Harlem shake

Diya Hanun | 10:13 PM | Monday, February 18, 2013 | 9 Awesome Comment's
 photo assalam-1_zpsce3aec1c.png

Orang-orang dekat internet sibuk cakap tentang Harlem shake ni..
Sekarang dah menggantikan gangnam style...
Meh tengok video asli dia sebelum ade lagi video diorang pakai costumes..


Macam haram je diorang ni..ahaha..
Meh diya cerita sikit pasal benda ni..menurut pembacaan diya..

Harlem shake ni adalah satu jenis internet meme, tau tak apa tu meme?  meme tu sesuatu fenomena yang disebar dari seorang ke seorang melalui internet. 
Harlem shake ini di famouskan oleh sekumpulan remaja dari Queensland,Australia..Video mereka diupload pada awal februari 2013. Lagu yang diambil oleh mereka bertajuk Harlem shake by Bauuer.
Konsep harlem shake ni, selalunya akan ada seorang yang berhelmet atau memakai topeng menari selama 15 saat dikelilingi oleh orang yang tak ambil peduli mengenai orang tu menari berseorangan, 
Bila masuk 15 saat seterusnya semasa lagu bass tu masuk, semua orang akan ikut menari secara gila..ahaha..Kadang2 akan ada yang memakai costumes pelik sambil buat tarian masing2..

eeh macam tu pun boleh..
sekarang ni banyak version dah orang buat dekat youtube tu..

meh tengok version yang malaysia buat pulak..ni team hitz.fm buat..hehe



Kalau nak tahu lebih lanjut history dia..pergilah rajin2 baca dekat wikipedia bawah ni :D

Pengalaman berblog

Diya Hanun | 12:57 PM | Friday, February 15, 2013 | 8 Awesome Comment's
 photo assalam-1_zpsce3aec1c.png


scary tak gambar ni..ahaha..
gambar sekadar selingan..ahaha..

Dulu diya jadikan blog ni tempat luahkan perasaan je..
Sebab tak nak cerita kat siapa2.. walaupun tahu orang akan baca..
Tapi mostly anonymous yang baca..so tak kisah lah..hehe...
Lama2 kawan2 tahu pasal diya ada blog..
so dari situ diorang tahu pasal kisah diya yang diya tak cerita dekat diorang..
pasal someone yang diya suka lah terutamanya,. :P 
Pernah satu hari diya luahkan perasaan dekat blog..haha..tak ade tempat lain..
Yelah semua orang kan mesti ada perasaan nak meluahkan isi hati dia..
even pada diari sendiri..then malangnya kawan2 dan kakak sayang diya terbaca kisah tu..
haha..padahal diya tulis sehari je entry tu sebelum tukar entry lain..
erk kantoi sudah. :) 

so ok benda dah terjadi..then kenalah face it..
yeah..start dari tu diya sudah tak kisah pasal risiko orang lain terbaca entry diya..
Dalam dunia ni tak ada benda yang tak ada risiko..
Kalau dah nama blog tu, memang orang akan bacalah kan..
Tak kira lah orang yang dikenali atau tidak..so start dari first time berblog korang kena
siap kan emosi dan mental dengan apa yang akan berlaku pada blog korang pada masa akan datang..
sama ada menjadi famous amos, dikenali kawan2 terdekat,family atau saudara mahupun blog korang tidak dikenali lagi kerana masih baru atau jarang berblogwalking ataupun korang memang tak nak orang tau pasal blog korang..kira macam diari online sahajalah..
Paling penting mesti berani dengan entry yang kita nak tulis tu..sama ada tentang kekasih, kawan2, orang disekeliling mahupun benda yang sewaktu dengannya..
Diya memang tak pernah terfikir nak jadikan blog ni sebagai tempat nak cari duit..
just ade nuffnang je..tu pown sebab nampak benda tu macam seronok bila tengok blogger lain letak..ahaha..nampak macam ada penaja je blog diya..kononlah...
blog ni pun sekadar mengisi masa lapang..nak share apa yang best tentang kisah diya :)
kadang-kadang diya tak sibuk diya blogwalking follow orang..:)
kalau orang tu nak follow balik tak apa kalau tak follow pun tak apa..
Sepanjang diya blogging diya kenal blogger2 lain walaupun tak kenal realiti.. :)
Baca entry diorang dapat info baru, diya selalunya jadi silent reader je..hehe
kalau diya rasa diya nak komen diya komen :)
Dulu dia guna bahasa macam bahasa alien masa tulis entry..
Tak matang langsung haha..then sekarang diya guna bahasa yang betul sometimes mix english..
sebab memudahkan pembacaan,, :)
So jika sepanjang diya berblog ni ada melakukan kesalahan pada siapa2 yang membaca..diya minta maaf :)


