scary tak gambar ni..ahaha..
gambar sekadar selingan..ahaha..
Dulu diya jadikan blog ni tempat luahkan perasaan je..
Sebab tak nak cerita kat siapa2.. walaupun tahu orang akan baca..
Tapi mostly anonymous yang baca..so tak kisah lah..hehe...
Lama2 kawan2 tahu pasal diya ada blog..
so dari situ diorang tahu pasal kisah diya yang diya tak cerita dekat diorang..
pasal someone yang diya suka lah terutamanya,. :P
Pernah satu hari diya luahkan perasaan dekat blog..haha..tak ade tempat lain..
Yelah semua orang kan mesti ada perasaan nak meluahkan isi hati dia..
even pada diari sendiri..then malangnya kawan2 dan kakak sayang diya terbaca kisah tu..
haha..padahal diya tulis sehari je entry tu sebelum tukar entry lain..
erk kantoi sudah. :)
so ok benda dah terjadi..then kenalah face it..
yeah..start dari tu diya sudah tak kisah pasal risiko orang lain terbaca entry diya..
Dalam dunia ni tak ada benda yang tak ada risiko..
Kalau dah nama blog tu, memang orang akan bacalah kan..
Tak kira lah orang yang dikenali atau tidak..so start dari first time berblog korang kena
siap kan emosi dan mental dengan apa yang akan berlaku pada blog korang pada masa akan datang..
sama ada menjadi famous amos, dikenali kawan2 terdekat,family atau saudara mahupun blog korang tidak dikenali lagi kerana masih baru atau jarang berblogwalking ataupun korang memang tak nak orang tau pasal blog korang..kira macam diari online sahajalah..
Paling penting mesti berani dengan entry yang kita nak tulis tu..sama ada tentang kekasih, kawan2, orang disekeliling mahupun benda yang sewaktu dengannya..
Diya memang tak pernah terfikir nak jadikan blog ni sebagai tempat nak cari duit..
just ade nuffnang je..tu pown sebab nampak benda tu macam seronok bila tengok blogger lain letak..ahaha..nampak macam ada penaja je blog diya..kononlah...
blog ni pun sekadar mengisi masa lapang..nak share apa yang best tentang kisah diya :)
kadang-kadang diya tak sibuk diya blogwalking follow orang..:)
kalau orang tu nak follow balik tak apa kalau tak follow pun tak apa..
Sepanjang diya blogging diya kenal blogger2 lain walaupun tak kenal realiti.. :)
Baca entry diorang dapat info baru, diya selalunya jadi silent reader je..hehe
kalau diya rasa diya nak komen diya komen :)
Dulu dia guna bahasa macam bahasa alien masa tulis entry..
Tak matang langsung haha..then sekarang diya guna bahasa yang betul sometimes mix english..
sebab memudahkan pembacaan,, :)
So jika sepanjang diya berblog ni ada melakukan kesalahan pada siapa2 yang membaca..diya minta maaf :)
p/s : Kalau korang still baca sampai ayat last ni terima kasih diya ucapkan ^_^ korang memang daebak (hebat) sebab tak semua akan membaca entrty yang panjang :D