Koleksi Boots Wanita.

Diya Hanun | 2:55 PM | Wednesday, December 30, 2015 | 11 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎
Kasut boots merupakan fesyen bagi kaum wanita yang sudah terkenal sejak tahun 1960an lagi di Eropah. Pada asalnya, kasut boots dipakai oleh kaum wanita bagi tujuan menghangatkan dan melindungi kaki dari suhu sejuk yang melampau di Eropah pada ketika itu. Namun kasut boots mula mendapat tempat di hati kaum wanita bukan sahaja di Eropah malah di negara lain seperti Malaysia. Sejak itu kasut boots wanita mula direka dengan pelbagai jenis dan gaya bagi menepati kehendak fesyen terkini seperti:

Ankle Boots (Boots Paras Buku Lali)
Boots ini yang hanya mencapai paras buku lali wanita. Sesuai digayakan dengan pakaian kasual mahupun formal. Namun harus diingat, boots ini akan menampakkan seseorang seakan rendah jika tak kena dengan gayanya.








Laced Up Boots (Boots bertali kasut)
Boots yang mempunyai tali kasut ini sesuai digayakan dengan apa jua pakaian. Namun kasut ini memerlukan masa untuk dipakai dan dibuka disebabkan tali kasut tersebut. Tak kira apa pun pilihan fesyen kita, pastinya akan menyerlahkan keanggunan seseorang wanita itu.






Combat Boots (Boots Tentera)
Boots ini mula dikenali sejak tahun 1990an lagi yang pada asalnya, boots ini hanya dipakai oleh para tentera. Namun lama kelamaan menjadi satu ikutan fesyen yang sangat terkenal dikalangan wanita. Kualiti boots ini dikatakan sangat kukuh dan  mampu bertahan lama disebabkan oleh materials boots tersebut yang diperbuat daripada kulit.






Low calf Boots (Boots paras betis)
Boots ini tingginya hanya sekadar paras betis. Sangat sesuai ipadankan dengan jeans. Terdapat pelbagai jenis material boleh didapati bagi boots seperti ini seperti baldu, kulit dan kain kanvas.








Over-the-knee Boots (Boots paras lutut)
Jika tadi Low calf boots direka sehingga paras betis, Over-the-knee boots pula direka sehingga atas lutut tetapi tidak melebihi daripada 4 inci keatas.  Boots ini sangat sesuai dikenakan sepanjang musim. Wanita yang menggayakannya kelihatan lebih berani dan kelihatan moden.








Kini wanita semakin bijak mengenakan kasut boots ini dengan pelbagai jenis fesyen. Tidak kira yang mana satu pilihan boots wanita yang diminati, kesemua boots ini mempunyai gaya mereka yang tersendiri.

11 comments:

  1. waa, cantik kasut boots tu. tapi belum ada lagi dalam simpanan. hehhe

    ReplyDelete
  2. pehh!!! pernah ada boots, satu jelah, pastu tak beli dah sebab pakai selipar ja slalu T_T

    ReplyDelete
  3. boots ni bagusnya lindungi kaki yang merupakan aurat wanita jugakan...hihi..pandai gabungkan dengan pakaian..mesti nampak nice penampilan..

    ReplyDelete
  4. Sayalah salah satu penggemar boots. To sy selalu pakai boots parad buku lali je (ankle boots). Baru sesuai dgn suhu di malaysia. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..kalau panjang smpai paha tuuu..extreme sgt XD

      Delete
  5. hikhik.. cik en suka pakai boat kalau de projek lapangan

    lama cik en x lawat sini.. :)
    Happy new year

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, iman singgah dan follow #1560
    jom join segmen http://beautifulofiman.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-blogwalking-by.html

    ReplyDelete
  7. ni nama bagi wanita, bagi lelaki, ni kasut, nothing more :P

    ReplyDelete

Please Be Nice