لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
Aku dah start degree aku di tahun kedua tapi semester pertama. Dan semester ni semua subjek memerlukan group assignments. 7 subjek aku ambil semester ni, 18 credit hours. Disebabkan aku ambil kos di tempat yang sama aku study dulu, aku dapat transfer credit daripada subjek diploma dulu sebanyak 36 credit hour. Yuran asal 65k selepas transfer credit menjadi 47k untuk kos Bachelor of Science (Architectural Studies) di IUKL Sekarang ni aku baru faham kenapa kawan-kawan aku yang sambung degree tu selalu merungut tak ada masa, busy memanjang.. Sigh.. Jadi untuk semester pertama baru masuk ni, aku dapat biasiswa (potongan harga 50%) sebab pointer cgpa diploma lebih 3.5 keatas. Tapi untuk yuran semester pertama ni je. Jumlah transfer credit bergantung kepada setiap pelajar tersebut. Setiap orang mendapat jumlah transfer credit yang berlainan. Contoh pelajar yang asal dari diploma IPT lain mendapat jumlah yang berlainan. Ada yang dapat 32, 26, 30 dan paling maximum boleh dapat sebanyak 36. Tapi semua bergantung kepada rezeki masing-masing.
Total credit hour aku ambil sem ni= 18 credit hour
Yuran kurang after transfer credit= RM525 x 36 credit hour =RM 18900
Total yuran kos aku: RM 65,860 - RM 18900 = RM46960
1 credit hour = RM 525
Total yuran aku sem ni 18 x RM 525= RM 9450 - 50% scholarship = RM 4725
Jadi, sem ni aku dapat half fees dari 9k tu..
Tapi fees tu depends on credit hour aku ambil. Tapi kalau korang maintain pointer 3.5 boleh dapat kurang yuran tu. Ada rezeki adalah..Sigh..kena struggle betul-betul ni.
Jadi semester ni subjek yang aku ambil,:
1. Pengajian Islam
2. CAD
3. TITAS
4. Hubungan Etnik
5. Personal Financial Planning
6. Theory in Architecture
7. History in Architecture 1
Setelah transfer credit, aku dapat short 1 tahun, jadi degree 2 tahun sahaja.
Tapi disebabkan aku tak ambil subjek penting untuk sem ni iaitu Design..
Jadi aku punya degree jadi 2 tahun setengah.
OK, kita cerita pula pasal topik pinjaman pendidikan.
Disebabkan MARA dikatakan tak ada fund, jadi pinjaman MARA buat masa ini belum ada.
Kalau MARA aku tak pasti sebab aku tak apply MARA.
Aku ambil PTPTN. Inshallah jika tiada masalah, PTPTN akan mula proses permohonan PTPTN orang ramai bermula dari 1 Disember. Sebelum mohon PTPTN kita kena hantar surat penangguhan kepada pihak PTPTN. Jadi aku tengah tunggu PTPTN proses permohonan aku.
Semoga permohonan aku diluluskan, Insha'Allah..Amin..
Jadi cerita pasal PTPTN, pinjaman PTPTN telah dikurangkan daripada pinjaman penuh menjadi 3 bahagian starting daripada November tahun lepas tak silap.
Jumlah pinjaman yang boleh diperoleh terbahagi kepada 3:
1. Maximum- layak pada ibu bapa yang mendapat bantuan BRIM
2. 75% - Pelajar yang ibu bapa berpendapatan kurang daripada RM3000
3. 50% - Pelajar yang ibu bapa berpendapatan RM3001 dan keatas.
(Maklumat diperolehi berdasarkan Student Affair di IUKL.)
* Maaf gambar tak berapa cantik, Tapi nilah jumlah pinjaman yang boleh diperoleh berdasarkan kos yang diambil untuk pelajar IUKL saja. Aku tak tahu lah bagi IPT lain.
Tapi mostly pelajar sini ibu bapa mempunyai income yang tinggi, jadi mereka tidak perlu risau berkenaan pinjaman. Namun, tak semua mampu macam aku ni. Maunya botak bayar yuran setiap sem macam tu. Dengar kata PTPN akan terhapus jika kerajaan tiada fund untuk support. Aku pun tak dapat bayangkan macam mana lah orang yang tak mampu nak sambung belajar, kalau pandai boleh dapat biasiswa tapi bagi mereka yang sederhana? Wallahualam, aku hanya dengar khabar angin je.. Dan kita tak boleh percaya 100% khabar angin kan..
Nampaknya aku kena bersabar lagi 2 tahun dekat sini. Inshallah.
Ramai orang tanya aku study dekat sini best tak, ada yang email, ada yang message.
Aku pun dah tak tahu dah nak jawab macam mana, sebab aku pun bukan staff dekat sini kan, Ahax.. Sebab setiap semester banyak perkara berubah. Jadi aku lebih menyarankan mereka call je customer service. Dan aku pun bukan stay dalam uni tu pun. Sebab pengalaman setiap orang berlainan. Disebabkan aku mempunyai pengalaman diploma yang agak pahit, jadi aku hanya datang kelas dan balik kelas sebab aku tinggal luar. Jadi tak semua perkara aku ambil tahu. Aktiviti club pun aku tak join, Bab kawan tu, aku hanya tawakal je pada Allah, aku tegur je siapa-siapa yang duduk sebelah aku, kadang kadang aku diam je.. Kalau orang tu mesra aku mesra lah.. Tapi aku takut untuk memulakan sesuatu conversation. Pengalaman masa diploma dulu, menjadikan aku sangat berhati-hati. Tak disangka disebabkan a little bit of misunderstanding persahabatan putus macam tu je di penghujung diploma. Minta maaf pun tak ada effect apa-apa sebab masing-masing tak boleh ngam dah. Lepas dari tu masing-masing bawa diri. Aku pun tak tahu apa salah persahabatan itu, mungkin rezeki kami hanya sampai situ sahaja. Tapi aku tetap bersyukur sebab diketemukan dengan mereka, pahit manis kenangan aku akan ingat. Aku hanya doakan mereka berjaya dalam bidang mereka. Jadi dari situ aku belajar sesuatu yang aku tak pernah perolehi sebelum ini.
Never trust people 100% because even your best friends can be your greatest enemies.
Tapi aku bersyukur aku masih punya sahabat yang lain. Alhamdulillah. Aku pasti setiap apa yang berlaku mesti Allah ada sebabnya kenapa, aku harus bersabar. Mak pesan, kawan je seberapa banyak orang, jika kawan itu membawa kepada keburukan hindari dia tapi masih jaga perhubungan jangan sampai bermusuh. Jangan membenci orang, kita tak berhak nak benci siapa-siapa, Percayalah diantara beribu kenalan pasti ada yang mampu menjadi sahabat sejati. Lagipun pengalaman mengajar kita menjadi lebih matang. Insha'Allah.