Wacom Bamboo Intuos Tablet testing

Diya Hanun | 7:40 PM | Monday, March 24, 2014 | 4 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Alhamdulillah setelah beberapa penantian untuk beli pen tablet melukis 
akhirnya dapat juga beli, syukur.. (^_^) Selama ni guna mouse je..gila lama nak buat drawing..


Intuos Manga tablet.

Diya pilih yang Intuos Manga, benda ni beli dekat Plaza Low Yatt
harga RM 409..ada banyak jenis pen macam ni..yang kecik harga 200 lebih, 
sederhana 300 lebih, diya punya 409, medium 700 lebih dan jenis lain ada lah beribu raban.. 
Ade je brand lain macam yang diya banyak jumpa Genius..
Tapi diya macam tak pernah dengar brand2 lain tu, diya beli yang selalu diya dengar
Wacom brand..so ya, pikir banyak kali nak beli yang mana ni, sebab diya nak guna untuk melukis
Konfius setengah jam kat situ nak pilih yang kotak depan macam atas tu atau yang bawah ni, 
lama pikir, then decide nak beli yang atas sebab ada gambar anime dan ada pemadam..
Mula-mula ingat nak beli 200 lebih punya tapi tak tahulah kenapa pilih yang atas ni
Haha..adik diya bukan main marah sebab pilih yang mahal..


bila dah sampai rumah kena la unboxed dia..dalam ada cd dengan manual, pen dan tablet.
Install dulu software dari cd tu dan restart, baru lah boleh guna..
Lama jugak lah cari mana spare ink tip dia..tengok tutorial kat youtube..
dekat bawah part ni rupanya..
Malas nak tangkap gambar, curi dari google..

Testing lukis guna pen ni, hasilnya untuk first trial 


beberapa ketika kemudian, akhirnya! jadi simple punya,
tak cantik mana, sebab masih belajar memahirkan diri guna pen ni..
This guy have blue hair.. (^_^) 

Follower widget problem

Diya Hanun | 9:54 PM | Sunday, March 23, 2014 | 2 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Satu kemusykilan diya lately, kenapa follower widget ni selalu keluar macam ni

diya ingat kan bila esoknya ok la benda ni, mula2 keluar join to follow nak tekan2 pon tak boleh..
tekan la more option sebelah join tu..sekali ingat dah boleh follow sekali keluar benda atas tu..
diya dah try benda ni start hari khamis lagi, tapi hasilnya sama je..
macam mana nak buat ye..apa masalah sebenarnye..
In the end tak boleh follow sape2 langsung lately..

agak2 you guys punya problem ni da settle ke? macam mana nak betulkan ye..

How to wake up for Fajr

Diya Hanun | 3:12 PM | Friday, March 21, 2014 | 1 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎


The Muslim prayer

Diya Hanun | 3:11 PM | | Leave a Comment Here (^_^)/
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎


The Prophet Lifestyle

Diya Hanun | 3:08 PM | | Leave a Comment Here (^_^)/
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎


Life in color concert dibatalkan

Diya Hanun | 2:52 PM | Wednesday, March 19, 2014 | 8 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎


Satu lagi concert yang sepatutnya berlangsung 19 April 2014 terpaksa dibatalkan berhubung dengan incident kematian 6 orang kerana pengambilan dadah yang berlebihan di Future Music Festival Asia pada minggu lepas. 

Berdasarkan dari page Life in Color

Ada jugak remaja yang tak serik dengan kematian remaja islam yang mati sia-sia, tidak berpuas hati dengan tindakan penganjur membatalkan konsert tersebut. boleh baca semua komen dekat sini

Bagi yang bukan Islam mereka merasakan tindakan ini tidak adil, pembatalan concert EDM bagi pencinta rave party,

Tapi susah jugak bila remaja kita dah rosak, nak buat sesuatu yang untuk kebaikan mereka pun dikatakan salah. Bila jiwa terlalu buas dan perintah Allah ditolak tepi hati pun keras bagai besi.
Baik perempuan baik lelaki, sama ja. Maksiat mcam dah jadi makanan ruji bagi mereka.
Dan setiap tahun pasti banyak  konsert seperti ini diadakan di MALAYSIA
Kita tak boleh nak kata apalah, lagipun negara kita ni berbilang kaum, ada Islam dan bukan Islam.
Walaupun majoriti adalah Islam. 

RAVE PARTY, RAVE, RAVE RAVE.. aih..kalau bukan Islam tu tak hairan lah..

Bayangkan kalau semua makhluk ni orang Islam..apa perasaan korang?

Seni Latte yang menakjubkan

Diya Hanun | 5:45 PM | Tuesday, March 18, 2014 | 3 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Latte atau Caffè latte (Bahasa Itali bermaksud kopi susu) adalah Expresso atau kopi yang dicampur dengan susu dan memiliki lapisan buih yang nipis di bahagian atasnya. Seni ini memerlukan kemahiran tertentu, dan mungkin mengambil masa untuk dipelajari. Di bawah merupakan seni dari Kawasuki Yamamoto.. Ahaa..comel je..rasa sayang nak minum..
























Yang ni feveret diya..hehee..comel jee flight tu..

Kalau nak tengok yang lain boleh pergi dekat bawah sini..

Gif pembuatan barang-barang di kilang

Diya Hanun | 7:08 PM | Monday, March 17, 2014 | 8 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

1. Besi hiasan

2. Pagar dawai besi

3.Spring

4. Penajaman pensel

3. Makaroni

4. Rantai besi

5. Aiskrim Sandwich

6. Helmet askar

7. Pretzel

8. Belon

chibi doodle muslimah couple naik basikal

Diya Hanun | 12:43 PM | Saturday, March 15, 2014 | 8 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

3rd entry : Haaa..ok baru banyak nak tulis..ni entry ketiga..hehe..
Diya hanya lukis masa cuti semester je..so sekarang ni tengah cuti semester
maka bermula lah aktiviti lukis melukis..
Tapi tak semua drawing diya dapat share dekat blog..selagi diya boleh share
diya akan share..sampai lah diya dah nak bersara dari melukis doodle..huk3..
Bila tengok drawing dulu2 dekat blog ni macam ape je..haha..
tapi tulah orang kata..makin kita practice makin benda tu jadi ok..
so practice, practice and practice..
p/s : nak wacom bamboo pen tablet yang besa gila tu..sob3..
nak beli yang kecik pun tak mampu..
 so yaa..banyaknye diya bebel.
nah tengok hasil rendering diya..
ni combination dari first entry and second entry je..