Peringatan bagi yang meremehkan solat lima waktu

Diya Hanun | 3:27 PM | Wednesday, May 29, 2013 | 1 Awesome Comment's
 photo assalam-1_zpsce3aec1c.png


Imam Ahmad bin Hajar Al Haitami dalam kitabnya "Az-Zawarij'' menjelaskan bahawa diterangkan dalam hadis : "Barangsiapa yang menjaga solat lima waktu, maka Allah akan memuliakannya dengan lima perkara:

1. Terhindar dari kesempitan dalam kehidupan 
2. Terhindar dari siksa kubur
3.Kitab amal diberikan pada tangan kanannya
4. Berjalan di atas titian sirat bagaikan kilat
5. Masuk syurga tanpa dihisab

Begitu pula sebaliknya, barangsiapa yang meremehkan solat satu waktu, maka dia diancam oleh Allah dengan 14 ancaman seksaan :  

5 didunia:
1. Dicabut keberkatan umurnya
2. Dihapuskan tanda-tanda orang soleh dimukanya
3. Setiap amal yang dilakukan tidak mendapat pahala dari Allah
4. Doanya tidak diangkat ke langit
5. Tidak mendapat bahagian dari doa-doa orang solihin.

3 ketika mati:
1. Mati dalam kehinaan 
2. Mati dalam kelaparan
3. Mati dalam kehausan, dan tidak dapat diubati walau dicurahkan air ke mulutnya sebanyak air yang berada di lautan.

3 didalam kubur:
1. Disempitkan kuburnya sehingga hancur tulang rusuknya
2. Dinyalakan api dalam kuburnya
3. Didatangkan kepadanya ular yang benama Syuja' yang matanya dibuat dari api, kukunya dari besi, setiap kuku ular itu panjangnya sejauh perjalanan sehari, ular tersebut berkata "Aku Syuja' Al-Aqra' suaranya bagai petir yang menyambar,ia berkata " Allah telah menyuruhku supaya menyeksa kamu  kerana telah meninggalkan solat Subuh hingga terbit matahari , meninggalkan solat Zuhur  hingga solat Asar, meninggalkan solat Asar sehingga solat Magrib dan meninggalkan solat Maghrib sehingga solat Isyak dan meninggalkan solat Isyak sehingga waktu Subuh. Tiap-tiap ular itu memukul 1 kali , maka terbenamlah  orang tersebut ke dalam tanah hingga tujuh puluh hasta , maka ia selalu tersiksa dalam kuburnya sehingga hari kiamat.

 3 pada waktu keluar dari kubur:
1. Dihisab segala perbuatan amalnya
2. Allah murka kepadanya
3. Dimasukkan ke dalam neraka.

Dalam riwayat lain mengatakan bahawa ia akan didatangkan pada hari kiamat sedangkan dimukanya ada 3 baris tulisan, tulisan tersebut adalah:
1. Wahai orang yang mngabaikan hak Allah
2. Wahai orang yang mendapat kemurkaan Allah.
3. Allah mengabaikan kamu sebagaimana kamu mengabaikan hak Allah, maka pada hari ini berputus asalah kamu dari rahmat Allah.

1 comment:

Please Be Nice