Cari bilik sewa lebih mudah dengan Hidup.my

Diya Hanun | 5:21 PM | Monday, March 7, 2016 | 8 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Mencari bilik untuk disewa kini lebih mudah. Bukan setakat itu saja, kita juga boleh mencari roommate untuk kita kongsi bilik dengan HIDUP.MY.  Tujuan laman web ini ditubuhkan adalah untuk membantu lebih ramai pengguna diluar sana untuk mencari bilik untuk disewa khususnya di Lembah Klang dan sekitarnya. Trend sedia ada untuk mencari bilik sewa adalah kebanyakkannya di laman sosial seperti Facebook atau pun di Mudah.my. Namun begitu kedua-duanya bukanlah laman web khusus untuk pencarian bilik sewa. Tapi dengan adanya Hidup.my ini, kita tak perlu pening lagi dah. Website ini tidak memerlukan apa-apa apps untuk download, sebab dia memang direka khas untuk pengguna mobile. Website yang sangat mobile friendly. Jadi ini boleh membantu mereka diluar sana yang mungkin selalu mencari housemate untuk penuhkan bilik/rumah sewa mereka dan bukan itu sahaja, ianya berguna untuk kedua-dua, penyewa dan tuan rumah.


Website ini memberikan 3 option untuk pengguna,
1. Sama ada kita boleh promote bilik untuk kita sewa
2. Mencari bilik untuk disewa
3. Dan mencari roommate

Senang je kan?
Website ni baru sahaja dilancarkan pada Oktober tahun lepas. Tiada iklan di Televisyen, kata orang, we try to spread the good thing by word of mouth

Website ini tak ada golongan atau kumpulan fokus kerana melibatkan semua iaitu penyewa dan Tuan rumah. Ini bermaksud jurang umur yang berbeza-beza. Boleh dikatakan bahawa website ini memang hendak membantu mereka yang di golongan pertengahan dan kebawah atau pun "middle income" dan "low income" group khususnya Pelajar dan Eksekutif muda yang baru memulakan pekerjaan di kota raya. Oleh kerana itu Price Range maksimum RM2,000 dan itu pun sudah sangat mahal bagi sebuah bilik. Dengan harapan, lebih mudah orang mencari bilik sewa, website ini seakan tahu bahawa 2016 dan seterusnya akan menjadi lebih sukar bagi golongan ini jika tidak dapat menguruskan kewangan dengan baik  dan menyewa bilik adalah salah satu cara untuk mengurus kewangan dengan baik. Tapi betul juga kalau nak kata lain orang lain rasa, ada juga pengguna yang sewa mahal-mahal.

Ada juga step untuk kita yang agak blurr tentang apa nak dibuat bila dah sampai di website ini.

Sebagai contoh, kita perlukan bilik untuk disewa, hanya taip sahaja tempat yang diingini:

Dan Hidup.my akan membawa kita ke bilik-bilik kosong yang terdapat disekitar tempat tersebut. Siap dengan map yang boleh membuat kita dapat kedudukan tempat tersebut dengan lebih tepat.


Contohnya kita berminat nak sewa di gambar pertama. Klik di gambar tersebut dan akan membawa kepada maklumat yang lebih terperinci tentang bilik tersebut dan maklumat orang yang boleh dihubungi.

Kalau kita perlukan roommate pula, hanya tekan pada looking for housemate dan akan keluar senarai seperti di bawah. Pilih saja dari senarai tersebut.


Senang kan? Lepas ni tak perlu lah susah-susah, sebab dah ada website khas nak cari dan promote bilik untuk disewa. 

8 comments:

Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi memberikan komen.