2048 game addiction

Diya Hanun | 8:43 PM | Wednesday, April 30, 2014 | 7 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Lately Game 2048 (two-zero-four-eight) dah jadi satu fonemena.
Atau dalam bahasa nya Dua ribu empat puluh lapan, atau Dua kosong Empat Lapan.
Dulu dengan game Flappy bird nye, sekarang 2048 pulak.


Game ni just slide-slide kan dekat nombor yang sama sampai kita dapat 2048 tu.
Boleh didapati secara percuma di playstore. Ramai kata game ni addicting sangat.
So Diya try la. Not bad la. Meh la main sama..hehe.. Download dekat smartphone you guys tu.

First time guna software Lumion

Diya Hanun | 7:18 PM | | 2 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Setiap semester pasti ada software baru yang Diya kena belajar.
Semester ni Diya belajar Sketchup dan Lumion. Kalau sketchup tu
Diya pernah terangkan masa sem lepas. Secara ringkasnya Lumion ni 
membantu para designer untuk buat design mereka nampak lebih realistik
Kita boleh reka sendiri landscape, tambah pokok, gunung, laut.
Dan macam-macam lagi. Dan ini lah hasil rendering diya. Asalnye ade rumah je
dengan flat ground. Ada exterior perspective dan interior perspective.







 Ini pulak gazebo diya



Banjir Di Ktm Serdang

Diya Hanun | 9:18 PM | Wednesday, April 23, 2014 | 2 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Nampak kan gambar bawah ni, ni keadaan dekat KTM Serdang
Gambar ditangkap di jejambat nak ke The Mines tu.
Agak lebat jugak la hujan hari tu, dan tak sangka banjir sampai macam ni,
Dalam 1 jam hujan lebat dengan diselangi petir berdentum-dentum,
Eh tau2 tempat ni dah banjir, dan banyak kenderaan yang terperangkap sebab tak boleh lalu 
dalam keadaan air banjir macam ni. Ada juga la yang cuba nak pecut last-last 
enjin mati. Tapi dalam 2 jam lepas hujan berhenti, air mula surut la
Macam dalam pkul 8 macam tu. Gambar ni diambil oleh kawan diya,
 sebab diya dah balik dah sebelum hujan mula makin teruk.


Tapi gambar  bawah ni macam berada dekat sungai je,
jangan salah paham, kiri kanan ni jalan raya tau yang bahagian tak ada 
kenderaan ni pun jalan raya, just tak ada kenderaan lalu sebab air.

Tapi tulah, nampak macam sungai..hehe

Panggilan hormat

Diya Hanun | 5:01 PM | Sunday, April 20, 2014 | 3 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎


First of all, kita semua akan menjadi tua kan., Ofcourse la kita tak kekal muda..
Bila dah meningkat usia tu pasti orang yang lebih muda dari kita akan memanggil 
kita dengan panggilan seperti abang,kakak,mak cik, pak cik, atok, nenek.
Tapi kadang-kadang bila diya tegur orang yang diya tak kenali 
Diya tak tau nak gelar orang tu apa, selalu nya apa yang diya buat
diya tengok orang tu dulu, nampak muda panggil adik
konon-konon la diya ni dah berumur..bila nampak orang ni tua sikit dan besar panggil la akak
kalau laki tu Diya panggil abang.. Tapi bila dah tak da idea nak panggil apa, just buat bahasa isyarat je.
Tapi masalahnya kalau orang tu nampak macam baya mak ayah kita tak kan nak
panggil abang dengan akak jugak?
Tapi kalau nak panggil mak cik dengan pak cik tu, tak semua pulak boleh terima..
Buatnya dia ni datin or datuk, orang yang berpangkat besar tak kan la nak panggil 
acik kan, Ada jugak orang yang tak suka digelar kakak sebab merasakan diri tua
Dan last-last minta orang lain panggil dengan nama sahaja dengan alasan rasa muda sikit.
Kalau Diya, Diya tak kisah orang panggil diya akak..
Dan diya tak biasa panggil orang yang lebih besar dari diya dengan nama..
Tapi dah orang lain minta kita panggil dengan nama tak kan nak berdegil jugak panggil akak kan
so hormat je lah permintaan mereka. Kalau lelaki pulak diorang suka dipanggil nama
tak suka orang yang lebih muda panggil abang, alasan boleh rasa macam geng la..
Most laki akan cakap aku kau walau dengan orang yang lebih tua. Tu kalau tahap-tahap kawan la.
Kadang-kadang panggilan hormat ni kena ikut tempat jugak kan.
Tak kan la dekat pasar nak panggil peniaga sayur tu Puan pulak kan..
Eh macam tak sesuai je, 
So kita boleh simpulkan yang panggilan hormat ni bergantung pada orang, tempat 
dan kesesuaian sesuatu perkara itu. Apa-apa pun semua bergantung pada individu itu sendiri
 nak orang panggil diri mereka apa. 
Kalau english senang je gelar semua orang I and YOU..tak berlaku kekeliruan pun
tapi Melayu penuh dengan adat dan sopan. Mereka agak menghormati orang yang lebih tua dan muda.

Berat naik

Diya Hanun | 8:44 PM | Monday, April 14, 2014 | 2 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Agak lama dah tak update blog, agak busy dengan short sem
Lately senang sangat rasa lapar
bila timbang berat naik 2 kilo je..ahaha..
dan jangan terkejut berat diya cuma 37 kg je.
ringan gilerrrr...
Tak tahu lah nak buat macam mana nak naik kan berat ni
ideal weight for my height is around 45
mana nak cari 8 kilo lagi ni..
*sigh
 but first,
LET ME TAKE A SELFIE


Semester baru

Diya Hanun | 4:26 PM | Friday, April 4, 2014 | 6 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Cuci mata korang sat..hehe

Semester baru dah start, Diya sekarang dah semester 6.. June ni semester last..
Semoga dipermudahkan segala urusan..Amin..
Semester lepas Alhamdulillah cgpa naik lagi..
Semester ni ada 7 minggu je, lebih kurang sebulan lebih..
so diya ambil 3 subjek iaitu:

  • MEASURED DRAWING
  • CAD 2
  • PENGAJIAN  MALAYSIA
So setiap hari mesti ada kelas kecuali jumaat, sabtu dan ahad..

Measured drawing adalah subjek yang diya rase paling berat, aaahh
Susah2 kenalah tempuhi kan,

Papehal pon,
I AM LOOKING FORWARD FOR THIS SHORT SEM!

Cuci mata lagi..hehehe

1 sem lagi then boleh la ambil degree..Inshallah..