18 Tanda-tanda pengakhiran sesebuah perhubungan

Diya Hanun | 12:21 PM | Wednesday, November 27, 2013 | 1 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Ada banyak sebab kenapa sesebuah perhubungan boleh menjadi hambar dan renggang..
mungkin ada tanda-tanda hati dia dah berubah arah, sesat ke hati yang lain dan tak nak tinggal
dalam hati korang lagi dah..Tapi pernah kan tahu kalau 
pasangan korang dah tak cinta dekat korang lagi? Mungkin pasangan korang dah 
mula menunjukkan tanda-tanda seperti di bawah ni..haa berhati-hati..


1. Dia seringkali mengelak untuk berjumpa atau membalas mesej atau call korang. Tidak lagi berminat untuk menghubungi korang dan bertanya apa yang dilakukan korang setiap hari, tidak seperti dahulu dan selalu memberi alasan sibuk/busy

2. Korang boleh rasakan yang dia seperti semakin jauh

3. Mula marah-marah dan memaki hamun korang, mula menunjukkan perangai negatif nya. Bersikap dingin dengan korang, apa yang korang buat sering kali menjadi tak betul di matanya

4. Asyik bergaduh walaupun pada perkara yang kecil

5. Paling banyak membuat korang menangis

6.  Tarikh-tarikh penting korang yang sebelum ni menjadi perkara wajib untuk diingati bersama sudah tidak diingati.

7. Kurang komunikasi

8. Dia sering mengungkit atas segala benda yang dia pernah buat pada korang

9. Korang mula hilang mood untuk hidup, asyik fikir pasal mati je sebab konon tak mampu hidup tanpa dia. dan mula rasa sangat tertekan

10. Dia mula tidak menunjukkan minat pada korang, mungkin sudah hilang perasaan sayang

11. Dia mengatakan korang annoying dan menyuruh jangan ganggu dia

12. Merasa korang dah tak penting lagi untuk dia

13. Dia sudah pandai menyimpan rahsia dari korang, pandai menipu dan tak mempercayai korang

14. Dia dah tak menyebut pasal masa depan perhubungan tersebut dan akan menyuruh korang jangan menyebut tentangnya lagi

15.  Dia tidak berusaha untuk memperbaiki perhubungan korang 

16. Korang mula menyukai orang lain.

17. korang rasa letih dengan perhubungan tersebut

18. Dia meminta dia dilepaskan.


1 comment:

Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi memberikan komen.