Tips untuk menangani hater

Diya Hanun | 11:47 AM | Friday, November 21, 2014 | 1 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎
Dalam hidup ni, macam-macam orang yang kita temui. Sepanjang perjalanan hidup ni tak semua orang yang kita temui itu akan menyukai kita. Juga harus diingat, bukan semua orang boleh masuk dengan kita. Hater dalam bahasa melayu nya Pembenci yakni orang yang membenci atau tidak menyukai kita.
Mungkin kita pernah merasai, kita tak boleh ngam dengan seseorang ini. Mungkin baik dari segi
pemakaian, percakapan, perbuatan atau tingkah laku. Pelbagai perkara boleh menimbulkan kebencian. Hati manusia memang kita tak boleh nak duga. Namun sudah lumrah manusia setiap perkara yang kita lakukan pasti sahaja ada yang dibenci sesetengah orang. Sedangkan orang baik pun ada yang membenci ini kan pula orang yang jahat. Kita memang tak boleh halang manusia untuk membenci sebab itu diri mereka. Namun mungkin beberapa cara boleh dilakukan untuk menangani Hater.

1. Pertama sekali, cuba beristighfar.
Sebelum kita naik marah tak tentu pasal, cubalah tenangkan diri dengan istighfar. Ingatlah Allah sentiasa.

2. Amalkan sikap memaafkan.
Maafkan sahaja mereka jangan lah simpan dendam walaupun kita dihina atau dicemuh.

3. Bersabar sentiasa.
Ingatlah, Allah sedang menguji tahap kesabaran kita. Kalaupun  dihina atau dikutuk, bersabarlah,mereka sedang cuba sedekahkan kita pahala.

4. Elakkan dari pergaduhan.
Jika terserempak atau berhadapan, senyum sahaja atau jangan menaikkan lagi kebencian mereka. Kalau boleh elak dari terserempak atau bertemu. Atau buat-buat tak tahu sajalah. Jangan cuba menambah api atau melawan.

5. Biarkan sahaja mereka dengan dunia kebencian mereka.
Mereka ini kadang-kadang perlukan perhatian lebih, sengaja mengajak kita menimbulkan kemarahan dan kebencian mereka. Jadi apa yang perlu buat. Jangan layan sangat karenah mereka. Biarkan sahaja mereka tenggelam dalam dunia mereka.

6. Fokus pada orang yang menghargai kita
Tak perlu fikirkan tentang mereka, ramai lagi orang disekeliling kita yang ambil berat dan sayangkan kita.
Tak perlu membuang masa kita untuk memikirkan tentang kenapa mereka membenci kita.

7. Tak perlu pening-pening kepala mengenangkan kenapa mereka tak sukakan kita.
Sesetengah orang suka terlebih fikir. Kena ingat, kita hidup bukan untuk mengembirakan hati semua orang.

8. Muhasabah diri sentiasa.
Mungkin ada betul mengapa mereka membenci, mungkin kerana sikap kita, pemakaian kita, pertuturan, cara pergaulan. Berfikirlah sejenak mengapa. Tapi tak perlu lama-lama nanti kita pula yang timbul kebencian terhadap mereka.

9. Berubahlah.
Fikirlah sekadar memberikan pengajaran untuk kita mengubah diri menjadi lebih baik. Kalau boleh ubahlah diri menjadi lebih baik.

10. Berdoalah
Minta lah semoga Allah memaafkan mereka dan memberikan mereka kebaikan. Jangan sumpah seranah mereka perkara yang buruk-buruk. Doa semoga mereka menjadi orang yang lebih baik.

11. Positifkan diri.
Cuba fikir, mungkin ada sesuatu dalam diri kita yang mereka cemburui kerana itu mereka membenci. Bersyukur seadanya dengan diri kita.

12. Jangan ambil hati terhadap mereka
Tak payah nak ambil hati apa yang mereka katakan. Jangan telan semua kata-kata mereka. Anggap lah mereka umpama angin, sekadar lalu menyapa kita. Tak penting pun mereka tu,tak payah nak diingat pun.

13.  Jadilah diri kita sendiri. Be yourself.
Kita memang tak boleh nak halang orang mengkritik kita. Mulut orang memang kita tak boleh jaga. Yang pasti peliharalah diri kita sendiri. Jadi lah diri kita sendiri.

14. Jangan kita pula yang menjadi hater
Jangan mengajar diri kita menjadi hater kalau kita benci orang buat kita sebegitu.

15. Belajar melupakan.
Sentiasa belajar untuk melupakan dan pandanglah sentiasa kehadapan. Kerana setiap perkara yang berlaku mengajar kita untuk menjadi lebih kuat dalam menghadapi cabaran masa akan datang.

16. Ingatlah untuk sentiasa senyum.
Belajar senyum dalam situasi sebegini, senyum juga baik untuk muka kita dan minda dan membuat diri kita merasa lebih tenang.

1 comment:

  1. Subhanallah... Nasehat yang sangat berharga, mudah2an saya bisa mengamalkannya... Amin

    ReplyDelete

Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi memberikan komen.