Video pertama yang dimuat naik di youtube

Diya Hanun | 12:02 AM | Saturday, November 16, 2013 | 1 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎



"ME AT THE ZOO"
 adalah video pertama yang di muat naik di laman youtube.
telah dimuat naik pada 8:27 P.M pada 23 April 2005 hari Sabtu oleh Jawed Karim,salah seorang daripada 3 pengasas laman Youtube. Video ini telah dirakam oleh Yakov Lapitsky di Zoo San Diego,California. Video ini menunjukkan Karim sedang menerangkan mengenai gajah yang mempunyai belalai yang sangat-sangat-sangat panjang dan itu sesuatu yang sangat menarik baginya dalam video yang berdurasi selama 20 saat itu. 


''CHARLIE BIT MY FINGER''
di muat naik pada 22 Mei 2007, merupakan video yang memegang rekod video bukan professional yang paling banyak ditonton sepanjang masa dengan penonton hampir mencecah 600 juta dan mendapat kedudukan pertama dalam senarai TIME , 50 senarai video viral  terbaik sepanjang masa. Video viral ialah  video yang popular melalui perkongsian melalui laman sesawang terutama laman sosial.


"GANGNAM STYLE-PSY"
adalah video muzik popular pertama  yang mencecah 1 juta penonton dalam masa yang singkat pada 21 Disember 2012 setelah di muat naik pada 15 Julai 2012. Dan kini menjadi video muzik yang sering ditonton sepanjang masa. Kini mempunyai penonton sebanyak 1,821,077,045

Seawal Julai 2006, 6 bulan sejak dia dilancarkan Youtube memperoleh lebih daripada 65,00 video baru dimuat naik di laman itu  dan 100 juta pengunjung setiap hari, kini Youtube mengatakan kira-kira 60 jam video baru dimuat naik setiap minit dengan 800 juta pengguna unik di laman tersebut setiap bulan.

sumber: wikipedia

1 comment:

Please Be Nice