Penggunaan azan dalam Klip Video Clean Bandit Come Over menyentuh sensitiviti orang Islam

Diya Hanun | 11:42 AM | Friday, August 8, 2014 | 2 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Penggunaan ayat suci dalam sesebuah lagu yang berunsur hiburan sudah pasti
agak keterlaluan lagi-lagi jika lagu tersebut dinyanyikan oleh orang yang jahil
mengenai agama Islam dan tidak mengetahui tentang maksud ayat suci tersebut.
Selepas isu Katy Perry dengan penggunaan rantai Allah menimbulkan kemarahan. 
Baru-baru ni kumpulan Clean Bandit yang terkenal dengan lagu mereka iaitu Rather Be
ada mengeluarkan sebuah lagu yang bertajuk Come Over featuring 
Stylo G yang menggunakan azan  pada permulaan video klip mereka. 
Klip video yang di rakam di  Morocco itu sedikit sebanyak menimbulkan 
kemarahan pengomen Islam di youtube. Klip video ini dikeluarkan pada Julai lalu 
dalam bulan Ramadan dan berdurasi 4.05 minit ini mengalunkan azan dari permulaan
 Allahu Akhbar,Allahu Akhbar dan pada saat Allah disebut disaat berikutnya,
 azan terhenti dengan latar belakang seorang lelaki berpakaian biru ala-ala arab
 menunggang kuda dan kemudian lagu bermula dengan latar belakang diselingi 
anjing-anjing  yang sedang berlari. Jika diamati lirik lagu ini, tiada kaitan 
mengenai Islam atau mana-mana agama dan kumpulan ini juga bukan Islam. 
Apakah motif sebenar mereka masih lagi tidak diketahui. Mungkin bila mendapat petition 
dari orang ramai baru lagu itu akan dipotong pada klip azan tersebut. 
Di sini disertakan youtube video lagu tersebut



CLEAN BANDIT : COME OVER FT STYLO G

Never said any of this was gonna be simple
Sometimes all it takes is just a simple oh-oh-oh
Because the place you want to reach is right in front of you
You're getting stronger
So just keep on that bit longer
Rap-pa-pum

Girl come over
Me want you closer
I'm tired of the rainy days

You bring me
Sun, sun, sun, sun-shine
You bring me
Sun, sun, sun, sun-shine

So before the nights over
I want you to know that
I'm willing to change my ways

You bring me
Sun, sun, sun, sun-shine
You bring me
Sun, sun, sun, sun-shine

Come over, Come over
Come over, C-Come over
Come over, Come over
Come over, C-Come over

I guess you're gonna run out luck love, sooner or later
You better make time to sit down and put pen to paper oh-oh-oh
Because the things you want to do will slip away from you
It won't be long now
So just keep on being strong now
Rap-pa-pum

Girl come over
Me want you closer
I'm tired of the rainy days

You bring me
Sun, sun, sun, sun-shine
You bring me
Sun, sun, sun, sun-shine

So before the nights over
I want you to know that
I'm willing to change my ways

You bring me
Sun, sun, sun, sun-shine
You bring me
Sun, sun, sun, sun-shine

On regular she blow my mind
Your turn, my darling, I can't live without you
Without you (No, no, no)
Girl you got me weak at my knees
7 days of the week I can't stop think about you
about you

Come over, Come over
Come over, C-Come over
Sun, sun, sun, sun-shine
Sun, sun, sun, sun-shine

Come over, Come over
Come over, C-Come over
Sun, sun, sun, sun-shine
Sun, sun, sun, sun-shine

Look at my style
Me hear them saying 'l'm sorry girl'
And both times no one feels to stay the night over
Nineteen days pass since I last see the girl
Be at the bedroom over, got no fight over

Regular she cuss me
Tell her friends, then mos, how she no trusts me
Well if I saw you down from here, let me pay
Since the last three months, you know you want me

Me won't pick up me phone, no dial-dial-oo
Don't put pressure on me, I'll ask you
Here baby let me love you, you know I wan't some
No me wish you know about my, my manual

Won't pick up the phone, no dial-dial-oo
Don't put pressure on me, I'll ask you
Here baby let me love you, you know I wan't some
No me wish you know about my, my manual
Ra-pa-pum

