Bagi perokok!

Diya Hanun | 12:06 PM | Saturday, June 11, 2011 | 1 Awesome Comment's

Assalamualaikum~


cuti-cuti nie aku ade lah jugak jalan-jalan...
ni nak citer sikit pasal perokok tegar..


mana-mana je mesti ada yang merokok...tu memang lah aku x heran...
tapi ye pun nak merokok tengok lah tempat yang sesuai....

Hormatlah orang lain yang x merokok...


ini tidak, 


asal kat kedai makan je, lepas makan mesti nak hisap...
lepas tu orang yang tengah makan pulak tak selesa dengan asap rokok yang perokok lepaskan....dah la busuk, kalau bau perfume tak apelah jugak....lepas tu nak makan dah xselera....hmmm...


huhuu~


lepas tu ade lak perokok yang agak kurang ajar bila mereka selambe jer baling rokok yang dah habis dihisap tu ke lantai atau ade pulak yang merokok masa dalam kereta dekat jalan raya....
boleh pulak suka hati jer baling kat jalan raya...
sudah lah berbara....kalau kena orang yang naik motor 
atau tercampak ke dalam kereta orang lain bukan korang yang susah,...


Janganlah pentingkan diri! fikirlah orang lain jugak!


kalau yang suka merokok kat tempat yang sesak cam kat tempat awam selalu jugak orang yang merokok tu buang habuk rokok tu dan mengenai orang lain....
lepas tu pulak, dah x tahu nak letak rokok kat mane dia pegang saja kat jari...letak kat bawah....
sudah lah berbara....bara tu  kan menghadap ke belakang...
tak kan lah tak fikir kena baju orang lain...
silap-silap berlubang baju orang kena bara tu....
then kami jugak lah yang kena elak....


Tolonglah bertimbang  rasa sikit...


Kadang-kadang asap rokok kena juga pada kami....
pergh...agak kurang asam bila dah hisap, hembus pulak asap tu ke muka orang lain....aiseyman....
kami yang kena tutup hidung, takut kena pulak penyakit berbahaya....
kalau sekali sedut berkepul-kepul asap keluar...


Orang yang tak bersalah juga kena musibah...


selepas tu...kalau nak buang janganlah merata-rata...
nanti terpijak sakit tahu.....


ramai yang cakap nak berhenti...tapi mereka tetap tidak dapat berhenti kerana ketagih...sudah tu...kalau ada usaha dapatlah berhenti merokok...


Aku cuma nak nasihat sebab aku prihatin pada nasib orang yang x merokok....


ingatlah...Setiap sedutan membawa padah.....

renung-renungkan dan selamat beramal~














Baling Tepung.

Diya Hanun | 10:53 AM | Monday, June 6, 2011 | 1 Awesome Comment's
Aku tak faham lah kenapa kebanyakan orang dekat Malaysia nie
gemar baling-baling tepung kat orang yang sambut birthday????
Aku selalu tengok dak2 sekolah aku baling-baling tepung...fuh...abez bersepah jalan raya dengan tepung.....
sape bley cite kat aku asal-usul benda nie......

                              Mak cik: ahahaaa~ suko den...
                                  
Apa pulak tujuan diorang sebenarnyer???

nak wat orang yang sambut birthday tu happy ka????

Happy ka diorang??

Waaaaa!!!!!! aku musykil giler?? kenapa aktiviti tu di wat???

Patut ka?? hmm...
bukan ke yang susah budak kena baling tepung tu??
Bukan je kena gelak, kena ejek plak tu....
pastu dak tu gak susah sebab kena basuh baju tu...
ade lagi dasyat dah baling tepung kena pulak baling dengan 
air or telur....pergh....da jadi adunan dah diorang tu...
heheee...
sudah tu kena pulak baling dengan muka yang putih cam ala-ala puteri salju gitu lorh..huhuu....shian~

hmmmm....xfaham aku......
Ade sesetengah orang menganggap sebagai Hadiah and just for fUN...
What unique about Baling-baling tepung....
Tell me someone~


Bebelanku mengenai Facebook(kebaikan)

Diya Hanun | 3:01 PM | Friday, June 3, 2011 | Leave a Comment Here (^_^)/
Isu aku nak timbulkan hari ni adalah tentang penggunaa facebook yang dah memang 'pemes'
kini...