p/s : Kalau korang still baca sampai ayat last ni terima kasih diya ucapkan ^_^ korang memang daebak (hebat) sebab tak semua akan membaca entrty yang panjang :D

Rasa-rasa korang takut tak?

Diya Hanun | 7:57 PM | Thursday, February 14, 2013 | 5 Awesome Comment's
 photo assalam-1_zpsce3aec1c.png

Rasa2 korang takut tak kalau korang dalam lif ni ?? ahaha




Ketakutan pada manusia

Diya Hanun | 6:11 PM | Tuesday, February 12, 2013 | 3 Awesome Comment's
 photo assalam-1_zpsce3aec1c.png

Perasaan yang kosong,kosong~


By the way..hari tu diya ada mimpi duduk dekat perkuburan..
diya nampak orang2 yang dah meninggal tu minta hidup semula
sebab nak buat kebaikan didunia..
diya rasa takut sangat2 tengok semua tu..
Diya fikir dapat kah masuk syurga nanti.. sedar2 dalam mimpi tu diya menangis 
memikirkan mereka dan hidup ni.. 
Bila diya bangun tidur diya menangis lagi sebab fikir semua tu..diya takut sangat
ok..sejak tu diya takut dengan manusia..tak tahulah..
then,

Hari ni..masih lagi tak ada mood nak buat assignment..
aih..diya dah tak tau kenapa sejak kebelakangan ni ketakutan diya terhadap orang
terutamanya bila di khalayak ramai makin menjadi2..
Walaupun diya buka facebook atau twitter atau mana2 laman web sosial 
bila tengok ramai sangat orang diya rasa macam kecik je diri ni..
kenapa ni Ya Allah.. :(
rasa macam dah patut menyorok dalam kotak dah tak payah tengok dunia luar..
Diya mampu buka blog je..sebab diya tak nampak siapa yang online :)
Aih....tak tahulah..bila pergi kat tempat yang sangat2 crowded 
rasa pening, rasa sakit dada, semput..sesak nafas..

Kenapa.. :( apa jadi ni..
Kalau dulu ok lah sikit sekarang macam dah jadi satu phobia yang teruk..
tak tahu kenapa takut sangat dengan manusia yang ramai..
bukan diorang makan diya pown..
Kadang2 bila berjalan bersendirian atau duduk dekat shopping mall rasa macam 
nak nangis sebab takut :( tak tau apa yang diya takutkan..
Minda diya mesti mengatakan something yang agak menakutkan :(
Tolonglah..diya nak buang semua tu..rasanya ni semua sebab diya tak ada keyakinan..
Rasa-rasa ada cara tak? :'(

Segmen : Follow me follow you

Diya Hanun | 9:23 PM | Wednesday, February 6, 2013 | 5 Awesome Comment's
 photo assalam-1_zpsce3aec1c.png


rasa2 nak join klik dekat perkatan sini tu..jangan tekan banner sebab diya tak tahu backlink macam mana..haha..(sodih* sob3)


follower sekarang # 921

moh ler beramai2 memeriahkan segmen ni XD




SEGMEN : Blogwalking & Kenali IPT

Diya Hanun | 9:10 PM | | 9 Awesome Comment's
 photo assalam-1_zpsce3aec1c.png

hehe..tak pernah2 masuk segmen pape selama dah start sem 2 ni,..tiba2 nampak dekat feed tu ada segmen ni..macam best! yeah..so join lah ^_^

OK..hehe..wah tiba2 jadi excited :P diya nak cerita pasal tempat study diya bukan milik kerajaan tapi swasta :)


hehe..Ni IUKL..bila orang tanya diya study mana? diya sebut IUKL diorang cakap tak pernah dengar..meh diya cerita sikit pasal tempat study diya ni..
sebelah UNITEN je..