Girl come over
Me want you closer
I'm tired of the rainy days

You bring me
Sun, sun, sun, sun-shine
You bring me
Sun, sun, sun, sun-shine

So before the nights over
I want you to know that
I'm willing to change my ways

You bring me
Sun, sun, sun, sun-shine
You bring me
Sun, sun, sun, sun-shine

Come over, Come over
Come over, C-Come over
Sun, sun, sun, sun-shine
You bring me
Sun, sun, sun, sun-shine

Come over, Come over
Come over, C-Come over
Sun, sun, sun, sun-shine
You bring me
Sun, sun, sun, sun-shine

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Diya Hanun | 12:09 AM | Friday, August 1, 2014 | Leave a Comment Here (^_^)/
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Harapnya masih tak terlambat lah untuk wish Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf zahir dan batin. Setelah sebulan lebih diya tak update blog ni, 
Diya mohon maaf jika sepanjang berblog ada menyakiti siapa2 atau
terkasar bahasa juga segala kesalahan dalam penulisan. Maaf lah ye, 
dan ampun dan maaf dipohon  juga kepada sesiapa yang mengenali diri ini
Harapnya raya korang tahun ni bestlah hendaknya, seronok dan bahagia..
sekali lagi diya nak ucapkan Selamat Hari Raya,

 

How To Train Your Dragon 2

Diya Hanun | 6:55 PM | Thursday, June 26, 2014 | 2 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Setelah sekian lama diya mencari waktu yang sesuai untuk tengok cite 
How To Train Your Dragon 2 kat cinema akhirnya dapat jugak..
Minggu lepas diya tengok How to train your dragon yang first punya..
kat laptop, sebab tak pernah tengok kan, cerita pasal
Pasal macam mana Hiccup dia menjumpai toothless, seekor naga night fury 
yang dikatakan spesis yang terakhir dari spesis naga tersebut, so Hiccup ni
dapat mengubah pendirian orang kampung Berk terhadap pemikiran mereka yang
menganggap naga adalah makhluk yang buas dan patut dibunuh,
Akhir sekali semua memiliki naga masing-masing dan pemikiran mereka berubah..

ni yang first, yang second bawah ni


Cerita mengenai Hiccup yang sudah umur 20 tahun dan ayahnya yang merupakan ketua puak 
ingin Hiccup menggantikan dia, namun hiccup menolak kerana belum bersedia.
Ketika mengembara meneroka pulau baru Hiccup menemui penjerat naga yang bekerja 
di bawah kuasa Drago, iaitu Eret son of Eret. Tapi berjaya melepaskan diri.
Dia pulang ke Berk dan memberitahu ayahnya mengenai Drago. Dia beranggapan 
Drago boleh diubah pemikirannya. Drago ingin menguasai dunia dengan menangkap dan
menguasai semua naga. Tapi Stoic ayah kepada Hiccup mengatakan Drago adalah orang yang
kejam, semasa pintu Berk ditutup atas arahan Stoic, Hiccup berjaya membawa toothless keluar.
Semasa sedang terbang di tengah laut, Hiccup ditangkap seseorang yang bertopeng dan Toothless
 yang tak pandai terbang dibawa ke tempat perlindungan naga. Disitulah Hiccup menemui ibunya yang disangka sudah mati 20 tahun lalu. Di situlah ibunya menunjukkan segala yang telah diketahui tentang naga.
Terdapat ketua naga yang mengawal segala naga di tempat tersebut. Ketika itu jugalah
Toothless mendapat ciri-ciri nya yang terbaru. Sementara itu, kawan-kawan Hiccup 
menculik Eret dalam usaha mencari Hiccup, meminta Eret membawa mereka
ke tempat persembunyian Drago. Ketika di kubu tersebut mereka ditangkap oleh Drago
dan naga-naga mereka ditangkap. Drago mengarahkan mereka menuju ke tempat persembunyian naga.
(Ye kot,part ni diya tak ingat sebab pergi toilet..kih3)
Sementara itu Stoic ayah Hiccup mencari Hiccup dengan Gobbler sahabat nya
bersama dengan naga masing-masing. Ketika itulah dia telah menemui 
Valka isterinya yang hilang, Saat-saat bahagia mereka hanya seketika.
Drago datang bersama bala tenteranya ingin menghancurkan tempat perlindungan
naga dan merampas semua naga yang telah diselamatkan oleh Valka,
Ketika pertarungan itu Drago telah membawa ketua naga yang jahat,
berlakulah pertarungan antara ketua naga yang jahat dengan ketua naga yang baik.
Ketua naga baik mati, dan yang jahat mengambil alih semua naga.
Dengan menggunakan kuasanya,Naga jahat telah menguasai minda semua naga kecil
dan membuatkan Toothless menjadi hilang keupayaan mengenali tuannya Hiccup.
Dan Toothless bertindak mengeluarkan api dari mulut untuk membunuh Hiccup,
Stoic berlari untuk menyelamatkan Hiccup anaknya satu-satunya.
Dan berakhir dengan kematian Stoic akibat terkena api Toothless.
(Babak ni sedih sebab baru jumpa isteri dia dan keluarga baru bersatu dah mati pulak..aih..)
Drago membawa semua naga termasuk Toothless serang Berk.
Stoic pula dikebumikan dengan cara viking. Setelah itu, satu-satunya cara untuk mereka
pulang ke Berk adalah dengan menunggang baby naga kerana mereka merupakan makhluk 
yang tak mendengar cakap, jadi tiada siapa dapat menawan mereka.
Sesampai di Berk, Ketua naga jahat sedang menyerang Berk, 
Hiccup berusaha membuat Toothless sedar, dengan caranya sendiri.
Akirnya Toothless sedar dan tidak lagi dikuasai oleh naga jahat,
Ketika ini Toothless bersama naga lain menyerang ketua naga secara bertalu-talu.
Toothless menembak dengan cahaya biru bersama dengan naga lain.
Akhirnya gading ketua naga jahat patah dan dia berundur ke laut.
Semua naga mendengar kata Toothless yang bertindak selaku pengganti ketua naga.
Dan Hiccup dilantik menjadi ketua puak menggantikan ayahnya.
Akhirnya kerja-kerja pemulihan Berk dilakukan oleh Hiccup 
manakal kawan-kawan nya bermain permainan menangkap kambing.