Meh aku bagi point tok wat karangan tentang kebaikan Facebook..



KEBAIKAN FACEBOOK:


1- Mencari semula rakan lama.
    Amnya rata-rata pengguna menggunakan facebook untuk mencari rakan lama seperti rakan tadika, rakan
    sepejabat, rakan sekelas mahupun rakan karib yang sudah lama terputus hubungan. Ini kerana fungsi facebook yang tidak mengenakan caz keahlian pada mana-mana pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan ini. Hanya perlu taip nama rakan yang kita ingini dan sedikit usaha untuk mencari.


2- Mendapat rakan baru dari pelbagai negara.
Bukan sahaja dapat mengenal rakan dari dalam negara malahan kita dibenarkan untuk menambah kenalan dari luar negara seperti Sweden, Itali, Turki, Holland dan lain-lain. Dengan cara ini, kita dapat mengetahui tentang budaya, tradisi, cara hidup dan amalan negara luar. Dengan itu juga, kita dapat berkongsi cerita dan berita terbaru tentang negara mereka.


3- Dapat berkongsi maklumat dan minat dalam sesuatu perkara dengan orang lain.
Selain itu, penggunaan Facebook juga lebih meluas dari segi berkongsi minat dan kegemaran kita sendiri.
Umum gemar berkongsi resepi masakan mereka, minat mereka pada sesetengah artis, mendapatkan komen tentang lukisan mereka dan lain-lain. Namun, pengguna juga boleh membuat kumpulan diskusi mereka sendiri dan memberikan pendapat sendiri. Dengan ini, minat kita pada sesuatu perkara dapat berkembang ke arah positif.


4- Mengetahui aktiviti harian rakan kita dan dapat mengikuti kisah terbaru pengguna lain.
Kita juga dapat mengetahui aktiviti harian orang lain dengan mengikuti kisah mereka berdasarkan status harian mereka di halaman utama kita. Kita dapat terus berhubung dengan mereka tidak kira sesibuk mana jadual harian kita. Namun para artis juga mengambil peluang menggunakan Facebook untuk mengumpul peminat dan berada lebih dekat dengan peminat mereka selain peminat dapat mengikuti cerita hidup mereka.




5- Dapat berkongsi gambar, lagu, nota dan video dengan rakan-rakan.
Ada juga pengguna yang gemar berkongsi gambar pengalaman manis mereka bersama pengguna lain. Selain pengguna lain dapat memuat turun gambar dari album kita dan memberi komen mengenai gambar-gambar tersebut yang adakalanya seronok untuk dibaca dan ada juga komen pedas dari orang-orang lain.
Tidak kisahlah, kerana laman sosial fungsinya untuk kita lebih sosial dengan cara yang baik dan menerima apa sahaja pandangan dari orang lain secara positif.


6- Merapatkan hubungan yang jauh sesama saudara,rakan  mahupun pasangan...(xknal maka xcinta)
Ada pula yang menggunakan Facebook untuk mencari jodoh dan berkenal-kenalan. Selain merapatkan lagi Silaturrahim sesama saudara.


7- Mengisi masa lapang.
     Daripada kita membuang masa dengan perkara yang menjerumus kepada gejala sosial, sebaiknya kita menggunakan Facebook dengan sebaiknya seperti membaca artikel yang disediakan rakan, membaca berita, menambah pengetahuan ilmu agama dan lain-lain.


8- Menghilangkan tekanan.
Terdapat pelbagai aplikasi yang boleh digunakan oleh pengguna setelah penat belajar, tekanan di tempat kerja atau bosan dengan aktiviti seharian. Aplikasi seperti games banyak disediakan. Bermula dari permainan untuk usia muda, remaja, mahupun yang menguji minda. Gunakan aplikasi yang disediakan sebaiknya.


