Studio 2a : Project 2 (Tadom Hill Club House for Tadom Hill Resort)

Diya Hanun | 11:43 PM | Saturday, September 24, 2016 | 9 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎


Alhamdulillah, syukur dah selesai final presentation for project 2 untuk Studio 2a Bachelor of Science Architectural Study.  22 September lalu, Diya present design Diya. So lepas ni Diya tinggal exam je

 30/9 - Environmental Science 2, 1/10 Structure 2 dan 10/10 - History of Archi 2 dan 12/10 is the architectural portfolio day.  

Image dari group whatsapp studio

Sebelum tu mari Diya explain serba sedikit tentang project ini.
Kami diberi tugas untuk mereka sebuah Club House yang bertempat di Tadom Hill Resort. 
Tapi sebelum mereka sesuatu bangunan, kita harus turun ke site (kita panggil site visit) untuk study about the place. Serba sedikit about the place. Mesti ramai dah tahu tentang Tadom Hill ni kan. Dia terletak di Kampung Labohan Dagang, Banting, Selangor, Malaysia,
Masa mula-mula nak masuk dalam tempat ni dia banyak kelapa sawit so rasa macam, eh mana tasik ni.. Lepas bas masuk kawasan tanah yang tidak bertar tu baru nampak air dekat situ. Lepas tu kami kena dengar ceramah dari Mr Lucas, director tempat tu.


Tempat ni staff dia kebanyakannya orang asli kawasan tu sebab diorang tau pasal selok belok tempat tu. Dan kalau korang baca dekat blog mana-mana, tempat ni menyediakan aktiviti air. Tadom dikatakan satu-satunya tempat yang ada tasik air berwarna biru di Malaysia menurut Mr Lucas. Tadom ni dikatakan dalam proses untuk dijadikan ala-ala pantai buatan disebabkan air biru tu. Jadi diorang ambil pasir dari laut dan ratakan di sekitar tempat tu. Jadi memang tempat tu banyak pasir lah dan korang rasa maca jalan atas pantai. Dan dia berkonsepkan sustainable sebab bangunan sekeliling menggunakan buluh. 

Panorama view of Tadom Hill.

Panorama view of our site

ini sketch of the site from our lecturer, sir Rizal. Kitorg buat Tadom Cub house ni dekat kawasan yang kosong. Tapi project ni tidak akan dibina lah. Just setiap sem kami diberi project untuk kami study dan reka bangunan berdasarkan tempat yang dipilih tu. Macam Tadom ni lah. Hanya untuk pembelajaran.

Ni studiomates 2a Diya. Cuba cari Diya.

Okay sekarang Diya tunjuk presentation board yang Diya buat manually 100% pakai tangan. Dan rendering menggunakan marker. First time belajar pakai marker.

Architectural presentation board 1

Architectural presentation board 2

Architectural presentation board 3

Architectural presentation board 4

ini model club house Diya.

Design Diya simple je. Material untuk club house Diya ni pakai buluh sepenuhnya. Tapi untuk model, Diya pakai batang ice cream dan lidi satay. Lol. Maaflah, model Diya tak ada tingkap and pintu. Concept club house diya ni More to nature and it is disable people friendly. 

 So ini Diya masa presentation hari tu.

Sekarang focus exam. Semoga berjaya Diya..Chaiyok!

9 comments:

  1. Nice nya. tak perna bt model pakai kayu. pakai kertas seja. u are so creative girl. :D keep it up!

    ReplyDelete
  2. Diya! kagum seh tengok org pandai guna marker utk render tu. sampai sekarang lagi masih kukuh tersimpan marker sebab takut nak guna. ahahha oh my. harus mula training balik ni. keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe meksih ^_^ Inshallah, ni pun baru belajar pakai marker

      Delete
  3. auww rindu time study hehe.. rindu nk buat drawing balik..dan design hihi

    cantik board diyaaa

    good luck

    ReplyDelete
  4. Cantik presentation board n model sis buat.. berapa lama ambil masa nak settle benda ni eh? Mesti lama kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, lama juga la.. ada kakak tlg boleh la~

      Delete

Please Be Nice