Koleksi Boots Wanita.

Diya Hanun | 2:55 PM | Wednesday, December 30, 2015 | 11 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎
Kasut boots merupakan fesyen bagi kaum wanita yang sudah terkenal sejak tahun 1960an lagi di Eropah. Pada asalnya, kasut boots dipakai oleh kaum wanita bagi tujuan menghangatkan dan melindungi kaki dari suhu sejuk yang melampau di Eropah pada ketika itu. Namun kasut boots mula mendapat tempat di hati kaum wanita bukan sahaja di Eropah malah di negara lain seperti Malaysia. Sejak itu kasut boots wanita mula direka dengan pelbagai jenis dan gaya bagi menepati kehendak fesyen terkini seperti:

Ankle Boots (Boots Paras Buku Lali)
Boots ini yang hanya mencapai paras buku lali wanita. Sesuai digayakan dengan pakaian kasual mahupun formal. Namun harus diingat, boots ini akan menampakkan seseorang seakan rendah jika tak kena dengan gayanya.








Laced Up Boots (Boots bertali kasut)
Boots yang mempunyai tali kasut ini sesuai digayakan dengan apa jua pakaian. Namun kasut ini memerlukan masa untuk dipakai dan dibuka disebabkan tali kasut tersebut. Tak kira apa pun pilihan fesyen kita, pastinya akan menyerlahkan keanggunan seseorang wanita itu.






Combat Boots (Boots Tentera)
Boots ini mula dikenali sejak tahun 1990an lagi yang pada asalnya, boots ini hanya dipakai oleh para tentera. Namun lama kelamaan menjadi satu ikutan fesyen yang sangat terkenal dikalangan wanita. Kualiti boots ini dikatakan sangat kukuh dan  mampu bertahan lama disebabkan oleh materials boots tersebut yang diperbuat daripada kulit.






Low calf Boots (Boots paras betis)
Boots ini tingginya hanya sekadar paras betis. Sangat sesuai ipadankan dengan jeans. Terdapat pelbagai jenis material boleh didapati bagi boots seperti ini seperti baldu, kulit dan kain kanvas.








Over-the-knee Boots (Boots paras lutut)
Jika tadi Low calf boots direka sehingga paras betis, Over-the-knee boots pula direka sehingga atas lutut tetapi tidak melebihi daripada 4 inci keatas.  Boots ini sangat sesuai dikenakan sepanjang musim. Wanita yang menggayakannya kelihatan lebih berani dan kelihatan moden.








Kini wanita semakin bijak mengenakan kasut boots ini dengan pelbagai jenis fesyen. Tidak kira yang mana satu pilihan boots wanita yang diminati, kesemua boots ini mempunyai gaya mereka yang tersendiri.

Puding Sedut Cikedut by SaripDol

Diya Hanun | 12:34 PM | Sunday, December 27, 2015 | 20 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

(Entri Update Laju-laju)
Semalam kakak belanja Cikedut, sebelum ni asyik tengok orang minum je. 
Kali ni kita try minum apa rasa dia. Dadih berperisa paddlepop.
Harga dia 1 botol RM 6.50. Seronok sedut benda ni, Slurp3, tengok2 dah habis..
Haha, Ada masa mungkin boleh buat sendiri pula. Kih3.. 


P/S: Buat masa ni, aku tak dapat nak buka blog ni untuk sementara  waktu disebabkan perlu study untuk Midterm. Akan kembali semula blogwalking setelah midterm selesai. Lulz.

Salam Maulidur Rasul 1437H

Diya Hanun | 2:15 PM | Thursday, December 24, 2015 | 15 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Jom Selawat :)


20 soalan dari 2 Blogger

Diya Hanun | 1:35 PM | | 24 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Firstly, terima kasih kepada awak berdua yang sudi tag hakak ni, Ingat nak buat secara berasingan tapi, alang-alang hakak jawab sekali dua ye dik.. Bawa bertenang ye semua..


Soalan dari MAISARAH MUSA

1. Sila memperkenal diri anda.
Nak mula dari mana ye, Nama panjang dan pendek Fardiyah tapi panggil Diya je untuk orang yang sebaya atau yang lebih dewasa. Suka dipanggil Kak Diya bagi orang yang lebih muda.. Hik3, Kenapa? Adalah~ Rahsia tau.

