Latest Life Update

Diya Hanun | 10:36 PM | Tuesday, May 31, 2022 | 5 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎



Hai, 
Long story short. Finally, aku dah berhenti dari tempat kerja yang aku asyik merungut untuk berhenti setiap hari. Alhamdulillah, sekarang dapat better offer dari....jeng..jeng..jeng..
Perbadanan Putrajaya as Penolong Pegawai Seni Bina JA29. Lega dan sangat lega sebab dah berhenti. Takde lagi kerja sabtu dan cuti 1 hari, takde lagi kongsi kereta dengan kakak, takde lagi limit untuk solat pada waktu rehat, takde lagi bos kedekut tak nak naikkan gaji walaupun dah keje 4 tahun. No Moaaar~ Alhamdulillah. 

Aku mula lapor diri pada 17 Mei 2022. Baru 2 minggu masuk. Nanti aku cerita lebih details pasal penolong pegawai seni bina di lain entri. Sebab aku pun baru masuk, masih membiasakan diri. Jadi orang gomen dah sekarang. Kira aku authority untuk approve dari syarikat swasta ler.😁 Aku lantikan kontrak selama 2 tahun, lepas dua tahun kalau ada rezeki akan diserap jadi tetap. Tapi kenalah perform. Inshallah. Akhirnya setelah 4 tahun, dapat jugak kerja yang Sabtu Ahad nya cuti. Mesti korang pikir kalau lepas dua tahun dia tak renew contract apa jadi? Tidak, menurut temubual bersama staff lama, diorang cakap tak banyak kes seperti begitu. Kebanyakannya adalah orang yang disiplin teruk, banyak cuti lah atau ada problem. Paling-paling korang akan renew contract lagi 1 tahun kira ni tempoh kesian lah. Kalau still tak perform. Terpaksa lepaskan mereka. Gitulah. So kerja beul-betul.

Sambung citer, 2 minggu lepas interview dia panggil masuk lapor diri. Gelabah gila nak cari orang ganti, nak buat surat resign lagi. Nasib baik ada member yang tengah menganggur, jadi rezeki as Drafter dapat pada dia lah. Dengan rayanya lah, so notis aku bagi pada 27 April 2022 hari yang sama Ppj call aku, haritu jugak aku tender resignation. Banyak dah kerja aku apply semata-mata nak kerja bidang architecture, takde satu pun yang dapat sepanjang 4 tahun ni. Alhamdulillah rezeki dapat di Ppj. Tapi tulah jawatan gred JA29 tapi aku ada Degree in Architecture macam tak best lah. Sebab bidang Engineering kalau dah graduate Degree terus dapat JA41 bukan gred JA29. Rugi sikit lah untuk orang yang ada Degree dalam bidang architecture ni. Kalau apply kerja kerajaan bidang architecture untuk dapat JA41 tu korang kena ada Master. Kalau korang bercita-cita tinggi dan nak gaji banyak sikit amek lah Master. Dapat lah apply kerja as JA41 dalam seni bina. Sebab tahap JA29 ni tahap diploma je, kalau ada diploma korang boleh apply. Ada Degree boleh je apply sebab aku ada degree jugak. Hahah. Tapi tulah kalau nak naik pangkat gred 41 tu kena berhenti kerja dan ambil Master (Part 2)  lah nampaknya, sebab architecture yg JA29 hanya boleh naik pangkat sampai gred JA38 je. Dan belum tentu kalau dah berhenti ada rezeki untuk kerja situ lagi. Kalau korang under Engineering untung ler. 

