Tahun 2015

Diya Hanun | 1:32 PM | Thursday, January 1, 2015 | 3 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Tahun 2014 dah berganti 2015. Umur batch diya sekarang dah masuk 21 tahun dah.
Tak sangka! Dah semakin tua. Umur kita semua bertambah satu tahun lagi.
Tapi layakkah pemikiran kita dengan umur kita tu? Sudah matang kah kita? 




Chibi Doodle pengantin baju merah

Diya Hanun | 3:55 PM | Sunday, December 21, 2014 | 1 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Hai lama diya tak hupdate..Dikesempatan ini diya nak share doodle diya First time lukis untuk orang kahwin..keh3..

amacam, omey tak?
Ni chibi kakak sedara kawan diya, Tema baju dia kaler merah.
Diya lukis sebagai balasan sebab kawan dia ni lukis potret diya dulu..hehe :)
Diya ingat nak letak yang tak ada nama punya tapi..tak boleh la,. 
Maaf ye :)

Chibi Doodle style model lelaki

Diya Hanun | 8:51 PM | Sunday, November 30, 2014 | 1 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Hari tu ade ternampak model fashion lelaki, so diya try la buat jadi  chibi. 
Agak-agak antara 4 chibi ni mana korang suka? Diya prefer yang mata biru punya fashion style.

Ni chibi yang diya separate kan jadi satu-satu, yang atas tu diya combine sekaligus.


Komitmen itu penting

Diya Hanun | 1:12 AM | | Leave a Comment Here (^_^)/
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Selamat malam, sekarang diya dah start kerja sampai lah bulan February. Kerja sebagai Admin cum HR clerk di sebuah syarikat ni. Nak diikutkan, ini lah pengalaman pertama bekerja di ofis. Seminggu berlalu, agak sukar juga lah untuk orang yang pertama kali macam diya ni. Fresh grad katakan, orang nak cari semua yang ada pengalaman satu tahun macam tu. Diya? adeh pengalaman pun tak ada. Jadi kira bersyukur lah dapat kerja ni. Walaupun background architecture tapi sekurang-kurangnya boleh ambil pengalaman sementara tunggu sambung degree bulan mac ni. 2 minggu lepas Diya balik kampung dekat Sulawesi.
Bercuti sekejap. Tapi tak terusik pun blog ni. Selalu je terindu-rindukan blog ni.
Tapi hanya boleh rindu je. Aik diya rindu je? Tak nak buka ke? Ahaha
Nak buka pun tak banyak masa. Buka sekejap tapi tak update. Last-last buka-buka je entry minggu lepas..Haha..Pemalas nak update betul diya ni.

Diya tak tahu macam mana blogger-blogger dekat luar bahagikan masa antara blog dan kehidupan harian, blogging. Rajin. Hormat dan tabik diya rasa dekat korang. Diya pula?
Susah nak bahagikan komitmen antara blog dengan kehidupan harian. Sebab tu jarang update.
Perhatikan betul-betul maksud komitmen dekat bawah ni?


Sumber rujukan Kamus Dewan, Komitmen bermaksud:
  1. sikap (pendirian atau perbuatan) memberikan sepenuh tenaga dan perhatian dsb atau menunjukkan sokongan dan azam yg sepenuhnya kpd sesuatu, iltizam:
  2. perjanjian (persetujuan, kata putus, dsb) utk melakukan sesuatu yg menjadikan sesuatu pihak itu terikat utk melaksanakannya: 

Ha paham tak, jadi diya boleh dikatakan tak ada komitmen lah terhadap blog ni. Haha. Sabar jelah.
Jadi Diya akan cuba rajin-rajinkan buat entry dan blogwalking. Mungkin sekali seminggu. Inshallah. 
Komitmen tu kan penting, jadi kenalah komited kalau nak berjaya.

