DIY Galaxy Shoes

Diya Hanun | 1:28 AM | Thursday, October 29, 2015 | 17 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Sedih memalam ni, tiba-tiba tadi terdelete post yang baru-baru ni punya..tak apalah..biarkan saja..Okay ni cerita pasal kasut. Tak ingat bila dah, dalam sebelum hari raya haji hari tu (lama dah kan) ada try buat kasut DIY..  Tapi apa yang dirancang lain yang jadinya.. 

Untuk DIY ni Material yang diperlukan adalah yang seperti dalam gambar tu,

1. Kasut Putih kosong - RM 30 (aku amek kasut sekolah)
2. Akrilik botol besar- RM 10
3. Akrilik pelbagai warna - RM 27.05 (aku jumpa brand Reeves ni je dekat Popular)
4. Berus lukisan - RM 7.00
5. Pensel & pemadam untuk melukis
6. Berus gigi
7. Masking tape (Tak ingat berapa harga)
8. Apa-apa untuk dijadikan sebagai alas
9. Span (ambil span ni potonh kecik-kacik., tiada dalam gambar)


Mula-mula cari satu imej yang diingini untuk dilukis diatas kasut.  Aku suka tengok mata kucing Cheshire dari Alice in wonderland tu.  Jadi amek imej dari Google dan mulakan operasi menconteng diatas kasut.  Jangan lukis pekat sangat lah..bagi nampak sudah..

Siap proses melukis.

Mulakan proses mewarna pula.. Balut sisi kasut tu dengan masking tape supaya bahagian kulit tepi kasut tu tak terkena akrilik. Pastikan dia betul-betul cover bahagian atas tu.

Proses mewarna bermula.. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masa siap bahagian ni, aku pergi tunjuk dekat mak, okay tak?
Mak mula-mula okay je.. lepas tu abang menyibuk.. Abang marah, dia kata "Apa tu mata pulak, dah nampak macam dajal" Eh, disuruh tukar pulak..sobs,sobs,sobs..masa tu mak pun suruh tukar..katanya nampak tak elok..sebab mata tu menakutkan..Jadi aku fikir lah dengan cepat nak buat ape..Idea datang..terus tukar amek design Galaxy..

 Maaf lah tak ada gambar proses semasa membuat.. sebab buat dekat luar rumah tak ada yang ambil gambar.. haha.. sodeh.. Jadi buat macam ni,

1. Lapiskan semua kawasan dengan akrilik hitam. (sebab aku nak cover mata tu bagi hilang)

2. Dengan mengunakan span (span ni potong kepada bahagian kecik sebab nak guna untuk banyak warna) tepek sikit akrilik purple keatas span. Cuba tenyeh dekat atas surat khabar dulu, agak-agak warna dia dah jadi macam kembang-kembang baru tenyeh pulak dekat kasut..

3. Layer kan dengan warna lain pulak. Aku ambil biru muda. Proses mewarna dia sangatlah random.

4. Dah tu ambil berus gigi dan letak sikit kaler putih. Buat macam masa belajar dekat kelas seni masa sekolah rendah dulu. Percik kan dia.. Baik-baik buat dia takut terkena bahagian dalam yang tak sepatutnya. Kalau boleh letak surat khabar dalam kasut tu. Macam kasut yang baru beli tu.

5. Lastly letak la bintang dengan menggunakan berus.

Yeee..korang mesti tak faham kan..haha..susah la nak explain..tengok dekat video bawah ni terus lah..Aku tgk dari youtube. Youtube kan ada..hehe..Google je pun boleh~ dan video itu bukan aku ye..



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Last-last yang jadi begini aku buat.. Tunggulah dia kering. Siap !
Nak guna kasut vans, tapi mahal pula..hehe..

Maaflah panjang pula entri ni.
p/s: Kasut ni dah pun dihadiahkan kepada anak saudara. ^_^

17 comments:

  1. lawa ! :D
    yang awal-awal tu memang nampak scary sikit. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..patut la mak suruh tukar..mmg scary

      Delete
  2. xberani sy nak buat, sbb xkreatif,,haha

    ReplyDelete
  3. wahh kreatif nya.. serius best nye

    www.yanieyusuf.com

    ReplyDelete
  4. Entri yg menarik
    Thx sudi Share

    http://tukang-sampai.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. SANGAT KREATIF ! OHH PEN NAK LUKIS TU MEMANG NAMA DIA AKRILIK ERK?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan akrilik tu sejenis warna macam warna air..tp ni warna untuk atas canvas..dia tak akan terkena air..bukan pen..hehe ;)

      Delete
  6. Rajin dan kreatifnya.. Hasilnya pun cantik.. ;)

    ReplyDelete
  7. Cantiknye, hadiahkn 1 kat Cikna ye....;-)

    ReplyDelete
  8. guna pen magic x blh ye? °_•

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh lah awak..nanti kaler dia bila kena air dekat luar kembang and jadi tak cantik

      Delete

Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi memberikan komen.