Kenapa lebah buat sarang bentuk heksagon?

Diya Hanun | 3:34 PM | Wednesday, May 29, 2013 | 1 Awesome Comment's
 photo assalam-1_zpsce3aec1c.png


Tahukah korang bahawa lebah madu tidak hanya terkenal sebagai haiwan kecil yang menghasilkan madu,
tetapi juga masyhur sebagai makhluk yang genius ? Sebagai haiwan, lebah madu hidup secara berkoloni dalam sarang yang mereka bangunkan sendiri dengan sangat teliti. Dalam setiap sarang terdapat ribuan kantung berbentuk heksagon  atau segi enam yang menyimpan madu. Tapi pernahkah kita terfikir mengapa mereka  membuat kantung-kantung itu berbentuk heksagon?

Para ahli matematik menemui bahawa cara yang terbaik  membangun tempat simpanan  dengan kapasiti terbesar dan menggunakan bahan bangunan yang sedikit adalah dengan membuat dinding berbentuk heksagon. Menurut mereka, jika lebah-lebah itu membuat kantung berbentuk tabung seperti segitiga, akan terbentuk celah kosong kantung satu dengan yang lain dan sedikit madu yang dapat disimpan.
Kantung berbentuk segitiga atau persegi boleh saja dibuat tanpa meninggalkan celah kosong,
tetapi ahli matematik menyedari satu hal yang penting. Dari semua bentuk geometri tersebut, yang memiliki keliling yang paling kecil adalah heksagon. Ini kerana, walaupun bentuk-bentuk tersebut boleh menutupi luas kawasan yang sama, bahan yang diperlukan untuk mendirikan bentuk heksagon lebih sedikit dibandingkan dengan persegi atau segitiga.

Kerana itu, Allah berfirman: "Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang dibukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan tempat-tempat yang dibuat manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhilah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).."
(Al-Nahl:68-69)

1 comment:

Please Be Nice