Update windows 10

Diya Hanun | 4:23 PM | Wednesday, August 12, 2015 | 1 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Akhirnye Diya dah bergelar pengganggur.. Hehe ..duduk rumah jelah kita ye..
Letih dah nak kerja.. Lama jugak Diya tak taip dalam blog ni. 
29/7/2015 kan windows 10 baru dilancarkan. Tapi semalam baru Diya dapat update. 
Masa update tu lama gila. First try tak menjadi sebab dia kata something went wrong.
Tu pun dah tunggu 3 jam dia download.. So kena download again. Sighh...tunggu 3 jam lagi.
Lepas tu, okay ingatkan dah settle. Tiba-tiba Diya punya background jadi hitam dan agak laggy.
Diya pergi lah cabut bateri, padam secara kasar. Haha. Mana tak rosak laptop macam ni.
Okay sambung cerita pasal cabut bateri tu, then on balik.. Dia jadi ok dah..
Mula-mula keluar background pantai dan jam di bahagian kiri. 
Lepas tu nanti keluar muka Diya dan Diya kena masukkan password.
Dah lepas pasword dimasukan maka muncul lah windows 10 punya taskbar atau start menu.
Tapi masalhnya ,kenapa ni, mana background Diya, Mana Elsa Diya kenapa still hitam..
Sedih dah masa tu. Restartlah apa lagi,  Then, yeay dah ok.. 
Diya restart sekali lagi buat second time nak make sure dia okay.
Hoho, lepas tu jakun sekejap. Yelah, ramai kata windows 10 best, apa yang best?

Ini yang berlaku terhadap Windows 8.1 yang Diya pakai sebelum ni, berubah menjadi windows 10. 
(Jangan melting dengan Elsa dekat background Diya tu..hihi)
Start menud tu rasa macam masa pakai windows yg lama. Gabungan windows XP, 7 dan windows 8
 maka jadilah sebegitu rupa. kih3. Correct me if I'm mistake okay? 
Seterusnya, Diya pun pergi lah godek2 sekejap cari Project Spartan atau dikenali jugak sebagai Microsoft edge browser,

Orang kata laju dari chrome. Dia menggantikan internet explorer. Tapi dalam windows 10 ni internet explorer masih dikekalkan, Diya ingat dah terhapus sama sekali, Tak rupanya.
Diya tak jumpa la microsft edge tu,. Cari search box. Gambar kanta pembesar di Taskbar.
Diya pergi cari Cortana , kononnya Cortana tu macam SIRI dekat iphone.
Nak search apa-apa cakap je dekat dia, Tapi apa yang muncul adalah benda ni:


Dia kata Cortana isnt supported in the region and language you've selected.
Yeke, okay tak mengapalah. Diya taip search je dekat bawah tu mana microsft edge dia tersorok.
At last, dia muncul dari penyembunyian dia. Haha. Diya pun try buka microsft edge.
uhh..kenapakah, Begini rupanya.:


humm..No komen, tapi okay lah setakat ni pakai, Benda baru kan. Lepas tu tengok pulak game apa yang ada. Orang kata Solitaire dan Minesweeper kena bayar untuk certain package.
 Macam tak percaya pulak. Banyak dengar dari apa yang orang kata je..hehe..
 Sebab tu baru terasa nak update. Takut jugak mula-mula, 
Tapi nak jugak test ape perubahan yang berlaku. Hehe..
Okay Kembali kepada solitaire dan minesweeper.
Ada game baru lah..hehe.. Tapi tak pernah main pun game ni.
Semua game based on card je, dan boleh install game lain


Dia nak minta kita upgrade pulak, kena bayar lak. Tak mahu lah.


Jadi Diya main macam biasa lah. Tak minat sangat nak main game.

Kita cari lagi apa yang best dekat windows 10 ni, Ada simbol Xbox, tapi Diya tak pasti apa function nya. Jadi Diya biarkan je. Sebab itu untuk orang yang main game xbox. 
Ada kata windows 10 sesuai untuk main game, rasa laju.. 
Tapi sejauh mana kebenarannya Wallahualam, Diya tak tahu sebab Diya tak test.

Jadi macam mana korang dah try windows 10? Diya tak habis explore lagi windows 10 ni.
Setakat tu jelah Diya tahu.  

1 comment:

  1. Dah lama keluar lambang update. Tapi macam tak berapa confident lagi nak update sebab wifi pun macam tak berapa nak laju. Then, kita punya files yg contonya daripada microsoft office word 2007 ke kan, dia boleh ke bukak lagi? I'm just wondering kan berlambak kerja-kerja dari zaman diploma lagi kot tak boleh bukak ke nanti.... :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi memberikan komen.