Pangkat.Darjat.Kekayaan

Diya Hanun | 11:36 PM | Tuesday, April 17, 2012 | Leave a Comment Here (^_^)/
Assalamualaikum~


Nak cerita sikit pasal penyakit manusia zaman sekarang ini...
tak kira lah bangsa apa pun...da nama pun manusia....
huhuu...Bila naik pangkat sikit sahaja mula nak bangga diri,menyombong dan memandang rendah pada orang bawahan..

Walaupun kita dapat jadi manager pown, ingatlah semua tu atas ihsan dari Allah...mungkin sebab dia dah lihat usaha dan titik peluh kita untuk naik pangkat...Jadi DIA berikan rezeki lebih pada kita...
Tapi sayangnya, bila orang naik pangkat je orang bawahan dianggap macam tak penting...
Sampaikan senyum pun tak nak,,,AMBOI sombongnya...tahu tak SOMBONG tu adalah sifat ALLAH...
kita mana boleh ambil sifat itu, 
Kita kena ingat, setinggi mana pown pangkat dan darjat kita...tak kira lah sekaya mana kita, seagung mana kita di dunia, kita tetap sama di mataNYA,,..
Tetap akan meninggal dunia...dan semua harta tak kan dapat menyelamatkan kita...
Sebab kita hanya sekadar HAMBA ALLAH sahaja...

Cuba kita tengok kadang-kadang kita pandang remeh pada orang yang kita panggil CLEANER, BIBIK, ACIK JAGA, PETANI, TUKANG KEBUN, MAINTAINANCE atau apa sahajalah kerja yang dianggap kotor,payah,susah,letih dan gaji pula rendah...

Tapi kena ingat kerja mereka ini MULIA... halal jika ikhlas dikerjakan..
Mereka lah yang menjaga kebersihan persekitaran kita, mencuci tandas, menjaga keselamatan bangunan, menyapu lah,membersihkan bandar,..
Jika semua orang berpelajaran tinggi siapa pula akan melakukan kerja-kerja INI? Kerana bagi mereka kerja ini dianggap  seperti sesuatu yang hina dan menjatuhkan martabat mereka ...
Cuba bayangkan apa akan terjadi jika dunia tiada yang mahu melakukan kerja ini? 

Jika bukan golongan ini,siapa lagi....
walaupun kerja mereka dipandang rendah tapi mereka berbakti besar pada masyarakat...

Ingatlah janganlah bangga akan kekayaan dunia,darjat dan martabat kerana itu hanya sementara...:)

No comments:

Post a Comment

Please Be Nice