Cubaan membuat pastri Perancis ; CANELÉ Halal

Diya Hanun | 1:18 PM | Saturday, July 31, 2021 | 2 Awesome Comment's
Canelé merupakan sejenis pastri dari negara Perancis yang dikatakan berasal dari Wilayah Bordeaux. Diperbuat dari rum dan vanilla, pastri ini mempunyai tekstur karamel yang agak rangup diluar dan dengan rasa kastad yang lembut di dalam. Proses pembuatan Canelé dikatakan agak rumit.
Resipi Canelé Vanilla

Bahan-bahan:

- 500ml susu full cream
- 50g mentega salted
- 2 sdt esen vanilla
- 200g gula kastor
- 2 biji telur
- 2 biji kuning telur
- 120g tepung kek

Cara-cara:

1. Panaskan susu + mentega + esen vanilla dalam periuk kecil sehingga mentega cair. Ketepikan.

2. Dalam mangkuk adunan, telur + kuning telur + gula. Sebatikan menggunakan whisk cukup sehingga gula cair.

3. Ayak tepung ke dalam bater telur tadi dan sebatikan dengan whisk. Jangan terlebih kacau.

4. Masukkan susu hangat tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan cepat. Ketika ini bater akan menjadi cair seperti air.

5. Tapis bater tadi dengan penapis untuk buang benda kasar dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai. Tutup bater dengan plastik wrap dan perap dalam peti sejuk selama 2 hari.

6. Setelah 2 hari, keluarkan bater dari peti sejuk, ketika ini bater akan kelihatan seperti sudah ada lapisan terpisah. Kacau bater tersebut dengan whisk bagi tercampur semula kemudian tapis lagi untuk buang benda kasar.

7. Ketepikan seketika bater, sediakan acuan Canelé. Sapukan acuan dengan mentega secukupnya.

8. Tuang bater ke dalam acuan sehingga setengah dari acuan tersebut.

9. Jangan lupa untuk panaskan oven selama 10 minit pada suuhu 200-250° c kerana Canelé memerlukan suhu yang sangat tinggi dengan api atas dan bawah bergantung kepada oven masing-masing.

10. Bakar Canelé selama 1 jam 30 minit atau sehingga Canelé bertukar warna coklat. Pada minit ke 30, Canelé mungkin akan kelihatan terkeluar dari acuan, keluarkan Canelé dari oven seketika dan ketuk-ketuk acuan Canelé tadi bagi Canelé masuk semula. ke dalam acuan. Boleh juga guna lidi, selitkan lidi di tepi-tepi Canelé untuk bagi angin panas keluar (cara saya sebab oven tak berapa canggih) dan Canelé akan turun semula. Sambung bakar semula dan ulang lagi jika nampak Canelé keluar.

11. Jika bahagian atas Canelé sudah nampak berwarna coklat gelap, bolehlah keluarkan dari oven dan cepat-cepat keluarkan Canelé dari acuan, kerana Canelé akan sukar dikeluarkan ketika sejuk.

12. Biarkan Canelé sejuk selama 2 jam. Canelé akan mengeras setelah sejuk pada hari pertama dan akan lembut pada hari kedua. Boleh disimpan dalam tupperware kedap udara atau dimakan terus.

Komen aku:
Dah lama sebenarnya aku nak rasa Canelé ni. Sejak awal tahun ni asyik tercari-cari canele yang halal, ada jumpa kedai yang buat tapi terlalu jauh dari rumah. Terpengaruh dengan youtube cafe orang korea, jadi aku bercadang untuk cuba buat sendiri. Aku bukanlah seorang pastri chef tapi aku cuba jugak nak buat sebab teringin punya pasal. 

Antara cabaran buat Canelé ni:

1. Cari resipi Halal tanpa guna Rum

Punya susah nak jumpa yang halal. Semua resipi nak pakai rum. Mula-mula aku cuba cari apa yang boleh menggantikan rum, ada satu website tapi aku tak ingat website mana sebab tulis english dia cakap ni:
            
                Untuk 2 sudu besar Rum boleh digantikan dengan:
                    > 2 sudu besar jus anggur putih / jus nenas / cuka epal / jus oren / atau;
                    >  1/2 ke 1 sudu kecil ekstrak badam atau ekstrak vanilla

2. Cari acuan dia.

Mula-mula aku kena cari acuan Canelé dulu. Acuan sebenar dia sepatutnya pakai acuan jenis tembaga, tapi disebabkan terlalu mahal jadi aku order besi biasa je. Aku order lah acuan ni dekat lazada time ada sale. Dah termasuk sekali delivery dah ni. Sekarang aku tengok harga dia dah mahal pulak. Lepastu tunggulah dalam dua minggu nak sampai dia sebab dari China. 



