How To Train Your Dragon 2

Diya Hanun | 6:55 PM | Thursday, June 26, 2014 | 2 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Setelah sekian lama diya mencari waktu yang sesuai untuk tengok cite 
How To Train Your Dragon 2 kat cinema akhirnya dapat jugak..
Minggu lepas diya tengok How to train your dragon yang first punya..
kat laptop, sebab tak pernah tengok kan, cerita pasal
Pasal macam mana Hiccup dia menjumpai toothless, seekor naga night fury 
yang dikatakan spesis yang terakhir dari spesis naga tersebut, so Hiccup ni
dapat mengubah pendirian orang kampung Berk terhadap pemikiran mereka yang
menganggap naga adalah makhluk yang buas dan patut dibunuh,
Akhir sekali semua memiliki naga masing-masing dan pemikiran mereka berubah..

ni yang first, yang second bawah ni


Cerita mengenai Hiccup yang sudah umur 20 tahun dan ayahnya yang merupakan ketua puak 
ingin Hiccup menggantikan dia, namun hiccup menolak kerana belum bersedia.
Ketika mengembara meneroka pulau baru Hiccup menemui penjerat naga yang bekerja 
di bawah kuasa Drago, iaitu Eret son of Eret. Tapi berjaya melepaskan diri.
Dia pulang ke Berk dan memberitahu ayahnya mengenai Drago. Dia beranggapan 
Drago boleh diubah pemikirannya. Drago ingin menguasai dunia dengan menangkap dan
menguasai semua naga. Tapi Stoic ayah kepada Hiccup mengatakan Drago adalah orang yang
kejam, semasa pintu Berk ditutup atas arahan Stoic, Hiccup berjaya membawa toothless keluar.
Semasa sedang terbang di tengah laut, Hiccup ditangkap seseorang yang bertopeng dan Toothless
 yang tak pandai terbang dibawa ke tempat perlindungan naga. Disitulah Hiccup menemui ibunya yang disangka sudah mati 20 tahun lalu. Di situlah ibunya menunjukkan segala yang telah diketahui tentang naga.
Terdapat ketua naga yang mengawal segala naga di tempat tersebut. Ketika itu jugalah
Toothless mendapat ciri-ciri nya yang terbaru. Sementara itu, kawan-kawan Hiccup 
menculik Eret dalam usaha mencari Hiccup, meminta Eret membawa mereka
ke tempat persembunyian Drago. Ketika di kubu tersebut mereka ditangkap oleh Drago
dan naga-naga mereka ditangkap. Drago mengarahkan mereka menuju ke tempat persembunyian naga.
(Ye kot,part ni diya tak ingat sebab pergi toilet..kih3)
Sementara itu Stoic ayah Hiccup mencari Hiccup dengan Gobbler sahabat nya
bersama dengan naga masing-masing. Ketika itulah dia telah menemui 
Valka isterinya yang hilang, Saat-saat bahagia mereka hanya seketika.
Drago datang bersama bala tenteranya ingin menghancurkan tempat perlindungan
naga dan merampas semua naga yang telah diselamatkan oleh Valka,
Ketika pertarungan itu Drago telah membawa ketua naga yang jahat,
berlakulah pertarungan antara ketua naga yang jahat dengan ketua naga yang baik.
Ketua naga baik mati, dan yang jahat mengambil alih semua naga.
Dengan menggunakan kuasanya,Naga jahat telah menguasai minda semua naga kecil
dan membuatkan Toothless menjadi hilang keupayaan mengenali tuannya Hiccup.
Dan Toothless bertindak mengeluarkan api dari mulut untuk membunuh Hiccup,
Stoic berlari untuk menyelamatkan Hiccup anaknya satu-satunya.
Dan berakhir dengan kematian Stoic akibat terkena api Toothless.
(Babak ni sedih sebab baru jumpa isteri dia dan keluarga baru bersatu dah mati pulak..aih..)
Drago membawa semua naga termasuk Toothless serang Berk.
Stoic pula dikebumikan dengan cara viking. Setelah itu, satu-satunya cara untuk mereka
pulang ke Berk adalah dengan menunggang baby naga kerana mereka merupakan makhluk 
yang tak mendengar cakap, jadi tiada siapa dapat menawan mereka.
Sesampai di Berk, Ketua naga jahat sedang menyerang Berk, 
Hiccup berusaha membuat Toothless sedar, dengan caranya sendiri.
Akirnya Toothless sedar dan tidak lagi dikuasai oleh naga jahat,
Ketika ini Toothless bersama naga lain menyerang ketua naga secara bertalu-talu.
Toothless menembak dengan cahaya biru bersama dengan naga lain.
Akhirnya gading ketua naga jahat patah dan dia berundur ke laut.
Semua naga mendengar kata Toothless yang bertindak selaku pengganti ketua naga.
Dan Hiccup dilantik menjadi ketua puak menggantikan ayahnya.
Akhirnya kerja-kerja pemulihan Berk dilakukan oleh Hiccup 
manakal kawan-kawan nya bermain permainan menangkap kambing.

