Studio 2A : Project 1 (Dream House)

Diya Hanun | 12:42 AM | Tuesday, August 2, 2016 | 9 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

AMARAN SEBELUM MEMBACA 
(MAAFLAH DESIGN DIYA AGAK SELEKEH SIKIT)

Untuk yang belum tahu, Diya ni budak degree archi student currently in year 2 now. 
 Start sem ni Diya dah ambil subject yang agak heavy bagi semua student archie, iaitu studio design. 6 credit hour. Subject yang buat korang tak tido sampai berhari-hari sebab nak meet the deadline. Memang busy gila sem ni, so untuk design year 2A, Project 1, Diya kena design dream house. Site untuk project ini terletak di Precint 5 Putrajaya. (Kotak merah gambar bawah)


Tapi apa yang mencabarnya, rumah yang akan di reka tu berada atas slope(curam)

yang proposed site tu la kitorang kena design rumah kitorang. 
Markah project 1 ni 40%. Dan project start lepas raya hari tu. Dipendekkan cerita.
Diya buat 3 design. Setiap kali sesi komentar oleh lecturer, design tu akan diubah sehingga lah Diya dah tak ada masa nak buat design yang baru sebab dah tinggal 3 hari je untuk presentation final iaitu pada 25 Jun haritu..

Ini design pertama..sketching, konon-konon nak buat atas ada pokok dengan concept sustainable. 
Last-last, kena reject.


Okay ni second design, sebab tak cukup masa so sketch jela,, lol still maintain sustainable tu tapi dengan unsur modern architecture. Okay, kena reject. 

Okay, ni design ke 3, dah buang semua pokok-pokok atas bumbung, tapi nak letak louvers je..
Still kena reject.. Hahahaha.. PASRAH.. disebabkan design terlalu typical. Padahal dah nak sampai hari presentation dah ni. Okay kita fikir design baru. Lantaklah sebab dah tak sempat.

In the end, I come out with something like this for my dream house on slopes. Tapi diikutkan ni bukan my dream house pun, Hahaha.. Ikut lah Diya oi,. (Ni Diya buat pakai sketchup, saja nak main-main dengan sketchup, tapi design sebenar tak boleh pakai computer lagi..shhhh..)


Jadi ini architectural presentation board Diya untuk Project pertama. Masih banyak kena improve lagi..
Memang banyak gila sebab kita memang tak pro lukis pakai manual rendering, lukis semua pakai tangan, kaler pakai marker..Sigh. Untuk Studio 2A, kitorang tak boleh pakai computer, autocad, sketchup, revit, photoshop semua..No3.. Tak menarik and tertarik pun kan.
100% manual, (tapi still  ada student yang degil pakai cad) Tak apalah, I am still learning. Ala, malu nak share board ni, tak lawa.  Biasa-biasa.. Tapi nak juga share untuk improvement pada diri.

Bawah ni pulak model Diya..Ahahaha..buat last minit punya hal, Dari pukul 11 malam sampai 7 Pagi hari presentation. (Buat dalam 1 malam , tak tido kau) Sebab project ni rushing gila. Yela banyak cuti raya hari tu lah.  And model pun macam sampah je.. Maka berhuhu lah kita. Asalkan siap.

Okay ini gambar paling comel Diya jumpa untuk hari presentation 25 June hari tu.
Nampak tak itulah mata hasil tak tido yang lena selama seminggu sepanjang proses final presentation ni. Alhamdulillah project 1 sekarang dah selesai. Lecturer komen banyak jugak. so kena improve balik and buat correction lah drawing tu untuk certain part. Hari ni, 1/8/2016, Project design baru dah mula, untuk buat Club House di Tadom Hills. Maka bertabahlah Diya dan para pelajar studio 2A ye.



GLHF EVERYONE!
(GOOD LUCK HAVE FUN EVERYONE!)

9 comments:

  1. Waahh nicenya. All the best diya. keep up the good work. ^^

    ReplyDelete
  2. comel je presentation board dia.. model pun boleh tahan lawa.. kalo leha buat model semalaman lagi la rupa sampah haha chantek dah ni.. boleh improve lagi pheww pheww all the best

    may force be with us XP
    haha

    ReplyDelete
  3. boleh tahan utk idea.
    dah macam ala2 Fallingwater house by Frank Lloyd J. Wright. hehe
    tahniah. selamat meneruskan perjuangan. hehe rindu time2 cmni. cherish it. nanti dah abis study mmg rindu time2 tak tidur malam. buat keje2 semua ni. ramai2 potong model. sangat seronok ok. seriously rinduuuuu~ huhu

    dah cantek dah tu. cuma kaler market tu perlu pandai main sikit lagi kan. sy pun tak hebat sgt dgn marker. selalu tgk kawan. jgn main line2 kuat sgt mcm tu. dia xnampak effect. Anyway, guna marker apa ni?

    ReplyDelete

Please Be Nice