Panggilan hormat

Diya Hanun | 5:01 PM | Sunday, April 20, 2014 | 3 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎


First of all, kita semua akan menjadi tua kan., Ofcourse la kita tak kekal muda..
Bila dah meningkat usia tu pasti orang yang lebih muda dari kita akan memanggil 
kita dengan panggilan seperti abang,kakak,mak cik, pak cik, atok, nenek.
Tapi kadang-kadang bila diya tegur orang yang diya tak kenali 
Diya tak tau nak gelar orang tu apa, selalu nya apa yang diya buat
diya tengok orang tu dulu, nampak muda panggil adik
konon-konon la diya ni dah berumur..bila nampak orang ni tua sikit dan besar panggil la akak
kalau laki tu Diya panggil abang.. Tapi bila dah tak da idea nak panggil apa, just buat bahasa isyarat je.
Tapi masalahnya kalau orang tu nampak macam baya mak ayah kita tak kan nak
panggil abang dengan akak jugak?
Tapi kalau nak panggil mak cik dengan pak cik tu, tak semua pulak boleh terima..
Buatnya dia ni datin or datuk, orang yang berpangkat besar tak kan la nak panggil 
acik kan, Ada jugak orang yang tak suka digelar kakak sebab merasakan diri tua
Dan last-last minta orang lain panggil dengan nama sahaja dengan alasan rasa muda sikit.
Kalau Diya, Diya tak kisah orang panggil diya akak..
Dan diya tak biasa panggil orang yang lebih besar dari diya dengan nama..
Tapi dah orang lain minta kita panggil dengan nama tak kan nak berdegil jugak panggil akak kan
so hormat je lah permintaan mereka. Kalau lelaki pulak diorang suka dipanggil nama
tak suka orang yang lebih muda panggil abang, alasan boleh rasa macam geng la..
Most laki akan cakap aku kau walau dengan orang yang lebih tua. Tu kalau tahap-tahap kawan la.
Kadang-kadang panggilan hormat ni kena ikut tempat jugak kan.
Tak kan la dekat pasar nak panggil peniaga sayur tu Puan pulak kan..
Eh macam tak sesuai je, 
So kita boleh simpulkan yang panggilan hormat ni bergantung pada orang, tempat 
dan kesesuaian sesuatu perkara itu. Apa-apa pun semua bergantung pada individu itu sendiri
 nak orang panggil diri mereka apa. 
Kalau english senang je gelar semua orang I and YOU..tak berlaku kekeliruan pun
tapi Melayu penuh dengan adat dan sopan. Mereka agak menghormati orang yang lebih tua dan muda.

3 comments:

  1. hehe..ecah sndri konpius . kalau lebih sopan call encik and auty kalau tak sure sgt untuk pngilan org tua.

    ReplyDelete
  2. Apa masalahnya panggil orang kat pasar tu puan. Saya biasa je buat macam tu. Yg perempuan panggil puan dan yg lelaki panggil encik. Tak de pun orang kat pasar tu cakap tak boleh atau tarik muka ke. Diorang senyum lagi tanda senang hati.

    ReplyDelete
  3. Apa masalahnya panggil orang kat pasar tu puan. Saya biasa je buat macam tu. Yg perempuan panggil puan dan yg lelaki panggil encik. Tak de pun orang kat pasar tu cakap tak boleh atau tarik muka ke. Diorang senyum lagi tanda senang hati.

    ReplyDelete

Please Be Nice