Perangai remaja akhir zaman.

Diya Hanun | 8:35 PM | Friday, April 22, 2011 | 1 Awesome Comment's
Sesetengah orang beranggapan yang dunia ini masih panjang umurnya....tapi sedarkah kita yang kita sudah hampir berada di penghujungnya....banyak tanda-tanda kecil yang telah ditunjukkan olehNYA...
namun sedarkah kita berapa ramai orang yang telah tenggelam dalam dunia yang selesa dan penuh kelalaian...
Kita seringkali lupa bahwa semua kesenangan dunia ini tidak akan kekal lama. Lambat laun kita akan kembali ke tanah semula. dari tanah kita dicipta dan ke dalam tanah kita kembali semula.


Cewah,,...buat karangan pulak aku nie...hihihi...

sebenarnya hari ni entry aku lebih pada kisah yang telah berlaku disekolah aku dan aku menceritakan kepada semua untuk renungan dan menimbang-nimbang2 adakah kita tergolong dalam golongan hati yang kering dan tandus?

hah! begini kisahnya:

selepas bacaan yassin di sekolah tadi (biasalah hari jumaat)
ustazah ceghita pasal ade pelajar nie die pakai kasut dalam surau!!!
ade ke patut...ish3...rosak akhlak budak zaman sekarang....
tak kanlah tak tahu yang mereka telah mencemarkan surau dengan kasut mereka tu...kadang2 ada orang solat kat surau sekolah tu malas nak pakai sejadah disebabkan oleh nak cepat..tapi kurang plak pahala sebab tempat sujud tersebut telah dicemari najis...hmm...
kita kena lah selalu ingat - mengingat, walaupun kita tidak solat tapi ada juga yang ingin menggunakan kemudahan surau yang ada untuk solat..apa lah yang di dengki kan...ish3.....
yang buat tu pelajar lelaki pula tu....

lepas tu ustazah memberikan perumpamaan tentang hati, 
hati orang tidak solat samalah ibarat longkang yang tersumbat...
penuh dengan pelbagai sampah sarap dan benda kotor...
dengar sahaja longkang mesti kita bayangkan sesuatu yang jijik,kotor dan busuk....
jirus lah air sebanyak manapun, air tidak akan mengalir kerana sudah penuh dengan sampah.....
kemudian, hendak dibersihkan pula mestilah dibuan segala sampah yang menghalang laluan....

samalah macam hati...jika kita hendak membersihkan hati,perlu lah membuang segala perkara yang tidak diperlukan dan menyucikan hati dengan mendekatkan diri pada Allah dan banyak menggingat Allah...
sebaiknya tidak meninggalkan solat,...
         ini tidak...jika ditanya pelajar2 di sekolah terutamanya lelaki siapa yang solat subuh pagi tadi, 
hanya seorang dua sahaja...tetapi tidakkah kita tahu yang SOLAT ITU WAJIB...
kita selalu jer cari excuse untuk tak solat...ish3,,

            Akhir sekali, (waaa da smpai pun akhir):
     ada hadis mengenai hati....
          
             "“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” – Maksud Hadis.

p/s:  jaga lah hati kamu.....

1 comment:

  1. Sungguh tdk berakhlak org yg buat mcm tuh. apa nk jdilah manusia skang nih. huhuhu.

    ReplyDelete

Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi memberikan komen.