Berakhirnya Diploma in Architecture

Diya Hanun | 7:12 PM | Sunday, September 28, 2014 | 3 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Setelah 2 tahun 6 bulan berlalu, tamat lah study Diya dalam Diploma in Architecture.
Bila dikenang balik, banyak pengalaman yang diya dapat.  Kenal banyak jenis kawan.
Perhabis duit untuk siapkan model dan design. Print sana print sini. Bukan murah nak
print tu, saiz kertas A1 and A3 pula tu. Tak sedikit tapi dah beribu duit habis.
Bersengkang mata siapkan kerja, kadang tidur 2 ke 3 jam sehari juga tak tidur langsung. 
Nak dikatakan ambil bidang ni memang tak pernah cukup tidur.
Tapi pejam celik pejam celik, Alhamdulillah..tamat dah study Diya..syukur..
Tak sangka pula dah habis, dulu punyalah asyik merungut kenapa ambil kos ni..
Setiap kali stress je mesti rasa macam nak putus asa. Sangat-sangat tertekan.

So 22 september yang lepas Diya punya final presentation untuk final project.
Project Diya yang last ni adalah tentang Guest House by the Lake in Precint 8 Putrajaya.
Beberapa hari sebelum tu ade Pre-presentation. Untuk lecturer komen presentation board kita

so ini lah Diya untuk pre-presentation hari tu

dan yang ini masa final presentation.keh3..

dan di bawah ni adalah presentation board diya..hehe..tak ramai yang faham.. 
Tapi nilah design diya..huhu...

Sebab lecturer diya nak tengok line dia so dia kata jangan kaler untuk elevation. Jadi diya bia lah board diya black and white kcuali untuk perspective.huhu..so exam diya 11 and 15 untuk subjek history dan building construction. Lepas tu diya habis! Tunggu sambung degree je bulan Mac tahun depan..lambat lagi..
Inshallah, hehe..good luck for me and for all my classmates!

Doodling untuk kawan

Diya Hanun | 3:38 AM | Wednesday, September 10, 2014 | 7 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Kepagian semua.. Diya belum tido lagi..sob3..buat assignment esok ada presentation.
sob3..lepas satu assignment pergi satu lagi datang..jadi burung hantu jelah selalu.
Sementara ada masa ni Diya nak share chibi yang diya buat untuk kawan baik diya dekat uni ni.
hehe 3 orang ni, ingat nak buat kawan yang lain tapi belum berkesempatan lah.
Agak-agak ada rupa tak antara orang betul dan chibi ni..






Pemeriksaan gigi di Klinik kerajaan

Diya Hanun | 2:03 AM | Wednesday, September 3, 2014 | 13 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Konnichiwa minna san. Agak lama juga diya tak tulis entry baru. 
Hari ni buat pertama kali selepas menjejak ke alam universiti diya jumpa doktor gigi.
Tapi dekat klinik kerajaan. Alang-alang teman kakak Diya tampal gigi jadi niatnya nak check gigi sihat atau tidak dengan harapan kononya ingat sihat lah kan tanpa doktor tu perlu buat experiment dekat gigi ni. Sebab gigi tak ada lubang pun, Sekali Dentist cakap diya ada karang gigi. Lama juga lah nak discover apa benda karang gigi yelah agak lost sebab terkejut kena buat scaling dan tak pernah dengar perkataan bahasa melayu tu..Jadi,dengan bantuan google, akhirnya baru tau benda tu dalam English di panggil Plaque,.
ohh plak gigi rupanya. Macam dekat bawah ni.

Hasil ehsan dari google..keh3
Apa itu plak gigi
Plak gigi ialah lapisan bakteria yang melekit serta tidak berwarna, terbentuk dan melekap pada permukaan gigi, lidah, gigi palsu dan tempat-tempat strategic seperti pinggiran tampalan, korona dan celah-celah gigi. Plak sering disalah tafsirkan sebagai sisa makanan yang melekat pada gigi.
Apabila plak gigi bertukar menjadi kalkulus (tartar), penskaleran adalah perlu dan hanya boleh dilakukan di klinik gigi oleh doktor gigi. Oleh itu, lawatan ke doktor gigi secara berkala adalah cara paling baik untuk menghindar kerosakan yang boleh dilakukan oleh plak gigi dan kalkulus tersebut.
Kalkulus (tartar) adalah plak yang telah mengeras, jika ianya dibiarkan tanpa dibersihkan. Apabila kalkulus telah terbentuk, ianya menyukarkan pemberusan dan penggunaan flos yang berkesan. Permukaannya yang kasar menyebabkan lebih banyak plak akan terperangkap dan terkumpul di kawasan tersebut.
copy pasta dari : Sumber  (klik untuk bacaan lanjut mengenai plak gigi)

Hasilnya gigi Diya mengalami proses penskaleran or also we call as scaling. Pengalaman pertama kali scaling gigi ni memang sangat awkward. Agak terkejut jugak lah bila doktor terus buat experiment dekat gigi Diya. Rasa macam ish dah kenapa tiba2 gigi Diya ada mesin bagai. Wuuu..sangat ngilu masa doktor pergi korek-korek benda asing dekat gigi tu, Gusi-gusi diratah dengan rakus..kui3. Baru-baru ni adik dengan abang Diya ada ke klinik gigi untuk tampal gigi. Dengar diorang cerita doktor tu pergi gerudi lubang tu  sebelum letak kapur nak tutup lubang dekat gigi rosak tu pun dah buat diya seram. Bila rasai sendiri pengalaman diorang baru  Diya paham. Sangat ngilu. Lepas doktor selesai buang semua daki2 dekat celah gigi tu dia suruh kumur-kumur. Darah kau, kemain banyak lagi, terkejut.....kih3.....dah lama tak jumpa doktor gigi lah katakan..  Sebelum tu doktor ada korek gusi dekat  celah wisdom tooth atau orang panggil gigi bongsu. Gigi akhir tumbuh. Dan lagi sekali diya dikejutkan gigi bongsu Diya rupa dia cenggini di bahagian kiri bawah:

Elok je dia tidur macam tu, (ehsan dari google lagi)

dan belum lagi bahagian atas yang tak berada pada tempatnya. Rasa bersih je gigi Diya sekarang ni..hihi

Lepas tu doktor kata pastikan buat pemeriksaan gigi setahun sekali untuk kesihatan gigi dan mulut ye..
Jadi disyorkan lah untuk melakukan pemeriksaan gigi setahun sekali atau 2 kali setahun. Untuk bayaran, kalau diklinik kerajaan murah. Scaling diya kena bayar RM2 dan RM 1 untuk daftar.
Ini adalah kadar bayaran untuk klinik kerajaan:
Tapi Diya tak tahu tentang klinik swasta sebab Diya bukan buat whitening teeth or bleaching
dan bukan juga buat braces...