9- Dapat menjalankan bisnes dalam talian.
     Dengan ini penggunaan tenaga dan wang ringgit dapat dikurangkan, perniagaan berjalan 24jam tanpa kita            
       perlu membuka dan menutup kedai. Buktinya ketika kita sedang tidur pun masih ada orang yang melihat    
       iklan ataupun produk kita dan jika mereka ingin membeli hanya perlu meninggalkan pesanan sahaja. Cara
       ini lebih mudah dan efisien.


10- Menjadi media penyebaran maklumat seperti berita terkini.


Konklusinya...
Facebook mampu menjadi media yang positif dan berguna untuk pengguna. Namun seringkali Facebook disalah guna untuk kepentingan sendiri. Sebagai seorang pengguna gunakanlah kemudahan yang ada sebaiknya jangan jadi seperti katak dibawah tempurung. Bijaksanalah dalam membuat pilihan.


p/s:ceeewaaaah~~~~~
Habis pun.....penat aku taip....huhuu.,Aku xtaw la ni karangan ker x tapi aku hanya menulis, kalau membantu Alhamdullilah~...
ok sekian dahulu....
salam~

MAKNA PERSAHABATAN..

Diya Hanun | 2:15 PM | Monday, May 30, 2011 | 1 Awesome Comment's
PERSAHABATAN...
tak tergambar dengan kata-kata...
kadang suka kadang duka...
Persahabatan umpama sebuah permainan,
yang apabila asyik dilayan,
kita akan kalah juga dengannya....

kehadirannya tak dapat diduga...
kadang tu pula berlalu
tanpa kita sempat mengelipkan mata.....
hadirnya ia membawa 1001 makna,
yang tak dapat disingkap 
disebalik pengertian....

Persahabatan mengajar kita untuk menyukai
dan....membenci.....
Persahabatan juga mengajar kita 
.....erti gembira.....
dan tersenyum sentiasa.....
Siapa lagi yang boleh menyatakan maksud PERSAHABATAN,
kecuali hanya diri kita sendiri yang mampu......
....merasai kehadirannya......

DI MANA????

.....Ia terletak jauh di satu sudut hati kita.....
siapa tahu~

Laporan Zoo Taiping and Night Safari da. Hutan Paya Laut Matang,Perak.

Diya Hanun | 2:54 PM | Tuesday, May 10, 2011 | Leave a Comment Here (^_^)/




LAPORAN PROGRAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA KAJIAN LAPANGAN PANITIA BIOLOGI SEMAHIR KE ZOO TAIPING AND NIGHT SAFARI,PERAK DAN HUTAN PAYA LAUT MATANG, PERAK.


Pada 6 hingga 7 Mei 2011 yang lalu, Panitia Biologi SEMAHIR telah mengadakan Program Pengajaran dan Pembelajaran secara Kajian Lapangan ke Zoo Taiping and Night Safari,Perak  dan Hutan Paya Laut Matang, Perak. Seramai 35 orang pelajar dari tingkatan 3,tingkatan 4 Sains Tulen dan 5 Sains Tulen mengikuti program ini dengan diiringi seramai  3 orang guru pengiring iaitu Puan Rosnah bt. Tulos, Pn Haryati bt. Che Lah dan Encik Razak b. Mislan.

Kami dikehendaki berkumpul dihadaan pondok pengawal sekolah untuk diambil kehadiran serta diberi sedikit taklimat. Sebelum bertolak doa dipohon bagi memohon agar perjalanan kami ini selamat dan  diberkati Allah . Selepas itu, kami bertolak dari sekolah pada pukul 10.30 pagi dengan menaiki bas persiaran.Dala lebih kurang pukul 1.30 tengah hari,  kami diberi masa 1 jam untuk berhenti berehat di Perhentian Rawat dan Rehat Tapah untuk solat dan makan .Perjalanan kami  ke Perak ini mengambil masa selama 7 jam.
            