Ni keluarga Hiccup.

Begitulah ceritanya, walaupun tak complete diya cerita, tapi diya cerita yang diya ingat je,
 Diya rasa ceritanya ok lah, Toothless tu kiut gila, lagi2 masa moment dia sedar tu, mata comel.
Tapi sedih part ayah dia mati tu. (Sob3, lap hingus), Dikatakan mereka buat ayah dia mati sebab
dekat How to train your dragon 3 dia nak buat pasal Hiccup menjadi ketua puak dan macam mana dia
belajar menangani Berk.

Kelebihan Selawat keatas Baginda Rasulullah SAW

Diya Hanun | 2:08 PM | Friday, June 20, 2014 | 3 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
                 Ya Allah! Berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, 

Kelebihan atau keistimewaan selawat antara lain dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud :
''Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. ''Surah Al-Ahzab : 56).

Antara hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat keatas  Rasulullah SAW ialah:

1. ''Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi 10 kali dan pada waktu petang 10 kali,
ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. '' (Riwayat Tabrani)

2. ''Barang siapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat kepadaku  dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku 
dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.''
(Riwayat Al-Baihaqi dan Al-Khatib)

3.'' Barang siapa berselawat kepadaku 1 kali maka Allah berselawat kepadanya 10 kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat 10 darjat kepadanya.'' (Riwayat Ahmad Nasai dan Al-Hakim).

4. '' Berselawatlah kamu kepadaku kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu .'' (Riwayat Ibnu Murdawih).

5. ''Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari 100 kali , maka Allah mendatangkan baginya 100 hajat , 70 puluh untuk akhirat dan 30 puluh untuk dunianya.'' (Riwayat Ibnu Majar dan Jabir)

6. '' Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari 1000 kali maka, maka ia tidak akan mati sehingga  ia digembirakan dengan syurga .'' (Riwayat Abus Syaikh dari Anas)

7. ''Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya , lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku.''
(Riwayat Tirmizi)

Di dalam kitab Ibnu Farhun Al Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada Nabi mengandungi 10 faedah dan mendatangkan kemuliaan iaitu:
  1. Memperolehi selawat dari Allah
  2. Memperolehi syafaat dari Nabi Muhammad SAW
  3. Mendapat pimpinan dari malaikat yang baik.
  4. Menghapuskan dosa.
  5. Mendapat pertolongan.
  6. Tercapai keperluan hidup.
  7. Mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir
  8. Memperolehi nur zahir dan batin.
  9. Mendapat keselamatan dari azab neraka,  membolehkan memasuki syurga.
  10. Memperolehi ucap selamat dari Allah.

Chibi with hijb facial expressions

Diya Hanun | 7:43 PM | Friday, June 13, 2014 | 6 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