Nasi Tumpang Kelantan.

Diya Hanun | 2:30 AM | Saturday, November 26, 2016 | 9 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Lama sudah Diya tinggalkan blog ni. Sekarang ni Diya dah masuk Studio Design 2b untuk semester keempat. So Kira ni Fasa kedua untuk second year in my degree.  Next year baru 3rd year.
Okay untuk Assignment pertama studio 2b, Task Diya is to study about Kiosk, sebab kitorang kena buat Food court. Jadi kami dalam 10 orang dalam 1 group diperlukan untuk  buat a study regarding street food in Malaysia. Jadi, Group kami pilih Nasi Tumpang untuk dipelajari.

Pada awalnya tak pernah dengar pun pasal Nasi Tumpang Kelantan ni.
Sumber dari The Nasi Tumpang.

Keliru sekejap dengan Nasi Tumpeng Indonesia.

Then lepas buat google search, Nasi Tumpang tu rupanya berasal dari Kelantan. Dibawa oleh petani atau nelayan sebagai bekal bekerja.

So kami start cari orang yang buat Nasi Tumpang ni berdekatan area KL, Ada dekat Midvalley.
Tapi kami perlu cari orang yang boleh kami interview untuk cara buat Nasi Tumpang. Alhamdulillah
kami dipertemukan dengan The Nasi Tumpang dekat Facebook. Pemilik kedai makan Nasi Kukus Sentral di Plaza Sentral  juga menjual The Nasi Tumpang iaitu Pak Cik Nahik dan Mak Cik Zue yang sangat pemurah telah memberi kami peluang untuk mempelajari cara membuat Nasi Tumpang di rumah mereka.  Jadi kami menghantar wakil seramai 5 orang untuk mempelajari pembuatan Nasi Tumpang ni. 

Kami bergambar sebagai kenangan Dari kiri, Asyraf, Pak Cik Nahik dan cucu, Cik Zue, Diya di hadapan, belakang Diya adalah Mastura, sebelah Wana dan paling kanan Meera.

Okay, mula nya kami berhubung dengan Pak Cik Nahik dan Cik Zue melalui telefon yang ada dekat facebook tu. Then appointment dibuat. Hari Jumaat petang dalam pukul 5 kami datang rumah mereka di Bandar Kinrara untuk mempelajari pembuatan Nasi Tumpang. Pada sebelah petang kami mempelajari cara menggulung daun menjadi kon dan cara masak lauk untuk isi dalam Nasi Tumpang.
 Proses Buat Daun oleh  Pak cik Nahik.

Seterusnya kitorang belajar masak Udang Gulai Lengkuas dan Kerutuk Ayam. Lauk dimasak awal untuk penyediaan Nasi Tumpang di sebelah pagi.

Pada pukul 4 pagi, Cik Zue akan menyediakan Nasi yang dimasak lembut seakan nasi impit.

Nasi dimasak lembut

Lauk disusun untuk memudahkan pengisian kandungan nasi tumpang ke dalam daun pisang.

Cik Zue menunjukkan cara-cara mengisi Isi nasi tumpang ke dalam daun pisang.

Cara-cara mengisi  isi nasi tumpang style Makcik Zue.

1. Nasi
2. Serunding ikan
3. Nasi
4. Ayam 
5. Kuah ayam
6. Nasi
7. Udang
8. Kuah Udang
9. Nasi
10. Lipat daun
11. Tutup dengan ldid
12. Done

Sedia untuk dijual.

Menurut Pak cik Nahik dan Cik Zue, mereke menerima tempahan online dan melalui panggilan telefon. Selalunya mereka akan menghasilkan sebanyak 50 Nasi tumpang sehari, paling kurang dan Nasi tumpang akan cepat habis terjual. Harga Nasi tumpang ini dianggarkan RM7 satu kon,

Kami dikehendaki menyediakan video dokumentari yang menunjukkan kami melakukan penyelidikan ini. Bawah adalah segala penyelidikan kami.


Untuk tempahan boleh hubungi nombor 012-2938435 atau 018-3782837

atau pergi ke facebook The Nasi Tumpang.

Kami sangat berterima kasih atas kerjasama Pak Cik Nahik dan Mak Cik Zue sepanjang pembikinan video pembelajaran kami pelajar architecture IUKL.