Lukisan Abstract Sebuah Bangunan.

Diya Hanun | 10:22 PM | Wednesday, October 5, 2016 | 8 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Dah lama dah nak post entri ni, tapi tak berkesempatan. Dua semester lalu, untuk subject Theory in Architecture Diya diberi tugasan untuk menukar sebuah bangunan pilihan menjadi lukisan abstrak. 

Sebelum tu, Seni Abstrak adalah seni yang tidak mempunyai rupa bentuk tetap selalunya random idea yang kadang susah untuk difahami oleh orang biasa.

Tugasan ni adalah tugasan untuk dua orang. Jadi dipendekkan cerita, kami (Diya and groupmate dari Brunei yang namanya dirahsiakan) mengerahkan seluruh idea untuk menghasilkan lukisan abstrak yang tak pernah kami buat. Last-last groupmate Diya ni dapat idea dari lukisan Piet Mondrian yang dia minat dan diubah suai mengikut bangunan pilihan kami tu.

 Piet Mondrian 'Composition with Yellow, Blue and Red', 1937–42. 

 Bangunan yang dipilih adalah Rietveld Schroder House yang dibina oleh arkitek  Gerrit Rietveld. Gambar bawah, Rumah ni unik sikit dan berada bawah jagaan UNESCO.

Schroder House.

Dengan menggunakan acrylic dan canvas. Ini lah hasilnya. Mengarut gila kan lukisan ni, Tak tahulah apa deep meaning of this painting. Sebab idea ni sangat random. Tapi lepas hari presentation tu, lukisan ni dipamerkan sekejap dekat atrium. Tapi belum sempat nak simpan lukisan ni, lukisan ni dah pun dicuri. Lecturer pun tak jumpa lukisan kami ni. Tak tahu lah siapa yang berminat sangat dengan seni kitorang ni. Hahaha. Sigh...

Yuka Kinoshita, Wanita Kurus dengan nafsu makan yang besar.

Diya Hanun | 10:20 PM | Monday, October 3, 2016 | 10 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Bagi orang yang tak mampu nak makan banyak macam Diya ni tapi berat tak naik-naik, atau orang yang jenis makan sikit tapi berat naik berterusan, pasti jealous dengan wanita Jepun bernama Yuka Kinoshita yang lahir pada 4 February 1985 (31 tahun). Tak tahu lah saka apa yang dia bela, sampai boleh makan melampau banyaknya tapi tetap kurus dan berat tak naik-naik.


ini Youtube channel dia. Video terbaru dia berkenaan dengan oreo cereal yang diberi oleh penonton korea dia. Nampak sedap jugak bijirin Oreo O's tu, Malaysia tak ada ke eh? Haha.