Laporan Zoo Taiping and Night Safari da. Hutan Paya Laut Matang,Perak.

Diya Hanun | 2:54 PM | Tuesday, May 10, 2011 | Leave a Comment Here (^_^)/




LAPORAN PROGRAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA KAJIAN LAPANGAN PANITIA BIOLOGI SEMAHIR KE ZOO TAIPING AND NIGHT SAFARI,PERAK DAN HUTAN PAYA LAUT MATANG, PERAK.


Pada 6 hingga 7 Mei 2011 yang lalu, Panitia Biologi SEMAHIR telah mengadakan Program Pengajaran dan Pembelajaran secara Kajian Lapangan ke Zoo Taiping and Night Safari,Perak  dan Hutan Paya Laut Matang, Perak. Seramai 35 orang pelajar dari tingkatan 3,tingkatan 4 Sains Tulen dan 5 Sains Tulen mengikuti program ini dengan diiringi seramai  3 orang guru pengiring iaitu Puan Rosnah bt. Tulos, Pn Haryati bt. Che Lah dan Encik Razak b. Mislan.

Kami dikehendaki berkumpul dihadaan pondok pengawal sekolah untuk diambil kehadiran serta diberi sedikit taklimat. Sebelum bertolak doa dipohon bagi memohon agar perjalanan kami ini selamat dan  diberkati Allah . Selepas itu, kami bertolak dari sekolah pada pukul 10.30 pagi dengan menaiki bas persiaran.Dala lebih kurang pukul 1.30 tengah hari,  kami diberi masa 1 jam untuk berhenti berehat di Perhentian Rawat dan Rehat Tapah untuk solat dan makan .Perjalanan kami  ke Perak ini mengambil masa selama 7 jam.
            
bas kami

 Akhirnya kami sampai di homestay tempat  menginap kami selama 1 malam pada pukul 4.30 petang. Pelajar lelaki dan perempuan tinggal di homestay yang berlainan. Setibanya kami di rumah penginapan tersebut, kami dibenarkan berehat dan membuat pengurusan diri. Kami dikehendaki bersiap sedia untuk ke Zoo Taiping and Night Safari,Perak  pada malamnya dan dibenarkan berpakaian kasual mengikut keselesaan kami.

homestay kami

Pada pukul 7.20 petang, kami bertolak ke Zoo Taiping and Night Safari dari tempat penginapan kami itu dengan bas . Sebelum itu, kami telah  dibahagikan kepada 3 kumpulan.. Sesampainya kami disana, kami diberikan taklimat oleh renjer. Setiap kumpulan diberikan tugasan untuk disiapkan sepanjang lawatan ini. Kami ahli kumpulan 1 dipimpin oleh Renjer Ramesh.                                                        

Berkonsepkan lawatan ke zoo pada waktu malam, pengunjung dapat menyaksikan gelagat haiwan pemangsa yang aktif pada waktu malam dalam suasana tenang serta mendamaikan. Kami berjalan kaki sejauh 700 meter di Night Safari ini. Di sini kami mengetahui tentang haiwan yang aktif pada waktu malam seperti burung hantu, gajah, kucing batu ,musang pulut,rusa dan banyak lagi. Kami juga ditunjukkan bagaimana ikan Arapaima iaitu ikan air tawar yang terbesar diberi makan. Menurut renjer Ramesh,  ikan ini boleh membesar sepanjang 16 kaki dan dahulunya dibawa masuk ke Malaysia dari Amazon sebagai ikan hiasan. Kami bertuah kerana diberi peluang menaiki trem, sebuah kenderaan panjang untuk melihat haiwan di zoo ini dan sepanjang menaiki trem kami diberikan penerangan. Apa yang membuatkan kami tertarik adalah mengenai swan putih. 

Menurut renjer yang memberikan penerangan, swan putih adalah haiwan yang paling setia pada pasangan mereka. Terdapat  juga seekor  anak gajah yang bernama Kelian,baru berusia 8 bulan. Selain itu kami mengetahui tentang kuda belang  yang mempunyai corak belang berbeza antara satu sama lain. Menariknya tapir mempunyai beberapa nama seperti cipan tapir dan badak tampung.  Lawatan kami di Zoo Taiping and Night Safari berakhir pada pukul 10.15. Setelah itu, kami pulang semula ke homestay untuk berehat bagi persediaan lawatan pada keesokan harinya pula.

Esoknya 7 Mei 2011, kami bersiap sedia dengan berpakaian sukan sekolah untuk ke Hutan Paya Laut Matang, Perak. Perjalanan ke Hutan Paya Laut Matang, Perak mengambil masa setengah jam dari homestay  kami. Kami bertolak pada pukul 7.30 pagi dan sampai dalam pukul 8.00 pagi.
Sesampainya kami disana, kami diberi sarapan berupa mihun,donat dan air teh. Selepas itu, kami berkumpul mengikut kumpulan masing-masing dan diberikan




Penerangan mengenai Hutan Paya Bakau Laut Matang,Perak telah diberikan oleh Pak Abu.