Tapi syukur lah dapat kerja ni. Ikutkan ni kali ke 6 aku apply kerja kerajaan. Sebelum ni apply Mardi, Ukm Cheras, Ukm Bangi, Ppj, Jkr dan akhir sekali Ppj untuk kali kedua. Dulu aku pernah apply dekat Perbadanan Putrajaya ni untuk jawatan JA41 which is Architect  pada tahun 2019. Tapi, diorang cakap diorang nak yang ada Master je untuk jawatan tu walaupun masatu aku dah sampai ke peringkat interview. So kira membazir masa aku lah selama ni ambil cuti untuk ujian bertulis dan interview JA41 tu. Tapi masa tu tahun 2019, so lesson learnt aku apply lah jawatan JA29 dekat Ppj tahun 2021 sebab masatu dia buka vacancy. Alhamdulillah dapat. Bersyukur antara beribu yang apply, aku terpilih. Walaupun mungkin aku dah tak dapat nak berangan untuk ke peringkat lebih tinggi. Takpe, follow the flow of your life je. Inshallah, Allah dah tetapkan sesuatu yang lebih baik. Sebenarnya aku teringin Ukm Bangi tu sebab dekat dengan rumah. Tapi takpe rezeki Allah dah susun cantik. Sabar itu indah.😉 Masa mula-mula interview Penolong Pegawai Senibina ni diorang nak 1 orang je, tiba-tiba habis interview dapat tahu dia nak 3 orang. Jadi aku salah sorang dari nya, dua lagi is lelaki. So korang yang masih berusaha apply kerja kerajaan, jangan putus asa. Jangan lupa doa selepas usaha, mintak ibu bapa doakan sekali. Semoga lepasni giliran korang pulak berjaya. Inshallah.

Sekarang pun dah tak perlu pinjam kereta kakak untuk pergi mana-mana lagi dah sebab kereta yang aku order sejak 1 Januari 2022 dah dapat. Lama betul nak kena follow up.  Seller janji bulan 3 dapat, tapi lepas bulan 3 habis dia janji sebelum raya pulak. Lepas tu dia janji seminggu selepas raya pulak. Tangguh dan terus menangguh. So bagi sesiapa yang ada niat nak beli kereta Perodua tu booking lah awal sebab dia tak kan dapat cepat, mungkin 5 bulan baru korang dapat kereta tu. 

So sekarang ni, aku kena bangun awal pukul 5 pagi siap mandi solat semua sebab kul 6.15 pagi kena gerak dah. Nak bawak bekal pun tak sempat. Sekarang ni aku masih pakai waze untuk sampai ke Perbadanan Putrajaya (Ppj). Perjalan dari Beranang ke Ppj amek masa 1 jam lebih sebab jem start dari Semenyih lagi. Hmmm... Seminggu pertama aku sesat tah ke mana-mana walaupun ikut waze, mengarutnyaaaaa. Salah jalan sampai 2 jam jadinya nak balik rumah. Paling lewat masa salah jalan tu sampai rumah dalam pukul 8 malam lah. Balik kerja 5 lebih camtu. Tapi tu masa mula-mula la..sekarang pergi dah hafal jalan dah. Cuma balik tu tah pusing mana-mana tah. Hahah, tapi berjaya sampai rumah dalam pukul 6 petang camtu. Lepastu yang bestnya kita boleh pilih waktu jam bekerja, kalau masuk 7.30 pagi boleh balik 4.30 petang. Kalau masuk pukul 8.00 pagi boleh balik pukul 5.00 petang. So aku pilih 7.30 tu lah sebab nak sampai rumah sebelum pukul 6.30. Boleh solat Asar di rumah. Tapi tak selalu boleh balik awal. Mesti ada kerja punya lah. Atau meeting ke apa. Hmm.. Dekat bahagian aku ada 5 je perempuan, yang lain semua lelaki. Ramai suruh cari jodoh kat Ppj. Hmm, kalau lah semudah itu. Tapi takpe, kita boleh cuba.. Hahahah..

Apa lagi nak cerita ya, oh ya. Aku tengah dalam proses apply kuarters Ppj so takyah la nak ulang alik sangat lepasni. Boleh tido lama sikit. Murah juga kalau staff Ppj rumah apartment 3 bilik RM375 di Precint 11. Tapi sebab orang bujang kan.. kena cari lagi member untuk isi kekosongan bilik tu bagi dapat sewa lagi murah. Pasni boleh lah buat part time cari duit lebih area Putrajaya. Sabtu Ahad buat part time area Semenyih pulak. Tapi kerja fast food ler kot..Cewah berangan kau Diya. Hahah.. Ikutlah mana-mana. Semoga ini jalan yang terbaik buat Fardiyah. Okay tu je. Sampai jumpa di lain entri.

5 comments:

Please Be Nice