Cara nak backlink kan gambar dalam post.

Diya Hanun | 10:46 AM | Wednesday, April 6, 2016 | 5 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Sebelum ni aku asyik lupa je macam mana nak backlink kan gambar dalam post. Selalunya backlink ni guna bila aku join segmen dan giveaway. Aku tak tahu kenapa kalau aku buat cara lain mesti tak jadi, so aku selalu buat cara ni je..hmm..Lepastu, bila dah lama sangat aku tak join, aku mudah lupa.
Jadi nak post dekat blog agar kalau aku lupa boleh cari balik cara yang aku selalu buat ni.

1. Add image dan paste kan url image dari website yang diingini tersebut.

2. Lepas add selected image, tekan HTML bersebelahan COMPOSE (di bulatan bulat pada gambar di bawah)

3. Code yang akan keluar adalah ini. Sekarang code yang akan kita ubah terletak di code
apa-apa image yang berakhir dengan .jpg'' imageanchor=''1'' 
Yang aku gariskan itu adalah code yang kita akan buang dan gantikan dengan link website yang kita nak backlink kan tu.

4.  Buang code format jpg tersebut (macam highlight biru di bawah). Tukar kepada link website yang diingini. 

5. Macam dekat bawah ni selepas  aku dah paste link yang diingini.
(aku backlink image ke website nationalgeographic)

6. Klik semula pada COMPOSE selepas dah selesai. Tekan PREVIEW dahulu. Lepastu try click pada gambar preview tersebut. Jadi tak? Dia akan terus bawa kita ke website yang kita backlink kan itu. Kalau dia dah bawa kita ke link yang kita nak tu semasa di preview, jadi dah tu.

7. Siap, boleh lah Publish. Semoga menjadi lah ye (^_^)

Mendaki Bukit Melati, Nilai

Diya Hanun | 5:15 PM | Saturday, March 19, 2016 | 16 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Awal bulan Mac hari tu, aku berkesempatan mengikuti exofficemates untuk mendaki Bukit Melati yang terletak di Nilai dan dikatakan baru sahaja dibuka tahun lepas. Bukit ini lebih bertumpu untuk kesihatan kerana track nya menguji ketahanan fizikal kita. Kalau sebelum ni pergi ke Broga je, tak salah pula bertukar angin. Hehe.

Lokasi: 


Panorama view of Bukit Melati.

Buat yang pertama kali datang dan rasa macam lost, awak akan nampak tokong ni dekat depan Bukit Melati. Namanya Nilai Melati Na Du Gong

Mari mulakan pendakian.


Kitorang bergambar dulu dengan papan tanda Melati Hill's ni,

Jom mendaki. This is my favourite part, naik bahagian curam.hehe


Mereka yang bersemangat, ini Miss Lim

Kak Ida juga merangkat kakak aku

Kak Liza

Kak Nurul

Antara pemandangan dekat atas bukit tu:

Pemandangan dalam hutan.

Dah sampai puncak bukit, tapi ni checkpoint pertama. Selfie sekejap.

Jom turun bukit, teruskan perjalanan ke jalan yang penuh berliku-liku

Sampai checkpoint yang kedua. Checkpoint terakhir. 

Lepas tu turun korang akan jumpa jalan, macam orang baru keluar dari hutan.  So dari situ korang kena jalan sikit sampai la ke hujung jalan.

Gambar lelaki baju hitam di bawah ini adalah Doktor Johari yang merupakan pakar neurologist. Beliau ada memberi sedikit penerangan tentang bukit ni. Menurut beliau, jarak bukit ni adalah 2.5km dan mungkin akan ditambah menjadi 5km untuk menjadikan bukit ini lebih mencabar. 

Alhmdulillah, dah selesai mendaki. Bagi yang teringin mendaki. Jom sahut cabaran untuk sihat..
Selamat mencuba..

Cashout Nuffnang buat kali pertama

Diya Hanun | 3:28 PM | Tuesday, March 15, 2016 | 45 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Alhamdulillah, selama ni aku tak pernah share pasal nuffnang aku sebab tak sehebat blogger lain yang setiap bulan boleh cashout..hehe.. Walaupun tak banyak, tapi seronok juga lepas tengok jumlah yang terkumpul. Alhmdulillah. Nak share kegembiraan. Aku start bernuffnang ni tahun 2012 bulan May.  Jadi setelah hampir empat tahun membiarkan nuffnang tu (4 tahun tu, tempoh yang agak lama), aku mampu mengumpulkan sebanyak


Kira macam satu tahun RM100, haha..kelakar je aku rasa. Sangat bersabar menunggu jumlah ni, aku rasa malu sangat nak share sebab tak banyak, tapi nak bagi semangat dekat diri sendiri. Rezeki juga kan? Syukur. Jadi aku try cashout buat pertama kali. Lepas cash out, jadi RM 0.00 semula. Dan kena tunggu untuk nuffnang proses cheque tu.

Sekarang ni, campaign yang sedang berjalan ada 2 :

Walaupun hanya sedikit, tapi Alhamdulillah. Rezeki semua datang dari Allah, ucap lah Alhamdulillah :)

4 Soalan Dari Ucing

Diya Hanun | 11:58 PM | Thursday, March 10, 2016 | 8 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/03/4-soalan-dari-ucing.html

  Hi Blogger.Jawab Empat Soalan dari Ucing ,Ada Berani .? Follow Blog Ucing atau Google +.Copy Code yang Tersedia di Bawah .Buat tajuk "4 Soalan Dari Ucing" dan Publish . Tinggalkan Post Anda di Ruangan Komen  Di Sini.Tag Rakan Anda untuk Sama-sama menjawab 4 Soalan Ucing..Segmen Tamat 15-3-2016.(^x^) miau..miau...

Ucing Soal Anda Menjawab ok..(^_*)

Ucing "Soalan Pertama Macam mana Nak Masukkan Gajah dalam peti Ais.?"

Anda Menjawab: Ambil Gajah, buka pintu peti ais, masukkan gajah, tutup pintu peti ais.

Ucing "Soalan Kedua Macam mana Nak Masukkan Zirafah dalam Peti Ais.?"

Anda Menjawab: Buka pintu peti ais, keluarkan gajah, ambil zirafah, masukkan zirafah dan tutup pintu peti ais.

Ucing "Soalan ketiga Kalau Singa Mengajak Semua Haiwan,Haiwan Apa yang tak akan datang.?"

Anda Menjawab: Ucing lah, sebab dia busy..hihi

Ucing "Soalan Keempat Macam mana Nak Berenang Menyeberang Sungai yang penuh dengan Buaya.?"

Anda Menjawab: Kuak lentang..hmmm..

Sebenarnya tak tahu pun jawapan dia, main agak je..haha

Tag : Awak yang sedang membaca :P

Blogwalking Segment by RedBellas

Diya Hanun | 11:55 PM | | 8 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎



"Majlis Blogwalking" ini akan berlangsung sehingga 17 March 2016. 

Jom Join Ramai-ramai :)
Klik banner untuk join.