Kelebihan Selawat keatas Baginda Rasulullah SAW

Diya Hanun | 2:08 PM | Friday, June 20, 2014 | 3 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
                 Ya Allah! Berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, 

Kelebihan atau keistimewaan selawat antara lain dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud :
''Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. ''Surah Al-Ahzab : 56).

Antara hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat keatas  Rasulullah SAW ialah:

1. ''Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi 10 kali dan pada waktu petang 10 kali,
ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. '' (Riwayat Tabrani)

2. ''Barang siapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat kepadaku  dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku 
dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.''
(Riwayat Al-Baihaqi dan Al-Khatib)

3.'' Barang siapa berselawat kepadaku 1 kali maka Allah berselawat kepadanya 10 kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat 10 darjat kepadanya.'' (Riwayat Ahmad Nasai dan Al-Hakim).

4. '' Berselawatlah kamu kepadaku kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu .'' (Riwayat Ibnu Murdawih).

5. ''Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari 100 kali , maka Allah mendatangkan baginya 100 hajat , 70 puluh untuk akhirat dan 30 puluh untuk dunianya.'' (Riwayat Ibnu Majar dan Jabir)

6. '' Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari 1000 kali maka, maka ia tidak akan mati sehingga  ia digembirakan dengan syurga .'' (Riwayat Abus Syaikh dari Anas)

7. ''Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya , lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku.''
(Riwayat Tirmizi)

Di dalam kitab Ibnu Farhun Al Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada Nabi mengandungi 10 faedah dan mendatangkan kemuliaan iaitu:
  1. Memperolehi selawat dari Allah
  2. Memperolehi syafaat dari Nabi Muhammad SAW
  3. Mendapat pimpinan dari malaikat yang baik.
  4. Menghapuskan dosa.
  5. Mendapat pertolongan.
  6. Tercapai keperluan hidup.
  7. Mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir
  8. Memperolehi nur zahir dan batin.
  9. Mendapat keselamatan dari azab neraka,  membolehkan memasuki syurga.
  10. Memperolehi ucap selamat dari Allah.

3 comments:

  1. Subhanallah , banyak betul kelebihan dia kann ..

    ReplyDelete
  2. allahuakbar. byk jgk kelebihan dia

    ReplyDelete
  3. salam singgah. berselawatlah semahu-mahu kita setiap pagi dan petang. InshaAllah, Allah jua sebaik-baik pemberi

    ReplyDelete

Please Be Nice