لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
Awal bulan Mac hari tu, aku berkesempatan mengikuti exofficemates untuk mendaki Bukit Melati yang terletak di Nilai dan dikatakan baru sahaja dibuka tahun lepas. Bukit ini lebih bertumpu untuk kesihatan kerana track nya menguji ketahanan fizikal kita. Kalau sebelum ni pergi ke Broga je, tak salah pula bertukar angin. Hehe.
Lokasi:
Panorama view of Bukit Melati.
Buat yang pertama kali datang dan rasa macam lost, awak akan nampak tokong ni dekat depan Bukit Melati. Namanya Nilai Melati Na Du Gong
Mari mulakan pendakian.
Kitorang bergambar dulu dengan papan tanda Melati Hill's ni,
Jom mendaki. This is my favourite part, naik bahagian curam.hehe
Mereka yang bersemangat, ini Miss Lim
Kak Ida juga merangkat kakak aku
Kak Liza
Kak Nurul
Antara pemandangan dekat atas bukit tu:
Pemandangan dalam hutan.
Dah sampai puncak bukit, tapi ni checkpoint pertama. Selfie sekejap.
Jom turun bukit, teruskan perjalanan ke jalan yang penuh berliku-liku
Sampai checkpoint yang kedua. Checkpoint terakhir.
Lepas tu turun korang akan jumpa jalan, macam orang baru keluar dari hutan. So dari situ korang kena jalan sikit sampai la ke hujung jalan.
Gambar lelaki baju hitam di bawah ini adalah Doktor Johari yang merupakan pakar neurologist. Beliau ada memberi sedikit penerangan tentang bukit ni. Menurut beliau, jarak bukit ni adalah 2.5km dan mungkin akan ditambah menjadi 5km untuk menjadikan bukit ini lebih mencabar.
Alhmdulillah, dah selesai mendaki. Bagi yang teringin mendaki. Jom sahut cabaran untuk sihat..
Selamat mencuba..













