Little update on my life Februari 2026

Diya Hanun | 12:58 PM | Sunday, February 22, 2026 | Leave a Comment Here (^_^)/
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Pejam celik pejam celik dah 2026. Dan umur ku dah masuk three series plus-plus dah pun. Alhamdulillah masih lagi hidup dan bernafas di bumi Allah ini. Covid dah berlalu, aku pun dah 4 tahun kontrak nak masuk ke ending penentu sama ada aku dapat renew atau tak. Readers blog iaitu sahabat aku telah pun meninggal dunia pada November 2025 tahun lalu. 

Allahummaghfir lahu warhamhu wa’aafihi wa’fu anhu.

Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, selamatkan dia, dan maafkanlah dia.”

Blog pun dah tak famous dah sebab sekarang dah ada tik tok dengan thread. Sekarang ni, aku pun dah dapat 2 orang anak buah, dan semua keluarga ku telah selamat mendirikan rumah tangga. Tinggal aku seorang je yang masih belum. Semoga Allah menemukan ku dengan jodoh yang terbaik buatku. Amin.

Sekarang aku sedang menyambung pelajaran ke peringkat Master in Architecture di UTM, KL secara Part time. Sangat lah mahal ye yuran dia. Alhamdulillah rezeki mak ayah, mereka yang bayarkan sambil aku menyambung membayar ptptn ku. Tau-tau dah masuk tahun akhir master. Sekarang tengah cuti sem, dan prepration untuk Final Thesis. Tajuk Thesis yang aku pilih adalah berkaitan Wheelchair friendly Apartment. Semoga dipermudahkan aku untuk habiskan master ni. Amin. 

Gambar masa Januari 2026 dekat UTM, JB. Nabilah, aku dan Fiza. Kami je ladies batch cohort-11 UTM ni.

Sebenarnya cita-cita ku untuk buka booth coffee dessert masih belum tercapai sebab kekangan masa sambung master ni. Harap habis master dapat lah buka bisnes kecil tu. Macam-macam resipi masakan aku try. Mungkin boleh buat youtube untuk setiap percubaan resipi yang aku try tu. Hahah. Kalau sebelum ni aku more on buat pastry, sekarang aku more on sourdough pulak. Sejujurnya aku masih cuba meminati bidang architecture ni, aku tak ada passion macam orang lain. Aku tak pandai design macam orang lain. Mana taknya design pun kotak je. Aku masih mencuba tetapi orang cakap bila dah hidup dalam sesuatu bidang tu dalam tempoh masa lama, itu memang takdir kau. Tapi takdir boleh diubah dengan sedikit usaha. Tak apalah perancangan Allah lebih baik dari perancangan manusia. Sekarang ni hargai je hidup ni, keluarga ini dan single life ini. Mak ayah pun dah tua. Sedih bila tgk diorang. Kalau boleh, nak kerja dekat sikit boleh ulang alik tengok mak ayah. Tak payah stay kuarters. Tapi sekarang pun umur aku dah bukan masa sesuai untuk memilih lagi. Life must go on. Semoga ada rezeki buatku selepas habis master ini. Amin.

Kerja aku pun dah macam-macam aku lalui sebagai seorang staff gomen. Tak semua indah seperti aku semasa swasta pikirkan dulu. Tapi yang pasti campak lah kerja mana-mana pun, setiap tempat ada baik buruknya, setiap tempat ada favourite staff nya, setiap tempat ada kepoci dan makcik bawangnya dan setiap tempat pengalaman tak sama. Aku dah 4 tahun kerja tapi aku tak tahu kenapa serasa semakin bodoh dalam bidang senibina ni. Aku datang dari background manufacturing design, tak pernah kerja firm arkitek. So orang expect aku banyak pengalaman berkaitan senibina. Aku tak tahu UBBL, aku tak tahu akta, aku tak tahu basic construction. Bila masuk, aku berharap dapat belajar semua tu walaupun sebenarnya aku belajar the hardest way. Kena perli-perli dulu, dipandang tak bijak oleh bos dulu sebab aku tak ada basic dan pengetahuan pasal architecture berbanding sorang lagi kawan aku yang masuk sama dengan aku. Sedih, sebab dia memang passion dalam architecture tapi sejak aku sambung master dia rasa diri dia downgrade walaupun dia background architecture. Puncanya cuma aku sambung master. Apa ingat ada master ni bijak ke? Semua sekarang boleh pakai chatgpt lah. Haih, kerana masalah hati dia kami dah tak sebaik dulu. Biarlah, kerja je sebaiknya. Semoga aku dapat melaksanakan tugasanku dengan amanah. Amin.

Aku pun tak tahu ke mana kisah hidup aku seterusnya. Tahun 2026 baru je masuk bulan kedua dan nak masuk bulan ketiga. Sekarang bulan puasa, Ramadan Keempat. Bulan depan nak raya dah. Laju je masa berlalu. Kadang takut sangat sebab umur dah meningkat. Badan mula sakit itu ini. Sebenarnya bukan takut dewasa tapi takut menghadapi hari kematian, adakah cukup bekalan ke akhirat nanti. Dosa banyak menggunung. Sedih bila mengenangkan masa lalu. Takut bila menanti masa hadapan. Doa sahaja yang mampu dipanjatkan. Sebab maut itu pasti. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosaku dan orang sekelilingku. Amin.

Pameran Leonardo Da Vinci di Balai Seni Lukis Negara

Diya Hanun | 11:57 AM | | Leave a Comment Here (^_^)/
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Amaran ini adalah post 2019.

Berkesempatan untuk melihat 17 buah lukisan salinan digital di balai seni lukis negara yang berlangsung dari 15 Julai sehingga 15 Ogos 2019 masuk percuma.
Ni first time ke balai seni lukis negara. Tak pernah-pernah jejak kaki ke sini, tapi berminat pulak sebab nak tengok lukisan Leonardo da Vinci ni. Mungkin post ini agak lambat aku taip sebab pameran dia dah pun berakhir. Jadi aku share 17 lukisan tu untuk pengetahuan readers.

Ni lukisan-lukisannya.