Tips memilih sesebuah IPTS

Diya Hanun | 1:52 PM | Sunday, July 14, 2013 | 1 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎



Bila orang dengar pasal kita cakap kita belajar dekat universiti atau kolej swasta
mesti semua akan cakap wah kaya lah..dan sesetengah akan berfikiran budak yang result tak bagus pun boleh masuk bila dibandingkan pusat pengajian awam yang lebih memilih result yang bagus untuk melayakkan kita masuk ke sana..Tapi ikut jenis-jenis universiti dan kolej swasta lah jugak..

Kadang-kadang mahasiswa yang masuk universiti dan kolej swasta ada sebab2 mereka tertentu, Bak kata orang kalau nak berjaya tak dapat ke universiti awam cuba ke swasta..Asalkan ada keinginan untuk belajar dan berjaya..Tak kisah di mana kita belajar asalkan kita berusaha :)

Kenapa mereka masuk swasta dan bukan kerajaan?

  • Sebab tak dapat mana-mana tawaran dari pusat pengajian tinggi awam, IPTA
  • Sebab result tak melayakkan diri untuk masuk IPTA
  • Tawaran dari pengajian awam berbeza dengan kos yang diingini
  • Tawaran dari pengajian awam terlalu lambat
  • Kerana mampu untuk masuk ke pusat pengajian swasta
  • Disyorkan oleh ibu bapa atau kaum keluarga atau mana-mana pihak yang berkenaan
  • Ada kos yang diingini
  • Tak terlalu jauh
  • Agak bebas baik dari segi pembelajaran, pengajaran, pemakaian dan pergaulan
  • Peraturan tak terlalu ketat seperti pengajian awam
Nak tahu bagaimana untuk memilih IPTS yang ingin disertai atau kursus pengajian mana yang boleh diambil?

Bagaimana memilih Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)?
  1. Pilih IPTS yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) :-
  2. Contoh no rujukan pendaftaran
Universiti :    JPT/BPP(U) 1000-801/ (no IPTS)
Kolej :           JPT/BPP(D) 1000-701/ (no IPTS)
  1. Kemudahan dan infrastruktur yang mencukupi, selamat dan selesa
  2. Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan seperti kemudahan rekreasi, kaunseling dan aktiviti kokurikulum.
  3. Tempat kediaman atau penginapan pelajar (jika ada) yang selesa dan berhampiran dengan kampus.
  4. Lokasi dan persekitaran IPTS yang kondusif bagi pembelajaran dan pengajaran.
  5. Semak sama ada tenaga pengajar adalah terdiri daripada mereka yang berkelayakan dan berpengalaman. Contohnya, tenaga pengajar bagi peringkat Diploma mestilah terdiri daripada mereka yang memiliki Ijazah Sarjana Muda.
  6. Pengajaran dan pembelajaran dijalankan mengikut perancangan yang teratur dan kemudahan yang disediakan lengkap.
  7. Pengurusan dan pentadbiran IPTS yang cekap. Ianya mungkin boleh dinilai berasaskan track record IPTS.
  8. Meneliti setiap tawaran yang dibuat oleh IPTS dengan baik seperti surat tawaran, fee refund policy dan bantuan pinjaman pendidikan.
Bagaimana memilih kursus pengajian?
  1. Kursus pengajian pilihan telah mendapat:
  2. Kelulusan pengendalian dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
  3. Mencapai standard Minimum / Perakuan Akreditasi / Akreditasi Provisional dari pihak MQA.
Contoh no rujukan pendaftaran
Universiti :    JPT/BPP(U) 1000-801/ (no IPTS)
Kolej :           JPT/BPP(K) 1000-600/ (no IPTS)
  1. Bidang pengajian yang dipilih mestilah sesuai dengan kelayakan serta memenuhi syarat kemasukan ke IPTS tersebut.
  2. Bidang pengajian  bersesuaian dan memenuhi kehendak pasaran pekerjaan semasa.
  3. Yuran kursus pengajian yang berpatutan dan bersesuaian dengan bidang yang dipilih. Perbandingan boleh dibuat dengan IPTS lain yang menawarkan kursus pengajian yang sama.
  4. Menyemak status kursus pengajian melalui laman sesawang:
    1. Malaysian Qualifications Agency (MQA) di: http://www.mqa.gov.my 
    2. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) di: http://www.jpa.gov.my
**  Adalah disarankan agar pelajar melawat IPTS sebelum menerima tawaran yang diberikan. Buat perbandingan secara menyeluruh mengenai kursus pengajian di IPTS yang mengendalikan program yang sama.

**Pastikan IPTS dapat akreditasi
Apa itu akreditasi? klik sini untuk baca : AKREDITASI

**Untuk mengetahui  Senarai IPTS yang mempunyai program yang telah mendapat pengiktirafan JPA, Badan Profesional atau Badan Lain.
BACA SINI: SENARAI

**Pastikan juga kualiti pendidikan sesebuah ipts:
Rating setara


1 comment:

  1. bhus info ni..trbaik ..
    nak share ya .
    ade tk brminat utk diploma franchise uitm ?

    bidg :tourism/office mgt/sportscience and fashion art

    uitm offer subsidi selama 2.5 tahun utk diploma- khas bg fmly B40 sahaja maknanya yuran hanya dlm 7 k ....berminat info?wsp 011-16930576 tmpt terhad.

    pra diploma pun ade

    ReplyDelete

Please Be Nice