Dikenali sebagai (IUKL) Infrastructure University of Kuala Lumpur..
dulu dikenali sebagai (KLIUC) Kuala Lumpur Infrastructure University College..
dinaik taraf jadi universiti pada tahun lepas :)
dan university  ni dapat excellent rating dekat bawah tu..

A bit review about the  campus

ni sabe block untuk architecture student (class diya dekat sini )

block kaler oren tu adalah block business

sebelah block business tu hostel student

ini adalah ikram lodge sebuah tempat macam hostel juga
dan belakang tu adalah unipark condominium

ni masjid ikram

ni pulak cafe dia..nampak kosong tengah tu tak?
tu tempat parking kereta..

ni pathway dia

ini pulak construction untuk hopping mall betul2 sebelah block business tadi..dalam proses pembikinan..untuk jadi bangunan bawah ni :)

De centrum mall :)

AAaa..tapi time ni diya dah takde kowt sebab mall ni dijangka siap 3 tahun lagi..urghh..untung siapa yang study kat sini lagi 3 tahun..xpayah nak g jauh2 dekat the mines sana nak jalan2.. :P
ada banyak lagi block tapi tak sempat snap..

universiti ni dia international university..Mostly purata orang tempatan adalah 40% je jika dibandingkan dengan foreigner..
memang ramai foreigner dekat sini..(ramai orang Arab dan african)
tapi U ni dihuni oleh lebih student dari 40 buah negara yang berlainan..
so kalau dulu2 jumpa foreigner macam waaaa....
kalau jumpa orang arab selalu usha2 diorang..kalau jumpa orang nigerian rasa takut...
sekarang ni semua perasaan tu macam dah tak wujud..
nampak diorang rasa macam err..ok biarkan jelah..dah takde feeling,..
sebab dah jadi kawan diorang so ade pengalaman semua tu :)
so tak hairanlah kalau ada student yang ade bf/gf international di sini (diya kah salah sorang tu? ) :P
dan kebanyakan student kat sini lelaki lebih ramai dari perempuan..
dan disini memang fully english..memang best lah :D speaking dengan foreigner..
study dan focus study ye,.bukan mencari cinta :)

kalau nak tahu course yang ditawarkan try lah pergi laman web dia bawah ni 

banyak sangat nak cerita..kalau diminta huraian guna buku memang boleh 1 buku dibuatnya..
ok tu jelah ringkasannya tentang university diya ni ^_^

Cute cat gif

Diya Hanun | 7:33 PM | Tuesday, February 5, 2013 | 1 Awesome Comment's
 photo assalam-1_zpsce3aec1c.png

diya jumpa gambar kucing yang bergerak2..orang panggil gif picture..comel sangat ^_^











Putus cinta potong tangan?

Diya Hanun | 10:37 PM | Friday, February 1, 2013 | 2 Awesome Comment's
 photo assalam-1_zpsce3aec1c.png

Pergh..rasa2 korang pernah tak buat macam ni?
Ni memang tanda-tanda orang dah patah hati dan tak nak hidup dah kan?
Aish..cinta memang boleh buat orang merana..
Nak tunjuk korang benda yang seseorang dah  buat  sebab putus cinta..
Alasan diorang buat macam ni?? Konon nya dalam hati lagi sakit bila nak dibandingkan dengan potongan2 dekat tangan yang diorang dah buat tu..Gila betul..











ouchhh..tak sakit ke?