2. Adakah anda berminat untuk mempelajari bahasa asing ? Senaraikan.
Ofcoz lah minat! Nak belajar Arabic, Mandarin dan Japan.

3. Negara manakah yang anda ingin merantau ?
Nak merantau ke........Turkey, sebab nak study seni bina dekat sana teringin hakak tahu..

4.Apakah pengalaman yang paling menakutkan dalam hidup anda ?
Banyak sangat *cry

5. Adakah anda suka membaca novel ?
Novel apa tu? Tengok juga jenis novel tu sebab tak semua novel dibaca.

6. Novel apa yang paling best untuk dibaca?
Dah lama tak baca novel.. XD

7. laman web mana yang boleh tengok movie online ? hehe
Kalau movie selalu torrent je, tak pernah tengok online. Anime tu tau lah dekat mana. Goodanime.

8. Apakah hobi anda ?
Hobi selalunya mengadap laptop, sebab main internet.

9. Cuba teka lagu "Welcome to duloc such a perfect town, here we have some rules,let us lay them down.." dalam movie apa ? Hahaha
Haha, Google mengatakan lagu tu berasal dari cerita Shrek. Hahaha

10.   Apa makanan kegemaran anda dan kenapa?
Makanan kegemaran buat masa ni selalu makan Char Kuew Tiaw mungkin akan berubah dari masa ke semasa.



Sekarang giliran adik kita lagi seorang pula NURUL ASYIKIN

1. Siapakah idola anda? dan terangkan mengapa.
Rasulullah :) 

2. Antara drama dan filem, manakah pilihan anda?
Tengok juga lah kalau drama best layan drama, kalau filem best layan filem, Kalau dua2 best..Layan sekali dua pun boleh~

3. Kek coklat atau red velvet?
Kek coklat! tapi yang moist punya je..Uish..sedapnya...

4. Novel melayu atau inggeris?
Dua-dua :P

5. Nyatakan pengalaman paling menyeronokkan dalam hidup yang anda takkan pernah lupakan.
Banyak, tak boleh kira dah pakai jari..hik3

6. Nyatakan lagu yang sering anda mainkan di telefon bimbit anda.
Lagu ni part yang best! Akak ni suka lagu DJ English hik3.. Awak tak tahu punya lagu ni, tajuknya Sun Goes Down by Robin Schulz

7.  Sejak bilakah anda mula mengenali dunia blog?
2010..masa tu masa form 4. Haha

8. Apakah impian anda?
Impian? *Berfikir sejenak.. Tak nak bagi tahu.. Biar diri sendiri saja yang tahu.. :P

9. Siapakah blogger yang anda segani dan contohi?
Orang yang sedang membaca entri ni ^_^

10. Nyatakan warna kegemaran anda dan terangkan mengapa anda menggemari warna tersebut.
Biru langit..sebab selalu tengok langit masa sedih.. buat hati rasa macam nak terbang ke sana.

Agak-agak menepati syarat tak jawapan tu?


Randomly disini saya tag 10 orang blogger yang cute dan hensem untuk jawab soalan saya ni, Tiada unsur paksaan untuk menjawab :) 

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Soalan:

1. Mula-mula mestilah perkenalkan diri. Buat ayat yang paling menarik dan tertarik.
2. Awak ni Blogger dari negeri mana?
3. Sesuatu benda atau perkara yang diingini ketika tengah baca soalan ni?
4. Soalan uji minda, ''Saya hidup jika diberi makan, Saya mati jika diberi minum, Apakah saya"
5. Ambil buku yang terdekat, buka muka surat 12. First word that you see describe yourself.
6. Beri 1 lagu yang mempunyai memori sangat #deep untuk awak.
7. 1 Feveret Quotes awak?
8. Fobia yang awak ada?
9. Soalan pendapat, '' Katakan awak dah beratur lama nak bayar barang di cashier, tiba2 ada orang potong line awak. Apa yang akan awak lakukan terhadap dia?''
10. Apa perasaan ketika awak dapat habis jawab semua soalan mengarut saya ni..hik3

-Sekian-

Join List Belog Best

Diya Hanun | 12:19 PM | | 6 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎


Jom Join, klik banner untuk join.