Cara mudah untuk membuat Font kita sendiri.

Diya Hanun | 5:24 PM | Wednesday, August 19, 2015 | 1 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Pernah rasa teringin tak nak buat Font sendiri? Yelah mana tau teringin nak tengok tulisan tangan sendiri menjadi font dalam laptop tu. Kalau sebelum ni korang selalu download Font dari internet, apa kata cuba buat Font sendiri pula. Jadi nak berkongsi cara mudah untuk buat Font kita sendiri step by step bagi yang masih belum mengetahuinya.

Kita akan memerlukan website ini : www.myscriptfont.com untuk membantu kita generate tulisan kita tu. Dekat website tu pun dah diberikan step by step cara nak buat font.
Tapi Diya tetap akan terangkan sekali dengan gambar sebagai rujukan korang.

1. Download Template dia, sama ada dalam bentuk  PDF atau PNG, boleh lah tekan dekat link tu untuk dapatkan template atau terus pergi ke Myscriptfont. 
(Diya prefer PDF tapi ini terpulang pada korang)

2. Jadi ini lah template dia tu. Dalam template ni dah disediakan huruf untuk korang jadikan sebagai panduan. Print out dulu dalam kertas A4. Lepas tu barulah boleh mula mengisi setiap kotak tu dengan sekreatif yang boleh. 

3. Lepas isi semua kotak tu, boleh lah scan :

-Disarankan menggunakan pen yang sedikit tebal macam 0.8 untuk hasil yang lebih memuaskan.
-Jangan tulis lebih dari kotak kecik yang dekat dalam tu
- Scan dengan 300-600dpi (maksudnya jangan blur lah, make sure nampak terang dan sharp tulisan tu.)

In case korang tak ada scanner, ada printer je kan, Jadi ambil pakai kamera pun boleh. Make sure la kertas tu straight dan cantik. Pastikan gambar terang. Kalau tak terang edit lah sikit dekat photoshop or mana-mana yang sesuai. Crop lah ikut saiz a4 tu jadi tak ada bahagian gambar yang tak ada kaitan dengan template kita tu. Save as file as png or jpef or apa-apa format kegemaran korang.

Ini yang Diya dah tulis pakai pen dan siap scan. Nampak kan template kita tu tak okay? Jadi edit lah pakai photoshop
Lepas edit brightness, contrast dan sharpness. dekat photoshop, crop keluar bahagian yang tak diperlukan. Diya save dalam bentuk PNG.
4. Kemudian upload file, namakan tulisan yang korang nak tu, dah puas hati klik start untuk proses.
 5. Secara automatik dia akan proses, masa memproses mungkin ada yang lama dan ada yang sekejap. Jadi tunggulah dengan penuh sabar ye.

6. Hasilnya dia akan tunjuk macam dalam gambar bawah ni. Ini hasil dari gambar yang di scan tadi. Dah puas hati, Jadi pergilah download.

7. Jadi ini hasil lepas download. Boleh tekan install.


Cara lain nak install font:

 Copy file font tadi, 

Pergi ke control panel, klik FONT

 Paste kan font tadi ke FONT.

Korang akan nampak font Tulis tu dah ada dalam FONT.

 Jadi sekarang pergi ke words untuk test. Cari font korang tu (sebagai contoh Diya punya Font Tulis)

Boleh cuba menaip sekarang.

p/s: Bagi yang dah professional, boleh buat dekat illustrator, photoshop atau apa-apa medium lah. Just isi kan font dalam template tadi dan save ke format jpeg, png atau sewaktu dengannya, dan upload lah ke situ. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

1 comment:

Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi memberikan komen.