Tips untuk menangani hater

Diya Hanun | 11:47 AM | Friday, November 21, 2014 | 1 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎
Dalam hidup ni, macam-macam orang yang kita temui. Sepanjang perjalanan hidup ni tak semua orang yang kita temui itu akan menyukai kita. Juga harus diingat, bukan semua orang boleh masuk dengan kita. Hater dalam bahasa melayu nya Pembenci yakni orang yang membenci atau tidak menyukai kita.
Mungkin kita pernah merasai, kita tak boleh ngam dengan seseorang ini. Mungkin baik dari segi
pemakaian, percakapan, perbuatan atau tingkah laku. Pelbagai perkara boleh menimbulkan kebencian. Hati manusia memang kita tak boleh nak duga. Namun sudah lumrah manusia setiap perkara yang kita lakukan pasti sahaja ada yang dibenci sesetengah orang. Sedangkan orang baik pun ada yang membenci ini kan pula orang yang jahat. Kita memang tak boleh halang manusia untuk membenci sebab itu diri mereka. Namun mungkin beberapa cara boleh dilakukan untuk menangani Hater.

1. Pertama sekali, cuba beristighfar.
Sebelum kita naik marah tak tentu pasal, cubalah tenangkan diri dengan istighfar. Ingatlah Allah sentiasa.

2. Amalkan sikap memaafkan.
Maafkan sahaja mereka jangan lah simpan dendam walaupun kita dihina atau dicemuh.

3. Bersabar sentiasa.
Ingatlah, Allah sedang menguji tahap kesabaran kita. Kalaupun  dihina atau dikutuk, bersabarlah,mereka sedang cuba sedekahkan kita pahala.

4. Elakkan dari pergaduhan.
Jika terserempak atau berhadapan, senyum sahaja atau jangan menaikkan lagi kebencian mereka. Kalau boleh elak dari terserempak atau bertemu. Atau buat-buat tak tahu sajalah. Jangan cuba menambah api atau melawan.

5. Biarkan sahaja mereka dengan dunia kebencian mereka.
Mereka ini kadang-kadang perlukan perhatian lebih, sengaja mengajak kita menimbulkan kemarahan dan kebencian mereka. Jadi apa yang perlu buat. Jangan layan sangat karenah mereka. Biarkan sahaja mereka tenggelam dalam dunia mereka.

6. Fokus pada orang yang menghargai kita
Tak perlu fikirkan tentang mereka, ramai lagi orang disekeliling kita yang ambil berat dan sayangkan kita.
Tak perlu membuang masa kita untuk memikirkan tentang kenapa mereka membenci kita.

7. Tak perlu pening-pening kepala mengenangkan kenapa mereka tak sukakan kita.
Sesetengah orang suka terlebih fikir. Kena ingat, kita hidup bukan untuk mengembirakan hati semua orang.

8. Muhasabah diri sentiasa.
Mungkin ada betul mengapa mereka membenci, mungkin kerana sikap kita, pemakaian kita, pertuturan, cara pergaulan. Berfikirlah sejenak mengapa. Tapi tak perlu lama-lama nanti kita pula yang timbul kebencian terhadap mereka.

9. Berubahlah.
Fikirlah sekadar memberikan pengajaran untuk kita mengubah diri menjadi lebih baik. Kalau boleh ubahlah diri menjadi lebih baik.

10. Berdoalah
Minta lah semoga Allah memaafkan mereka dan memberikan mereka kebaikan. Jangan sumpah seranah mereka perkara yang buruk-buruk. Doa semoga mereka menjadi orang yang lebih baik.

11. Positifkan diri.
Cuba fikir, mungkin ada sesuatu dalam diri kita yang mereka cemburui kerana itu mereka membenci. Bersyukur seadanya dengan diri kita.

12. Jangan ambil hati terhadap mereka
Tak payah nak ambil hati apa yang mereka katakan. Jangan telan semua kata-kata mereka. Anggap lah mereka umpama angin, sekadar lalu menyapa kita. Tak penting pun mereka tu,tak payah nak diingat pun.

13.  Jadilah diri kita sendiri. Be yourself.
Kita memang tak boleh nak halang orang mengkritik kita. Mulut orang memang kita tak boleh jaga. Yang pasti peliharalah diri kita sendiri. Jadi lah diri kita sendiri.

14. Jangan kita pula yang menjadi hater
Jangan mengajar diri kita menjadi hater kalau kita benci orang buat kita sebegitu.

15. Belajar melupakan.
Sentiasa belajar untuk melupakan dan pandanglah sentiasa kehadapan. Kerana setiap perkara yang berlaku mengajar kita untuk menjadi lebih kuat dalam menghadapi cabaran masa akan datang.

16. Ingatlah untuk sentiasa senyum.
Belajar senyum dalam situasi sebegini, senyum juga baik untuk muka kita dan minda dan membuat diri kita merasa lebih tenang.