Ni keluarga Hiccup.

Begitulah ceritanya, walaupun tak complete diya cerita, tapi diya cerita yang diya ingat je,
 Diya rasa ceritanya ok lah, Toothless tu kiut gila, lagi2 masa moment dia sedar tu, mata comel.
Tapi sedih part ayah dia mati tu. (Sob3, lap hingus), Dikatakan mereka buat ayah dia mati sebab
dekat How to train your dragon 3 dia nak buat pasal Hiccup menjadi ketua puak dan macam mana dia
belajar menangani Berk.

Kelebihan Selawat keatas Baginda Rasulullah SAW

Diya Hanun | 2:08 PM | Friday, June 20, 2014 | 3 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
                 Ya Allah! Berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, 

Kelebihan atau keistimewaan selawat antara lain dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud :
''Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. ''Surah Al-Ahzab : 56).

Antara hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat keatas  Rasulullah SAW ialah:

1. ''Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi 10 kali dan pada waktu petang 10 kali,
ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. '' (Riwayat Tabrani)

2. ''Barang siapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat kepadaku  dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku 
dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.''
(Riwayat Al-Baihaqi dan Al-Khatib)

3.'' Barang siapa berselawat kepadaku 1 kali maka Allah berselawat kepadanya 10 kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat 10 darjat kepadanya.'' (Riwayat Ahmad Nasai dan Al-Hakim).

4. '' Berselawatlah kamu kepadaku kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu .'' (Riwayat Ibnu Murdawih).

5. ''Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari 100 kali , maka Allah mendatangkan baginya 100 hajat , 70 puluh untuk akhirat dan 30 puluh untuk dunianya.'' (Riwayat Ibnu Majar dan Jabir)

6. '' Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari 1000 kali maka, maka ia tidak akan mati sehingga  ia digembirakan dengan syurga .'' (Riwayat Abus Syaikh dari Anas)

7. ''Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya , lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku.''
(Riwayat Tirmizi)

Di dalam kitab Ibnu Farhun Al Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada Nabi mengandungi 10 faedah dan mendatangkan kemuliaan iaitu:
  1. Memperolehi selawat dari Allah
  2. Memperolehi syafaat dari Nabi Muhammad SAW
  3. Mendapat pimpinan dari malaikat yang baik.
  4. Menghapuskan dosa.
  5. Mendapat pertolongan.
  6. Tercapai keperluan hidup.
  7. Mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir
  8. Memperolehi nur zahir dan batin.
  9. Mendapat keselamatan dari azab neraka,  membolehkan memasuki syurga.
  10. Memperolehi ucap selamat dari Allah.

Chibi with hijb facial expressions

Diya Hanun | 7:43 PM | Friday, June 13, 2014 | 6 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎


Result exam.

Diya Hanun | 6:10 PM | Wednesday, June 11, 2014 | Leave a Comment Here (^_^)/
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Semalam diya check result exam untuk semester 6 dengan harapan ada peningkatan..
Memang agak susah bagi budak archi macam diya ni nak dapat 4 flat. Lagi-lagi subject banyak
depends on design and coursework..bukan subjek yang menggunakan hafalan tapi lebih kepada
kreativiti bla3~ berusaha sampai yang termampu je..


Macam nilah result diya, screenshot dari IUKL website
 jangan hiraukan kartun purple tu, sekadar iklan. heheh


Isnin depan dah nak masuk semester last..mungkin cabaran lebih besar..
Alhamdulillah result naik cgpa sem lepas 3.595 sem ni cgpa naik 3.603
syukur lah.. Pejam celik-pejam celik dah dua tahun lebih dah diya kat sini..
Nak habis dah..setelah pelbagai perkara berlaku,

Hari tu subject computer aided design ataupun CAD dapat a-.
Diya buat movie guna sony vegas dan lumion pasal rumah attic dengan gazebo.
Pasni untuk final project leh la apply semua yang diya dah belajar..hik3


Cuti pon dah habis.. berbaki 4 hari je..malasnye masuk new sem..*cry

Dont depend too much on anyone

Diya Hanun | 8:05 PM | Monday, June 9, 2014 | 3 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