bas kami

 Akhirnya kami sampai di homestay tempat  menginap kami selama 1 malam pada pukul 4.30 petang. Pelajar lelaki dan perempuan tinggal di homestay yang berlainan. Setibanya kami di rumah penginapan tersebut, kami dibenarkan berehat dan membuat pengurusan diri. Kami dikehendaki bersiap sedia untuk ke Zoo Taiping and Night Safari,Perak  pada malamnya dan dibenarkan berpakaian kasual mengikut keselesaan kami.

homestay kami

Pada pukul 7.20 petang, kami bertolak ke Zoo Taiping and Night Safari dari tempat penginapan kami itu dengan bas . Sebelum itu, kami telah  dibahagikan kepada 3 kumpulan.. Sesampainya kami disana, kami diberikan taklimat oleh renjer. Setiap kumpulan diberikan tugasan untuk disiapkan sepanjang lawatan ini. Kami ahli kumpulan 1 dipimpin oleh Renjer Ramesh.                                                        

Berkonsepkan lawatan ke zoo pada waktu malam, pengunjung dapat menyaksikan gelagat haiwan pemangsa yang aktif pada waktu malam dalam suasana tenang serta mendamaikan. Kami berjalan kaki sejauh 700 meter di Night Safari ini. Di sini kami mengetahui tentang haiwan yang aktif pada waktu malam seperti burung hantu, gajah, kucing batu ,musang pulut,rusa dan banyak lagi. Kami juga ditunjukkan bagaimana ikan Arapaima iaitu ikan air tawar yang terbesar diberi makan. Menurut renjer Ramesh,  ikan ini boleh membesar sepanjang 16 kaki dan dahulunya dibawa masuk ke Malaysia dari Amazon sebagai ikan hiasan. Kami bertuah kerana diberi peluang menaiki trem, sebuah kenderaan panjang untuk melihat haiwan di zoo ini dan sepanjang menaiki trem kami diberikan penerangan. Apa yang membuatkan kami tertarik adalah mengenai swan putih. 

Menurut renjer yang memberikan penerangan, swan putih adalah haiwan yang paling setia pada pasangan mereka. Terdapat  juga seekor  anak gajah yang bernama Kelian,baru berusia 8 bulan. Selain itu kami mengetahui tentang kuda belang  yang mempunyai corak belang berbeza antara satu sama lain. Menariknya tapir mempunyai beberapa nama seperti cipan tapir dan badak tampung.  Lawatan kami di Zoo Taiping and Night Safari berakhir pada pukul 10.15. Setelah itu, kami pulang semula ke homestay untuk berehat bagi persediaan lawatan pada keesokan harinya pula.

Esoknya 7 Mei 2011, kami bersiap sedia dengan berpakaian sukan sekolah untuk ke Hutan Paya Laut Matang, Perak. Perjalanan ke Hutan Paya Laut Matang, Perak mengambil masa setengah jam dari homestay  kami. Kami bertolak pada pukul 7.30 pagi dan sampai dalam pukul 8.00 pagi.
Sesampainya kami disana, kami diberi sarapan berupa mihun,donat dan air teh. Selepas itu, kami berkumpul mengikut kumpulan masing-masing dan diberikan




Penerangan mengenai Hutan Paya Bakau Laut Matang,Perak telah diberikan oleh Pak Abu.

Selepas itu, kami dibawa untuk melihat tayangan tentang Hutan Paya Laut Matang,Perak selama 30 minit. Apa yang kami dapati melalui tayangan ini adalah, pasang surut di paya laut ini adalah selama 2 kali sehari. Tanah selutnya kaya dengan nutrient organik  serta hutan paya laut yang paling luas di Semenanjung Malaysia. Terdapat pokok bakau yang berfungsi sebagai penahan hakisan  dan benteng daripada angin kencang. Hutan ini membekalkan bekalan kayu arang yang berterusan dan telah mendapat pengiktirafan pengurusan hutan terbaik oleh dunia. Terdapat 120 spesies burung tempatan dan 48 yang berhijrah dari luar negara  ke sini. Istimewanya, di sini terdapat 50  jenis pokok bakau atau spesies pokok bakau dan pokok renek. Antara hidupan yang dapat beradaptasi hidup di sisni adalah ikan belacak,ketam,kera,burung dan banyak lagi.