3. Resipi asal yang menggunakan vanilla pod yang mahal.

Nak diikutkan resipi asal Canelé ni menggunakan vanilla bean yang original. Disebabkan rasa mahal sangat aku cari lah vanilla ekstrak original yang mahal acah-acah nak dekat sama bau dengan vanilla bean tu sebab ekstrak vanilla boleh pakai banyak kali, vanilla bean pulak pakai sekali macam tak berbaloi nak beli. Mula-mula nak try pakai esen vanilla biasa je tapi macam tak best pulak sebab esen vanilla tidak diperbuat dari vanilla bean yang original tetapi hanyalah sekadar perisa vanilla tiruan. Makanya aku beli vanilla ekstrak original yang berasal dari vanilla bean sebenar dekat shopee. Tapi bau dia macam tak ada bau vanilla, aku tak tahu salah beli ke atau hidung aku rosak. Hmmm atau sebab aku tak pernah beli vanilla bean sebenar. Malas pulak nak tunjuk brand aku beli tu dah la mahal, takut nanti kena saman pulak cakap aku buruk-buruk kan product so aku pakai jelah sebab dah beli. Untuk pengetahuan, kebanyakan vanilla ekstrak yang original akan menggunakan alcohol, kena alert kat sini sebab aku baca ada ethyl alcohol yang digunakan dalam pembuatan arak. Jadi pandailah pilih yang halal sebab aku pun beli halal punya je. Aku nak cakap lebih aku bukan ada ilmu pun. Jadi korang google jelah. Mungkin lain kali aku kena keluar duit lebih sikit kot kalau nak hasil  Canelé yang memuaskan hati. Yelah sebab satu vanilla bean je dah dalam rm 11 ke atas. 
gambar dari google


4. Tuang susu panas dalam telur dengan cepat untuk elak dia jadi telur hancur (scrambled egg)

Masa ni, ikut resipi dia kita kena tuang susu panas ke dalam telur dan kacau dengan cepat untuk  elak dia jadi telur masak dengan cara yang betul. Kena tuang sikit sikit susu, dan kacau cepat sebab nak dapatkan suhu yang sesuai. Aku pun tak faham kenapa  perlu buat macam ni.

5. Kena simpan dalam peti sejuk selama dua hari.

Resipi asal cakap kena peram dalam peti sejuk dua hari untuk dapatkan rasa yang dalam (deep) dan bila bakar nanti akan menghasilkan rongga-rongga udara yang cantik macam kek sarang semut tu.

6. Ketika membakar.

Masa nak bakar, kena pastikan api oven kita panas 200°c ke 220°c sebab nak dapatkan kerak hangus di luar dia. Ketika pembakaran Canelé ni, dia akan naik ke atas dengan bersemangatnya. Tak reti duduk diam, jadi apa yang aku buat adalah, setiap 20 minit aku akan keluarkan dari oven dengan tolak Canelé tu masuk kedalam semula dengan menggunakan lidi. Korek tepi Canelé tu bagi angin panas keluar dan Canelé akan masuk semula. Ulang aktiviti tersebut sehingga Canelé dah berhenti naik. Aku pakai dua jenis acuan Canelé dan yang paling berjaya aku rasa acuan individual yang dekat gambar atas tadi. 


Gambar dari Google.

2 comments:

  1. Nak sikitttttt.......

    ReplyDelete
  2. Salam..
    Terima kasih share resepi & ilmu.. Sy pun mencari resepi yg halal.. Bila teringin tu kan dan2 rasa nak buatnya.. Tp kene tgk bahan jugak.. Nak tanya.. Satu adunan tu blh dpt berapa ketul ye?

    Terima kasih byk2 😊

    ReplyDelete

Please Be Nice