Review Ayam Goreng Mcd 3x Spicier

Diya Hanun | 11:42 PM | Saturday, August 3, 2019 | 4 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎


Bila dengar orang asyik cakap pasal Ayam Goreng Mcd 3x Spicier ni, terasa teringin pulak beli.
Tak tengok pun review mana-mana pasal ayam ni, aku rasa aku terlalu lambat tahu pasal ayam ni,
hahah. Kalau Lock clique office tak tanya pasal ayam ni, aku pun tak tahu dia wujud. Hahaha,
Jangan tanya aku gua mana aku tinggal. Bagi aku, aku suka cuba benda baru. Cukup sekadar rasa dan sekali tak ngam cukup lah tak yah makan lagi. Tapi sekali jela untuk tahu apa yang Hype sangat benda ni. So, disebab kan aku keje sabtu half day, lepas balik terus drive thru Mcd. Harga dia lebih kurang 14.99 kot, aku dah lupa sebab aku order 3 ketul punya. Huhu, cari resit tadi dah buang tak tahu mana. Seram jugak la masa nak start makan tu.

Bismillah, masuk je mulut dia rasa okay lagi. Crunchy dia tu best dengar krup krap krup krap.
Tapi boleh tahan sedap dia ayam goreng ni, rasa dia macam kuah satay minang kat pasar malam yang aku selalu makan. Tapi pedas dia boleh tahan lah dekat tekak. Lama sikit baru rasa dia punya pedas tu macam hangat kat telinga, tak semena-mena kepala berpeluh walaupun dalam aircond. Pastu dah start rasa pedih giler kat lidah dengann tekak macam kebas.
Tapi tu baru terasa lepas habis seketul ayam. Mungkin kunyah laju sangat aku pun tak pasti,
Nasib baik ada aiskrim sundae cendol penyelamat. Tak tahu nak ungkap macam mana pedih dia tu.
Aku mampu habiskan dalam 1 setengah ketul je sebab dah kenyang. Aku jenis tak makan banyak. Jadi seketul setengah lagi simpan bagi kakak dan abang. Masa 5 minit pertama tu pedas dia tak hilang. Geram je. Dah lama sikit baru tenang. 

Tapi, selang 2 jam makan, ulu hati pedih gila kaw-kaw. Macam kena gastrik. Lama lak tu dia hilang.
Mula-mula dia pedih, pastu memulas, Pastu masuk tandas, elok dah tak memulas.
Tapi tula, aku makan dalam pukul 2 petang, lunch. Pedih ulu hati start kul 4.
Pedihnya sampai malam. Pukul 7 tak hilang lagi. Tak tahan sangat aku makan je ubat gastrik Alucid tu. Tahu pun dia bertenang. 

Kalau pasal kepedasan dia aku rasa boleh tahan dekat mulut tapi perut aku tak boleh tahan. Berbanding Samyang Ramen, pedas dia aku tak tahan dekat mulut tapi tak pulak ke tercirit makan samyang tu. Siap makan time breakfast. Heheh, mati aku mak aku tahu ni.
Kesimpulannya. Tak nak makan dah. Hahahah sebab dia buat aku gastrik! 
Cukuplah kita amek pengalaman. Hehehehe.

Gambar dari youtube KFC.

Okay lagi satu pasal  ayam KFC yang green chilli tu. Hari Rabu haritu aku ada take out. Yang tu aku tak suka, sebab rasa dia tak kena dengan tekak. Tak tahu lah kenapa rasa dia agak pelik bagi aku. Dia macam kombinasi chili dengan limau tu tak kena. Bagi aku lah. Tapi setiap orang tekak lain-lain kan. Hehehe. Ada orang mungkin ayam goreng ni fav dia. Dunia ni penuh dengan kebarangkalian. #tiberrrr.


4 comments:

Please Be Nice