayat Imam al-Bukhari).

    Rasulullah Sallahllahu Alaihi Wassalam bersabda lagi, maksudnya:
    “Apabila melihat salah seorang di antara kamu mimpi yang dibencinya maka hendaklah dia meludah tiga kali ke kiri. Mohonlah perlindungan kepada
    Allah daripada syaitan tiga kali dan berpalinglah dari lambungnya yang di atasnya.”
    (Hadis riwayat Imam Muslim).

    Dari itu, jelaslah melalui dua hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan mengenai mimpi yang dialami oleh seseorang muslim; jika mimpi yang baik, maka ia adalah dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan kita disunatkan memuji Allah mengenainya, namun jika mimpi tersebut adalah mimpi yang buruk/mengerikan, kita diminta mendiamkan diri daripada menceritakannya kepada orang lain. Larangan memberitahu kepada orang lain mengenai mimpi yang buruk tersebut mempunyai tujuan yang tersendiri, iaitu supaya jangan ada orang yang memberi ramalan yang bukan-bukan sehingga jika jiwa kita lemah dan terus percaya dengan ramalan itu, maka dikhuatiri akan mengakibatkan bencana buruk kepada kita, kerana ada sepotong

    Hadith Qudsi menceritakan:
    “Aku (Allah) menyertai apa yang disangka oleh hamba-Ku.”

    Walau bagaimanapunn, jika anda takut ditimpa bahaya, Panel mencadangkan supaya anda bersedekah, kerana Rasulullah Sallahllahu Alaihi Wassalam ada
    bersabda, maksudnya: “Bersedekah itu menolak bala.”

    Wallahu ‘alam.

    p/s: ayat kat atas tu tak tahu lah mana diya petik..tapi yang pasti kita sebagai umat Islam tidak boleh mempercayai 100% mimpi. Percayalah pada Allah sepenuhnya,bukan mempercayai ramalan mimpi sehingga menjadikan diri kita taksub untuk setiap ramalan mimpi itu..
    Ingatan untuk diri, juga para pembaca :D

    3 comments:

    1. Dulu2 pkir klu kna patut ular ada owg nak masuk meminang..tpi sejak dengar ceramah agama ni..brulah tahu..hee..Alhamdullilh..:)

      ReplyDelete
    2. yg sebetulnya mimpi ular ni nak terkena gangguan jin atau sihir tp kalau mimpi sekali tu, mungkin tidaklah... kalau mimpi lebih tiga malam berturut2 tu ya mungkinlah kena gangguan jin sihir... klu dah mcm gitu cepat2lah pergi jumpa ustaz... jgn biar...

      seumur hidup akak, cuma 3 kali je mimpi ular. itu pun masa sekolah menengah, masa kat kolej... huhu...

      ini pun ustaz darussyifaq yg cerita, wallahua'lam...

      ReplyDelete

    Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi memberikan komen.