HAI.

Diya Hanun | 11:30 PM | Sunday, July 11, 2021 | 6 Awesome Comment's

            Terasa lama tak tulis entry, aku tak tahu sama ada masih ada lagi yang blogging macam dulu-dulu ke tak. Buat segmen, giveaway dengan freebies, senang kata seronok lah blogwalking dulu. Tapi sekarang, Interface blogger pun dah lain. Kalau dulu kita boleh tengok orang yang kita follow post sesuatu dan boleh baca. Sekarang ni, butang follow pun dah tak pakai kat blogger ni. Kalau dulu lumba-lumba para blogger nak followers ramai. Tapi sekarang Google plus pun dah tak berfungsi. Blogger-blogger yang dulu aktif pun sekarang dah beralih ke media sosial seperti Tik-Tok. Best blogging masa tahun 2011-2017 je. Selepas dari tu dengan aku-aku sekali dah tak main blog. Lepas habis degree, macam dah tak ada mood nak tengok blog. Nak menaip lagilah malas, niat tu ada tapi selalu terkubur. Terlalu leka dengan kehidupan kerjaya dan mencari diri sendiri. Boleh jadi dah tak ada orang blogging macam dulu dah. Aku pun tak tahu masih ada lagi orang baca blog ni lagi ke tak. Tapi apa pun aku still sayang blog ni sebab dia dah bersama dengan aku sejak 2010.

        Meningkat umur sekarang ni, dah masa untuk aku menulis benda yang lebih serius tetapi masih bersifat peribadi yang boleh dikongsi kepada yang singgah. Untuk menjadi penulis yang profesional tu pulak tidak lah. Tapi cukup sekadar dapat melihat blog ni hidup. Bila dah menginjak umur 27 tahun ni, dah kena belajar untuk bersifat lebih matang dan menghargai sesuatu benda walaupun nampak kecil tapi bermakna. As people said, enjoy your life to the fullest. Belajar untuk tidak mengenang sesuatu yang dah berlalu. Belajar menjadi kuat demi diri sendiri untuk hadapi dunia dewasa yang selalu banyak masalah. Sehingga semua benda yang dulu mengejutkan sudah tak lagi menjadi kejutan, tetapi menjadi benda biasa. Follow the flow of life dan sentiasa redha dengan hidup yang dah ditetapkan untuk kita. Lain orang lain kesenangan, lain benda yang cuba dicapai. Mungkin kita cuba untuk kejar sesuatu, tapi makin kita cuba kejar makin jauh benda yang nak dicapai tu. Last-last dah tak larat nak kejar. Hanya biar diri mengapai perkara yang dapat dicapai di sepanjang perjalanan tu je. Tak semua orang dapat apa yang dia inginkan, Rezeki je siapa yang dapat sesuai yang dihajat. Sangat beruntung orang-orang tersebut tetapi jangan ingat Allah tak sayang kita. Allah dah tetapkan rezeki setiap orang tu tak sama.  Cuma jangan pernah berputus harap pada Allah. Ini ingatan untuk diri aku je sebenarnya.

        Bila hati dah penat, take a rest. Do the things that you love. Kelilingi diri dengan orang-orang yang kita sayang macam keluarga dan sahabat yang hargai kita. Mungkin bila dah besar ni circle kita menjadi semakin kecil. Dulu ingat akan ramai kawan yang bersama kita sampai dah tua tapi, slowly orang-orang tersebut akan berlalu pergi dan meninggalkan kita setelah mendapatkan apa yang diperlukan. Kita cuba untuk menjaga mereka tapi jika mereka yang memutuskan untuk pergi, lepaskan sahaja. Sekarang yang tinggal hanya circle yang betul-betul menghargai kita. Kalau dulu-dulu rasa macam nak share banyak benda dekat kawan-kawan rapat, tapi sekarang macam malas dah. Benda-benda yang dulu rasa macam seronok untuk diceritakan dah jadi benda remeh untuk dikongsi. Sebab sekarang masing-masing dah ada masalah yang lagi besar. Lama-lama kita akan menjadi matang dengan sendirinya, kecuali seseorang tu malas nak berubah. 

          Masa dah dekat-dekat 30 ni kita akan nampak macam-macam benda. Akan ada masa kita merasai kekecewaan akibat dari sesuatu kegagalan, terasa lelah nak melangkah tapi memaksa juga diri untuk melalui jalan yang sukar tersebut. Masa dulu mungkin asyik tertanya dimana salahnya diri ini, tapi sedar tak sedar.. Kita tak salah apa pun, benda tu berlaku untuk kuatkan diri kita untuk melatih diri jadi kuat.  Lebih banyak pendam perasaan je, Semua benda yang terjadi adalah ketentuan-Nya. Ada masa kita akan menangis, ketawa dan terasa kosong. Tapi jangan biar diri hanyut dengan perasaan tersebut. Jangan leka, masih jauh lagi hidup ni. Kecuali ajal dah menjemput. Selagi masih hidup, jangan pernah berputus asa.

6 comments:

  1. Hai. BW sini. Setuju dengan entry awak. Makin dewasa kena makin matang dan belajar untuk redha supaya hidup lebih tenang

    ReplyDelete
  2. Setuju... sama lah kita. Baru start balik je bw ni. nak menaip belum ada hati. huhu Tapi okay je still baca2 kawan2 blogger lain punya story

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..sy punya x muncul la feeds..kenapa eh?

      Delete
    2. Risau juga makin meningkat dewasa, makin kurang kawan & kenalan

      Delete
  3. ya samalah
    zaman blogging dah lepas
    masuk ke fasa baru
    mcm social media yang dulu2 mcm Myspace, Friendster, Hi5, Tagged.. dah terkubur
    Blogger ni pun masih relevan sbb dia articel based, masih ramai yg tekan utk baca artikel2 lama..
    tetap sayang dgn blog sebab dah lama guna..

    ReplyDelete

Please Be Nice