Header baru

Diya Hanun | 11:43 PM | Friday, December 28, 2012 | 2 Awesome Comment's
Assalamualaikum

Perasan something tak kat blog Diya nie?
hehe..YEAY..HEADER baru~
*menari2 kejap~ 

hehe...sebab dah boring dengan header yang sebelum nie..so buatlah baru..
tak colourful macam dulu..saja nak menunjukkan kematangan..
cewah padahal perangai tak matang langsung! phui~ 

Diya rasa yang lama lagi Diya suka..tapi dah boring sangat sebab dah lama guna header nie..8 bulan kot..huhuu...


So ni yang baru..ada picture diya tengah pegang portfolio bag~ 



p/s: korang rasa ok tak? 


Kenapa kerap mimpi dia?

Diya Hanun | 11:12 AM | | 3 Awesome Comment's
Assalamualaikum

Argh...stress lah...
hari-hari termimpi orang yang sama..kalau bukan malam tak pun siang...
dalam sehari tak sah kalau dia tak muncul..Kenapa macam nie..
hari-hari dia muncul..
Lagi Diya tak nak pikir lagi dia muncul..
Kenapa lah..grrrr... kenapa kau muncul! 
Apa kau nak dari aku~ aaaaaa~
*gigit laptop macam gambar kat bawah ni..


Follower yang ke 666

Diya Hanun | 11:29 AM | Thursday, December 27, 2012 | 1 Awesome Comment's
Assalamualaikum

(((( ;゚Д゚))) nombor follower yang cantik hari ni...666
Alhamdulillah tak sangka dah bertambah dah follower diya ni
waaaah terharu~ヽ(´ー`)人(´∇`)人(`Д´)ノ meh sep sikit..
hehe~  Tanpa banyak membuang masa,cewah macam tengah buat ucapan pengawas pulak ea..
Meh Diya nak review follower diya yang ke 666 ni..



Yang diya tahu lah kan,nama tuan punya blog kat atas ni ialah Riiri
Comel je header dia ni (‐^▽^‐)dan blog dia pun comel jugak..


Meh pakat ramai2 follow blog dia nie (☞゚ヮ゚)☞ KLIK SINI☜(゚ヮ゚☜)






Girls with hijab around the world

Diya Hanun | 9:01 PM | Tuesday, December 25, 2012 | 11 Awesome Comment's
Assalamualaikum

Hari ni diya tertarik dengan style dan cara pemakaian hijab di seluruh dunia..
gambar ni diya curi dari ''mr. Google'' tapi diya jumpa beberapa je..huhuu
heheee...Jom cuci mata^_^
`
American girls(diya suka style budak yg pakai cap tu) swag~

Russian

Afghanistan

Palestine 

Nigerian

African


kashmir,india

USA

Moroccon

Tajikistan

Spanish

persian

Egypt

Albanian

Berlin

Chinese

Europe

Bosnia

indonesia

Pakistan

Malaysia :D

tak semua country yang diya jumpa..tak tau lah macam mana muka perempuan dari 
country lain kalau diorang pakai hijab..mesti cantik kan..

Asal Usul solat 5 waktu

Diya Hanun | 10:24 PM | Monday, December 24, 2012 | 11 Awesome Comment's
Assalamualaikum

Tadi time tengah ''menggooglekan" diri mencari maklumat untuk assignment pengajian Islam diya terjumpa Info tentang solat 5 waktu..so tak nak ilmu ni jadi sia-sia Diya nak share..Harap bermanfaat ^_^

ASAL USUL SOLAT 5 WAKTU 



SUBUH:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

# Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
# Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:


Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

# Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
# Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
# Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
# Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

# Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
# Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
# Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
# Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:


Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

# Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
# Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
# Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

# Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
# Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
# Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
# Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

 ..sekadar berkongsi..