Selepas melihat tayangan, kami dibawa  melihat pokok-pokok bakau yang terdapat di sini melalui trek laluan yang disediakan. Sambil berjalan penerangan diberikan oleh Pak Abu dan kami diberikan kesempatan untuk bertanya sebarang soalan mengenai hutan paya itu. Kami juga berkesempatan melihat pokok bakau minyak yang tertua  iaitu 64 tahun.
 




 jom jalan


akar pokok bakau

  
Hutan paya laut

Lawatan kami tidak berakhir di sini sahaja. Selepas itu, kami dibawa melihat Muzium yang ada di situ. Di muzium ini kami dapat mengetahui tentang biji benih pokok bakau,pembuatan arang daripada kayu bakau dan jenis-jenis bakau yang terdapat di situ seperti bakau minyak, bakau kurap,lengadai dan tumu.
Kemudian, kami dibawa ke Kilang pembuatan arang untuk melihat sendiri proses pembuatan arang.
Menurut Pak Abu, pekerjanya terdiri daripada orang tempatan yang terdiri dari lelaki dan wanita. Hanya pokok bakau yang terpilih  ditebang melalui kaedah tebang habis dan guna semula. Setelah pokok ditebang, kawasan itu akan ditinggalkan selama 1 atau 2 tahun untuk pokok-pokok bakau yang sudah ditebang itu melakukan proses pereputan secara semulajadi dan tanah disitu akan subur untuk penanaman semula benih baru. Kemudian pokok-pokok dipotong sepanjang 1.6cm dan diangkat menggunakan kereta sorong atau matau. Kilang-kilang itu dibina merentasi sungai bagi menjimatkan kos. Tetapi pokok bakau harus melalui proses pengupasan kuilt kerana kayu yang berkulit akan hangus terbakar dan tidak berguna lagi. Barulah kayu bakau sedia untuk dibakar di dalam relau, iaitu sebuah tempat pembakaran yang berbentuk kubah diperbuat daripada campuran tanah liat,pasir dan air serta batu bata.
 cube teka ape cikgu aku buat nie...hehee

Kebiasaannya relau ini hanya bertahan 7 hingga 8 tahun dan selepas itu relau akan dihancurkan dan relau baru akan dibuat. Pembakaran arang kayu melalui 3 proses iaitu api besar, api kecil dan api sederhana dan api kecil. Para pelajar diberi peluang masuk sendiri ke dalam relau. Di dalam relau itu terasa amat panas. Sebelum balik,guru pengiring diberikan kayu arang sebagai cenderahati.
Pelajar berkumpul semula untuk ke dewan makan. Selesai makan, setiap kumpulan diberi masa untuk berbincang bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan dan menyiapkan draf laporan. Dalam pukul 2.00 petang kami pulang semula ke homestay untuk mengemaskan barang-barang untuk pulang.Sebelum 3.30 kami dikehendaki berkumpul semula dan menaiki bas. Kami harus memastikan tiada barang yang tertinggal di situ. Selepas tu kami bertolak untuk pulang ke rumah. Pada pukul 7.00 petang kami berhenti berehat di Perhentian R&R  di Ulu Bernam. Akhirnya, pada pukul 10.30 malam kami sampai di sekolah. Kami diingatkan untuk membuat laporan bagi lawatan kami ini. Walaupun agak memenatkan tetapi kami bertuah kerana dapat merasai pengalaman 2 hari 1 malam yang menyeronokkan di Zoo Taiping and Night Safari ,Perak dan Hutan Paya Laut Matang,Perak.Kami berharap agar program seperti ini akan dilakukan lagi pada masa hadapan.




  
LAPORAN DIBUAT UNTUK KUMPULAN 1
OLEH: Fardiyah binti Amir Ali.