Selepas itu, kami dibawa untuk melihat tayangan tentang Hutan Paya Laut Matang,Perak selama 30 minit. Apa yang kami dapati melalui tayangan ini adalah, pasang surut di paya laut ini adalah selama 2 kali sehari. Tanah selutnya kaya dengan nutrient organik  serta hutan paya laut yang paling luas di Semenanjung Malaysia. Terdapat pokok bakau yang berfungsi sebagai penahan hakisan  dan benteng daripada angin kencang. Hutan ini membekalkan bekalan kayu arang yang berterusan dan telah mendapat pengiktirafan pengurusan hutan terbaik oleh dunia. Terdapat 120 spesies burung tempatan dan 48 yang berhijrah dari luar negara  ke sini. Istimewanya, di sini terdapat 50  jenis pokok bakau atau spesies pokok bakau dan pokok renek. Antara hidupan yang dapat beradaptasi hidup di sisni adalah ikan belacak,ketam,kera,burung dan banyak lagi.

Selepas melihat tayangan, kami dibawa  melihat pokok-pokok bakau yang terdapat di sini melalui trek laluan yang disediakan. Sambil berjalan penerangan diberikan oleh Pak Abu dan kami diberikan kesempatan untuk bertanya sebarang soalan mengenai hutan paya itu. Kami juga berkesempatan melihat pokok bakau minyak yang tertua  iaitu 64 tahun.
 




 jom jalan


akar pokok bakau

  
Hutan paya laut

Lawatan kami tidak berakhir di sini sahaja. Selepas itu, kami dibawa melihat Muzium yang ada di situ. Di muzium ini kami dapat mengetahui tentang biji benih pokok bakau,pembuatan arang daripada kayu bakau dan jenis-jenis bakau yang terdapat di situ seperti bakau minyak, bakau kurap,lengadai dan tumu.
Kemudian, kami dibawa ke Kilang pembuatan arang untuk melihat sendiri proses pembuatan arang.
Menurut Pak Abu, pekerjanya terdiri daripada orang tempatan yang terdiri dari lelaki dan wanita. Hanya pokok bakau yang terpilih  ditebang melalui kaedah tebang habis dan guna semula. Setelah pokok ditebang, kawasan itu akan ditinggalkan selama 1 atau 2 tahun untuk pokok-pokok bakau yang sudah ditebang itu melakukan proses pereputan secara semulajadi dan tanah disitu akan subur untuk penanaman semula benih baru. Kemudian pokok-pokok dipotong sepanjang 1.6cm dan diangkat menggunakan kereta sorong atau matau. Kilang-kilang itu dibina merentasi sungai bagi menjimatkan kos. Tetapi pokok bakau harus melalui proses pengupasan kuilt kerana kayu yang berkulit akan hangus terbakar dan tidak berguna lagi. Barulah kayu bakau sedia untuk dibakar di dalam relau, iaitu sebuah tempat pembakaran yang berbentuk kubah diperbuat daripada campuran tanah liat,pasir dan air serta batu bata.
 cube teka ape cikgu aku buat nie...hehee

Kebiasaannya relau ini hanya bertahan 7 hingga 8 tahun dan selepas itu relau akan dihancurkan dan relau baru akan dibuat. Pembakaran arang kayu melalui 3 proses iaitu api besar, api kecil dan api sederhana dan api kecil. Para pelajar diberi peluang masuk sendiri ke dalam relau. Di dalam relau itu terasa amat panas. Sebelum balik,guru pengiring diberikan kayu arang sebagai cenderahati.
Pelajar berkumpul semula untuk ke dewan makan. Selesai makan, setiap kumpulan diberi masa untuk berbincang bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan dan menyiapkan draf laporan. Dalam pukul 2.00 petang kami pulang semula ke homestay untuk mengemaskan barang-barang untuk pulang.Sebelum 3.30 kami dikehendaki berkumpul semula dan menaiki bas. Kami harus memastikan tiada barang yang tertinggal di situ. Selepas tu kami bertolak untuk pulang ke rumah. Pada pukul 7.00 petang kami berhenti berehat di Perhentian R&R  di Ulu Bernam. Akhirnya, pada pukul 10.30 malam kami sampai di sekolah. Kami diingatkan untuk membuat laporan bagi lawatan kami ini. Walaupun agak memenatkan tetapi kami bertuah kerana dapat merasai pengalaman 2 hari 1 malam yang menyeronokkan di Zoo Taiping and Night Safari ,Perak dan Hutan Paya Laut Matang,Perak.Kami berharap agar program seperti ini akan dilakukan lagi pada masa hadapan.




  
LAPORAN DIBUAT UNTUK KUMPULAN 1
OLEH: Fardiyah binti Amir Ali.


No comments:

Post a Comment

Please Be Nice